Dulu, Taman Sedia, Tanah Rata ni agak popular disebabkan ada banyak kedai cenderamata selain ada beberapa kebun strawberry. Kawasan yang asalnya merupakan kampung penempatan ramai penduduk Melayu kini lebih kepada tarikan komersil. Kalau tak silap, ada sebuah sekolah agama dan juga asrama di Taman Sedia ini.
Nasi Lemak Sambal Strawberry 200 Seeds Cafe Cameron Highlands
Sekarang, sudah ada tarikan terbaru di mana anda boleh jumpa Nasi Lemak Sambal Strawberry yang unik. Sekali pandang, tak ada apa yang membezakan nasi lemak ini dengan nasi lemak yang lain, cuma mungkin ada diletakkan hirisan strawberry segar di atasnya...Best Ke Sambal Strawberry?
Tapi, bila anda dah makan, dan rasa sambal ikan bilis nasi lemak yang disediakan .. baru anda terasa akan kelainnya. Hmm pedas-pedas dengan rasa masam buah strawberry. Unik dan pada saya, alhamdulillah sedap... anak-anak saya juga sukakan Nasi Lemak Sambal Strawberry ini.Oh ya, nasi lemak ini akan disertakan dengan ayam berempah, telur sebiji ... jadi memang berkadar dengan harga dia ... huhuhu .. errr RM7.50 rasanya .. tak ingat la puloppp .. haha. Habis lupa lepas makan .. tang bayar isteri saya ... ekekeke.
[Baca] Berniaga 7 Tahun, Bankrup .. Kemudian Kaya Dalam 6 Bulan!Nasi Lemak Sambal Strawberry hanya boleh didapati di 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry di Taman Sedia Tanah Rata. Anda tak akan jumpa di tempat lain di Cameron Highlands. Selain itu, ada menu lain yang juga sedap untuk dicuba .... teh tarik di 200 Seeds Cafe memang best .. anak saya pun layan sampai habis.
Untuk keenakkan nasi lemak yang dihidangkan, saya boleh katakan setakat okay sahaja .. namun in Sha Allah, ia boleh kena dengan selera apabila makan panas-panas. Uhh sejuk-sejuk kat Cameron, makan nasi lemak yang panas-panas dengan sambal yang pedas sedap memang menyelerakan.
Paling best, The 200 Seeds Cafe ditempatkan di kawasan yang segar dan dikelilingi oleh kebun-kebun strawberry yang segar. Malah, anda boleh petik sendiri buah strawberry yang terdapat di bahagian belakang cafe ini. Hiasan dalaman cafe juga menarik, sama menarik dengan hiasan di Abang Buffet Steamboat and Grill yang terletak di pekan Tanah Rata.
[Baca] Bagaimana Buat Duit dengan Lynk.my - Tanpa Modal
Harga Makanan Boleh Tahan .. Jadi ...
Harga untuk Nasi Lemak Sambal Strawberry di The 200 Seeds Cafe boleh tahan juga. Begitu juga dengan menu-menu yang lain. Namun, in Sha Allah kenyang jika kena dengan selera anda. Pastikan anda ada bajet yang cukup kalau nak makan di sini. Saya dan keluarga memang terlajak nak mencuba... keh keh keh.Sesuatu yang baru. Tak salah anda nak cuba Nasi Lemak Sambal Strawberry dan makan di sini, walaupun ada beberapa komen daripada pelanggan sebelum ini yang tak berapa setuju dengan apa yang dihidangkan. Yelah, rasa lidah tak sama.
Boleh jenguk laman Facebook mereka di sini - https://www.facebook.com/200SeedsCafe/home
Dah makan dengan kenyang, boleh singgah di beberapa kebun strawberry dan juga kedai cenderamata yang ada di Taman Sedia .. agak-agak duit tak ada .. ambik gambar dengan pemandangan yang ada di situ pun dah kira ok .. leh post kat fesbukkk .. hahaha... dan jadi kenangan.
ahaha..unik gak tu..
ReplyDeletebila plak bleh dtg sini balik..
Carilah plan baikk punya untuk ke Cameron, rasai sendiri Nasi Lemak Sambal Strawberry ni .. :)
Deletemenariknya. mesti kena singgah sini nanti :D
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.