Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai Bitter Gourd atau Bitter Mellon dianggap sebagai sayuran hijau dan buah paling pahit di dunia. Di Malaysia, Peria Katak selalu disajikan sebagai ulam-ulaman segar dengan membuang biji di tengahnya. Ada pula yang merebus Peria Katak, dan tidak kurang juga yang menggorengnya dengan tepung dan digaul bersama sambal kelapa. Ada juga yang memasak Peria Katak sebagai masak lemak bersama udang dan juga telur.
Peria Katak, Menu Rasmi Pesakit Diabetes
Saya selalunya ambil Peria Katak sebagai ulam .. tak pun tumis dengan dicampurkan sedikit telur. Ada juga kadangkala makan Masak Lemak Peria. Kalau anda nak cuba masak dengan Udang Galah, boleh cuba menu resepi ni - Masak Lemak Peria Katak Dengan Udang
Fakta Nutrien dan Khasiat Peria Katak
Sedikit fakta nutrien kesihatan yang terdapat pada Peria Katak:- Peria Katak mengandungi kandungan kalori yang rendah.
- Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, serta kandungan fiber yang sangat tinggi.
- Kaya dengan zat besi.
- Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
- Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
- Antara masalah pesakit yang mengidap kencing manis ialah masalah kerabunan, dengan ambil Peria Katak yang tinggi kandungan beta-karotenenya, in Sha Allah dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
- Dipercayai dapat tingkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
Awas!
Namun begitu, Peria Katak tidak boleh diambil terlalu kerap. Memadai anda ambilnya dalam sekali dalam seminggu. Bukan apa, risau ia akan datangkan masalah lain dek kerana keupayaannya untuk turunkan paras gula dalam darah.Lazimnya, benda pahit memang ada khasiat tersendiri .. apatah lagi ia berasal dari sumber alam semulajadi. Ini adalah nikmat Allah S.W.T untuk manusia ... terutama untuk mereka yang hadapi masalah penyakit kencing manis atau Diabetes.
sedapnya anum suka mkn peria
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.