Saya tahu ada di antara anda yang aktif bermain saham, dan ada juga yang dah lama main saham .. tetapi banyak kali gagal dan sering sahaja rugi. Apakata saya syorkan kepada anda untuk baca ebook Sistem Saham yang disediakan oleh mereka yang pakar buat duit di pasaran saham ni. Ia satu panduan untuk untung di pasaran saham, dengan menggunakan cara, kaedah, tips serta petua yang diberikan.

Kalau anda kerap rugi, ebook Sistem Saham ini adalah sesuai untuk anda. Namun begitu, kalau anda kerap untung pun, boleh je dapatkan dan baca ebook ini. Tak ada masalah untuk belajar ilmu mengenai pasaran saham.

Panduan Buat Untung di Pasaran Saham

Apabila menggunakan panduan buat untung di pasaran saham menerusi ebook ini, anda akan lebih tahu cara untuk buat keputusan yang tepat samada untuk jual atau beli saham anda. Ia untuk memaksimumkan keuntungan .. bayangkan keuntungan yang boleh anda dapat dengan urus-niaga sendiri di pasaran saham boleh mencapai sehingga 90% setahun, berbanding dengan saham yang anda minta pihak lain uruskan; contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB), mahupun ASN. Dah la kena tunggu setahun pulak baru nak nampak untung yang didividenkan.

Hanya Untuk Trader Pasaran Saham Malaysia

Ebook ini disediakan untuk trader di Malaysia. Ia bukan sebuah panduan yang dicedok dari buku-buku pelaburan saham Mat Salleh yang kurang sesuai untuk menjadi rujukan para pelabur saham Malaysia. Anda kena faham, demografinya berbeza, sentimen juga berbeza .. dan banyak lagi faktor tempatan yang boleh akibatkan turun naik satu-satu pasaran saham di Malaysia.

Saya bukan pelabur saham, dan saya tak berapa minat nak bermain saham. Apapun, saya tulis artikel ini sebab saya percaya panduan di dalam ebook ini dapat membantu mereka yang dah bergiat lama dalam pasaran saham tetapi gagal untuk dapatkan untung yang mereka harapkan.

Arwah bapa saudara saya antara orang yang giat bermain saham. Alhamdulillah, hasil sahamnya telah bantu dia menyekolah anak-anaknya walaupun dia hanya seorang pengawal keselamatan. Anak pula ada 8 orang ... dan alhamdulillah, semuanya dah berkahwin .. malah diberikan saham pula untuk simpanan masa depan. Anak-anak semua kahwin tanpa ada masalah .. kenduri kendara semuanya gunakan duit saham. Nak melancong pun gunakan duit saham. Nak harap gaji pengawal keselamatan .. memang tak sampai mana.

Sebelum ini, banyak panduan mengenai saham ditulis di dalam bahasa Inggeris, dan jika ada di dalam Bahasa Malaysia pun, ia hanyalah sebuah panduan yang dialih-bahasakan sahaja.

Jadi, mengapa tidak dapatkan panduan ini yang ditulis di dalam Bahasa Malaysia? Lagipun ia mendapat maklum-balas yang sangat bagus daripada pakar pasaran saham.

Untuk dapatkan panduan ini, boleh klik pautan di bawah ...
[+] Panduan Analisis Pasaran Saham Yang Menguntungkan
Semoga dapat bantu rakan-rakan pembaca yang mahu buat duit dalam pasaran saham.


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement