Terkejut saya apabila tetiba viral beberapa isu berkaitan stereng kuasa kereta Perodua Axia, yelah .. saya dan isteri merupakan antara yang memandu Perodua Axia; jadi kami ambil serius dengan rasa sedikit kerisauan andai perkara ini benar.

Saya dah lihat dan baca beberapa luahan dari status dikongsi beberapa pengguna dan pemilik Perodua Axia. Ia berkaitan masalah stereng kuasa Axia yang tetiba terkunci (lock) sendiri semasa pemanduan, dan juga masalah beg udara yang gagal berfunsi ketika impak hentaman/kemalangan. Benarkah stereng kuasa dan beg udara Perodua Axia bermasalah, sehingga boleh membahayakan nyawa?

Saya pernah kongsikan kepada pembaca blog ini ketika mula-mula merasai pemanduan Axia Advanced yang dibeli oleh isteri saya, sekitar September 2015. Dalam post tu .. saya ada mengatakan ... "Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari .." baru seminggu merasai kereta baru Axia Advanced, rupanya ada masalah yang melanda. Anda boleh baca kisah saya ini di pautan berikut - Pengalaman Pertama Memiliki Perodua Axia

Perodua Axia Ada Masalah Stereng-Lock dan Beg Udara? Boleh Membahayakan Nyawa?

Perodua Axia Ada Masalah Stereng-Lock Membahayakan Nyawa?
Ok. Masalah saya dengan Axia rasanya tiada kaitan secara lansung dengan isu stereng-lock yang ramai pengguna Axia kongsikan di media sosial.... (harapnya tidaklah). Namun, ia mencetuskan kebimbangan yang memungkinkan ia bakal berlaku ke atas diri dan isteri saya.

Maka, saya berinisiatif untuk kongsi keluhan mereka yang telah menghadapi masalah stereng-lock Axia yang nyata hampir meragut nyawa mereka. Apatah lagi apabila berlaku kejadian kemalangan, dan melibatkan hentaman kuat, beg udara gagal berfungsi. Saya harap pihak Perodua ambi perhatian mengenai keluhan mereka, dan dapatlah melakukan sesuatu yang lebih konprehensif dan menyiasat dengan rapi apa yang sebenarnya berlaku.

Luahan Pengguna Axia Mengenai Masalah Stereng dan Beg Udara Perodua Axia

Mari lihat beberapa status keluhan mereka ini ...

Daripada Husein Mat Omar:
Perodua Axia Ada Masalah Stereng-Lock dan Beg Udara?
KEPADA SEMUA PEMILIK KERETA AXIA...PERINGATAN BUAT ANDA SEMUA..

Salam buat semua..

Pada 6hb Jun 2016 yg lalu (puasa pertama Ramadhan)..saya memandu kereta Axia saya dari Jawi menuju ke Glugor dan ketika itu hujan dan saya memandu dalam kelajuan 70-80kmj..saya hendak gunakan jambatan kedua dan apabila tiba disusur keluar Plus ke jambatan kedua (di lencongan)..tiba-tiba steering axia saya lock dan tak boleh dipusingkan..apalagi saya terus tekan brek tetapi malangnya brek juga tidak berfungsi langsung...terus menghentam railing sisi kanan dan terus ia seret ke sebelah railing sisi kiri dan terus kereta saya terhenti....airbag juga tidak berfungsi...

Saya terus matikan enjin kereta dan periksa anak dan isteri dulu...tengkok isteri saya sakit dan tidak boleh pusing manakala anak saya yg duduk dibelakang mengalami sakit pinggang dan Alhamdulillah saya ok...saya uruskan ambulan dahulu sebelum hubungi wakil perodua bagi menunda kenderaan saya..

Laporan Polis Dibuat

Keesokan harinya saya membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Jawi.Selang 3hari saya menulis kepada pihak perodua Hq untuk maklumkan kejadian yg menimpa saya dan meminta mereka siasat punca kejadian dan rectify segera agar ianya tidak menimpa pemandu axia yg lain dan saya juga minta agar mereka memperbaiki secara percuma atau gantikan sebuah kereta lain..saya juga cc surat tersebut kepada Menteri Pengangkutan..Jpj..Perodua Seberang Jaya dan juga CAP....saya cuma terima maklumbalas dari CAP sahaja dan juga dari Perodua Hq yg mengatakan mereka masih menyiasat.

