Parit Buntar, lokasi memancing udang galah Sungai Kerian. Kalau anda seorang kaki pancing udang galah, saya fikir tentu anda sudah sedia maklum bahawa Sungai Kerian merupakan antara sungai di Malaysia yang mewah dengan udang galah.

Berdekatan dengan Parit Buntar ialah Nibong Tebal, dan di satu lokasi iaitu di Ampang Jajar, Nibong Tebal ialah tempat pelepasan anak-anak udang galah setiap tahun. Jadi, jangan pelik kenapa Sungai Kerian masih menjadi tarikan kaki pancing udang galah.

Parit Buntar, Lokasi Popular Memancing Udang Galah

Parit Buntar, Lokasi Memancing Udang Galah
Saya sendiri dah beberapa kali menaikkan udang galah dari Sungai Kerian ini. Tak perlu pun naik bot untuk memancing udang galah, cukup hanya memancing dari tebing sungai, in Sha Allah .. jika kena harinya, dengan keadaan air dan segala faktor lain .. anda boleh mendapat beberapa ekor udang galah sepit biru yang bersaiz besar.
Parit Buntar, Lokasi Memancing Udang Galah
Jujurnya, saya dah lama tidak memancing udang galah di Sungai Kerian, asyik dok memancing di Lumut sahaja. Kalau anda ikuti blog saya, tentu dah sedia maklum dua lokasi memancing di Lumut yang menjadi pilihan saya iaitu Rockbund Fishing Chalet, dan juga Chalet D'Amir. Dan kalau anda sedar, artikel saya mengenai pengalaman memancing di Rockbund Fishing Chalet turut dimuatkan di dalam akhbar Utusan Malaysia dalam sisipan khas Citra Orang Muda mengenai tempat menarik di Malaysia.
Parit Buntar, Lokasi Memancing Udang Galah
Dataran Pinggiran Sungai Kerian
Kalau anda berlapangan, bolehlah cuba menduga Sungai Kerian memancing udang galah. Boleh je naik ETS atau Komuter dari Ipoh dan Padang Besar. Atau buat kaum lelaki, di waktu si isteri bershopping sakan di Pasar Kemboja Parit Buntar, bolehlah lepak-lepak lihat gelagat kaki pancing udang galah di sekitar Dataran Pinggiran Sungai Kerian yang menjadi antara lokasi strategik memancing udang galah di Parit Buntar, Perak.
[Fakta] Pasar Kemboja jadi syurga beli belah tudung, telekung, baju kurung dan banyak lagi ... malah lebih murah dari apa yang dijual di Lazada dan Zalora .. huhu...
Selain dari Dataran Pinggiran Sungai Kerian, satu lagi lokasi memancing udang galah ialah di atas Jambatan Kerian yang menghubungkan bandar Parit Buntar, Perak dengan Bandar Baharu, Kedah. In Sha Allah, setiap malam anda akan lihat ramai kaki pancing udang galah seolah berpesta di atas jambatan tersebut.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sungai Kerian pada masa dulu lagi memang banyak udang galah walau pun tanpa pelepasan anak udang. Sekarang air sungainya sudah keruh kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement