MPV Kompak Toyota Sienta Memang Memukau. Jika anda seorang yang berjiwa muda tetapi sudahpun berkeluarga, maka kereta MPV kompak Toyota Sienta ini memang sesuai untuk anda. Ia merupakan sebuah MPV kompak urban yang dibangunkan untuk penuhi keperluan keluarga moden.

MPV kompak dari Toyota ini telahpun dilancarkan hari ini, 18 Ogos 2016 oleh pengimport dan pengedar tunggal sah kenderaan Toyota di Malaysia, iaitu UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT). Kalau dilihat daripada apa yang ada dipaparkan menerusi FB Toyota Malaysia, saya nampak potensi MPV kompak ini untuk mendapat sambutan daripada golongan mereka yang mahukan sesuatu yang bergaya, menyerlah dan moden.

MPV Kompak Toyota Sienta Memang Memukau

Dari sudut reka bentuk, Toyota Sienta serba baharu ini memiliki pendekatan rekaan yang sama sekali berbeza berbanding model-model lain Toyota. Malah, reka bentuk serta penampilan model MPV baru Toyota ini sangat berbeza dengan mana-mana MPV yang ada di Malaysia. Dan pada saya, ia mungkin nampak sedikit pelik tetapi saya akui ia unik serta menyerlah daripada model lain. Mungkin sebab saya sudah agak tua untuk melihat dimensi kemodenan.

Idea Rekabentuk Inspirasi Kasut Trekking

Namun untuk golongan muda, rekaan bagi menampilkan golongan muda serba moden dan urban terserlah dari penggayaannya diinspirasikan daripada kasut trekking, yang mempamerkan karektor dinamik dan kepelbagaian fungsi kegunaan. Rekaannya juga menyerlahkan bentuk tiga dimensi dengan kemasan yang meminjam ideanya daripada pelindung kasut.

Idea reka bentuk dari kasut trekking ... pelindung kasut? Idea dari rekabentuk kasut menjadi sebuah MPV Kompak ... uhhh ini memang pelik.
Tetapi bak kata orang ... bila pelik, ia akan muncul sebagai unik. Jadi, bila unik .. ia pastilah akan menyerlah. Pun begitu, MPV ini tetap nampak premium serta bergaya. Banyak ciri-ciri dalaman pada MPV kompak Toyota Sienta ini yang buat saya kagum ... apatah lagi saya sangat sukakan teknologi terkini.

Apa yang istimewanya dengan model MPV kompak Toyota Sienta serba baharu ini ialah ia merupakan model pertama kenderaan tujuh tempat duduk yang diasaskan daripada kereta penumpang yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.
Kompak bukan sebarang kompak. Walaupun dengan reka bentuk badan yang kompak, pakej keseluruhannya mampu memberikan kepelbagaian penggunaan dan menyediakan ruang yang luas bagi semua
penumpang dan barangan yang dibawa.

10 Ciri Menarik Mengenai Toyota Sienta 

  1. Ditawarkan dalam dua varian - Sienta 1.5V dan Sienta 1.5G - dengan enam pilihan warna.
  2. Gunakan enjin petrol baharu 1.5 liter dengan Dual VVT-i - membolehkan janaan kuasa optimum sentiasa dapat dicapai, dapat meningkatkan kecekapan penggunaan minyak dan kurangkan pembebasan sisa pembakaran dari enjin.
  3. Kuasa maksimum enjin ialah 107 PS pada 6,000 rpm dengan tork sebanyak 140 Nm pada 4,200 rpm, dan disalurkan ke tayar hadapan melalui transmisi dari jenis Continuosly Variable Transmission (CVT).
  4. Enjin turut dipertingkatkan dengan penggunaan Torque Converter.
  5. Boleh memilih antara tujuh kedudukan gear yang ada menggunakan mod Sport Sequential Shiftmatic.
  6. Toyota Sienta didatangkan dengan ciri pintu gelungsur dikedua-dua sisi. Ia boleh dibuka dan ditutup dengan tiga cara; melalui pemegang pada pintunya, butang pada kunci serta suis pada papan pemuka.
  7. Ia turut disertakan dengan sistem Smart Entry and Start; enjinnya boleh dihidup atau dimatikan melalui satu butang sahaja.
  8. Ia dilengkapi dengan dua beg udara SRS bahagian hadapan tersedia, termasuk satu lagi beg udara lutut yang terletak di bawah kolum stereng bagi pemandu.
  9. Model ini juga dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif yang terdiri daripada Vehicle Stability Control (VSC) dan Hillstart-Assist Control (HAC).
  10. Toyota Sienta serba baharu didatangkan dengan jaminan lima tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.

Dari segi harga ... Toyota Sienta dijual bermula dari RM92,900 hingga RM99,900 seunit mengikut varian.

Ok, sekarang kita layan beberapa gambar MPV kompak Toyota Sienta ini. Kesemua gambar adalah ehsan daripada rakan blogger permotoran Paultan.org.

Jika nak tengok lebih dekat, anda boleh terus ke bilik pameran Toyota seluruh Malaysia mulai 19 Ogos 2016. Anda juga boleh melayari laman web Toyota Malaysia di www.toyota.com.my atau menghubungi talian bebas tol Toyota di 1-800- 8-TOYOTA (869682).


Lagi gambar Toyota Sienta, serta spefikasi lengkap MPV kompak ini di post berikut - Spesifikasi dan 12 Gambar Ruang Dalaman Toyota Sienta MPV Kompak 2016




Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement