Alhamdulillah, baru-baru ni saya dan keluarga telah berkesempatan untuk datang sekali lagi ke Warung D'Bukit ini atau turut dikenali sebagai Warung Kg Chengal Tengah. Kami pergi waktu tengahari untuk makan beberapa menu lain yang dikatakan sedap oleh beberapa rakan kami.
Mee Kari dan Mee Rebus Warung D'Bukit, Changkat Ibol, Taiping
Kali ini, saya telah memesan Mee Kari dan juga Mee Rebus Special .... serta tidak dilupa Milo Ais Kepal.Jujur saya cakap, kalau Mee Kari tak ada isi ketam, tak ada kerang ... memang kurang menyengat bagi saya. Tapi, bila dah mencuba Mee Kari yang dihidangkan di Warung D'Bukit ni ... uhhh .. best pulak. Anak-anak saya semua sukakan Mee Kari Warung D'Bukit ni .. habis kena hadap ... sampaikan kuah-kuah habis dihirup. Isi kuah kari cuma ada beberapa bebola ikan, ayam, dan juga telur selain tauhu. Harga pula cuma RM3.50 sahaja.
Anak-anak layan Mee Kari, saya pula layan Mee Rebus Special ... perghhh .. letak tulang tu ... memang menyelerakan. Kuah Mee Rebus pun sedap. Nak tambah kick ...perah asam limau yang ada disediakan, memang boleh tahan. Isteri saya yang awal-awal menolak, tetiba nak lagi selepas saya perah limau nipis ke dalam kuah mee.
Tulang pula ada dalam 3 ketul dimasukkan pada kuah Mee Rebus. Jadinya, memang puas hati dengan harga cuma RM6.00. Untuk Mee Rebus biasa, harganya cuma RM3.50 sahaja. Ada telur, ada tauhu, ada cucur diletakkan.
Hmm .. patutlah ramai yang suka makan di Warung D' Bukit, Changkat Ibol ni. Masa saya dan keluarga nak balik, makin ramai pula pelanggan yang datang singgah.
Menelan air liur saya tengok gambar-gambar dalam ni. Aduhai.. lama sungguh tak makan mee kari.
ReplyDeleteHahaha.... :) saya sebab jumpa kedai ni .. dah macam kerap lak makan mee kari
DeleteWahhhhh! Sedapnyaaa!
ReplyDeleteKalau bab mee mee ni, dulu saya paling suka Mee Udang Sg. Dua, Penang tu. Sedap uish sambil tulis sambil telan air liur. Turut terpengaruh dengan gambar anak anak kecil hirup dan makan mee tu jugak. Aish!
Saya terus rasa patut plan pegi Taiping lah kalau gini. Atau untuk sementara waktu, jap lagi for lunch terus laju laju cari mee rebus jugak! Haha.
Terima kasih tau!
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.