Selain lokasi yang saya sebutkan di atas, ada satu lagi tempat popular bermain permainan online Pokemon-Go ini iaitu Dataran Pinggiran Sungai Kerian. Saya ingatkan lokasi ini hanya popular di kalangan pemancing dan mereka yang gemar beriadah, tetapi saya dapati setiap petang .. kawasan ini dikerumuni oleh pemain-pemain Pokemon-Go dari pelbagai bangsa dan peringkat umur.
Lokasi Main Pokemon di Parit Buntar
Kadang saya gelak je tengok aksi mereka yang seperti anak ayam kehilangan ibu, tak tentu hala arah mana dituju.
Saya ke sini sebenarnya bawa anak saya, si Zikri untuk memburu Pokemon-Go. Nampak dia gembira bila dapat tangkap banyak Pokemon liar yang 'berkeliaran' di Dataran Pinggiran Sungai Kerian ini. Excited bila dapat .... huhuhu...
Sekarang ni, anak-anak saya semua dah bosan nak main game online Pokemon Go ni .. haha .. dan buang pun dari telefon masing-masing.
tengah hype lagi pokemon go ni, hanya yang tegar akan terus bermain
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.