Terima Laporan Rasmi, dan Hasil Siasatan

Hari ini saya menerima laporan rasmi hasil siasatan tersebut...malang sekali hasil siasatan mereka bukanlah mencari punca yg menyebabkan steering lock..brek dan air bag yg tidak berfungsi tetapi siasatan mereka lebih menjurus kepada mencari alasan yg boleh menjadi sebab bagi menyalahkan pelanggan....hasil siasatan mereka menyatakan puncanya adalah kerana tayar botak...

Tayar botak??? Kepada pakar penyiasat yg bijak saya nak tanya...kalau tayar botak sekalipun bukankah brek akan berfungsi seperti biasa cumanya kereta akan terseret sedikit dan akan ada kesan tayar ditempat kejadian...adakah anda menyiasat ditempat kejadian? Memanglah hasil siasatan anda semua ok...lepas kemalangan tu saya off enjin dan on balik semua ok...tapi punca yg menyebabkan steering lock, brek dan airbag tak berfungsi anda tak siasat...siasatan hanya untuk cari sebab salahkan pengguna dan lindungi syarikat Perodua....Bagaimanakah sekiranya kejadian sebegini melibatkan kehilangan nyawa? Mahu pula terkena keatas anda atau ahli keluarga anda....

Jadi kepada semua pemilik Axia berhati-hatilah kerana Perodua tiada sifat ehsan atau perikemanusiaan .... sekiranya anda kemalangan berpunca dari steering lock secara tiba2..dan tayar anda elok dan masih baru...maka satu alasan baru akan dicari untuk salahkan anda...

Setahu saya sudah ada 2-3 kes yang sama berlaku ... Sekarang dalam proses insurans dan dengar khabar kemungkinan total lost..Saya sedang menimbang untuk mengambil tindakan guaman..

Mohon sahabat2 dapat viralkan agar menjadi pengajaran buat Perodua...
Saya bertanggingkawab sepenuhnya atas tulisan ini....

- Husein Mat Omar, 2 Ogos 2016

Status Encik Husein Viral di FB

Post yang telah dikongsikan oleh pemilik Axia ini telah menjadi viral sejak semalam, dan mendapat lebih 26K perkongsian daripada pengguna FB, dan mendapat banyak komen daripada pengguna Axia yang lain.

Berikut pula adalah satu lagi status yang didakwa ada kaitan dengan masalah stereng-lock Perodua Axia ..
Perodua Axia Ada Masalah Stereng-Lock dan Beg Udara?
Benarkah apa yang didakwa oleh pengguna dan pemilik Axia di atas?  Benarkah Perodua Axia ada masalah stereng kuasa yang tetiba terkunci semasa pemanduan? Bagaimana ia boleh berlaku? Mesti ada sebab kalau benar stereng kuasa terkunci sendiri?

Pastu, ditambah pula masalah beg udara yang tidak keluar ketika Perodua Axia berlanggar, seperti kes Husein Mat Omar. Agak pelik juga tu .... jadinya bukan hanya masalah pada stereng, tetapi juga pada beg udara yang gagal berfungsi!

Kata Mereka Yang Komen ... Sebab Gagal Berfungsi

Antara sebab yang telah dikongsikan oleh beberapa orang yang nampaknya 'pakar' dalam hal ini menyebut:
  • Masalah bateri lemah pada kenderaan Axia yang dipandu. Stereng Axia dikuasakan oleh tenaga elektrik yang punca kuasanya dari bateri. Kalau bateri kereta lemah, sedikit sebanyak ia akan berikan kesan.
  • Tidak buat servis berkala yang disyorkan di Pusat Servis Perodua. Hanya mereka yang terlatih dengan produk Axia sahaja yang tahu masalah kereta ini. Jika servis di bengkel biasa, memang tak tahulah sangat.

Seperti awal saya katakan di dalam post ini, saya dan isteri juga ada pengalaman tidak best tentang kereta Perodua Axia ini, apatah lagi ia merupakan Perodua Axia Advanced 1.0. Boleh dikatakan lengkap 100% ciri terbaik untuk sebuah Axia. Namun, ada masalah pada sistem ABS sehingga pihak Perodua pun tak tahu puncanya sehingga ditukar keseluruhan sistem.

Saya beruntung sebab ada pihak dalam Perodua HQ melihat masalah kereta Axia Advanced saya ini dengan teliti sehingga menghantar ketua teknikal (kawasan utara) untuk menyiasat punca. Layanan after-sales memang saya berikan pujian ... tetapi bila dah banyak sangat isu yang ditimbulkan oleh rakan pengguna Axia yang lain, saya mohon pihak Perodua untuk siasat dan keluarkan kenyataan rasmi untuk legakan hati-hati kami, pengguna dan pemilik Axia yang keresahan.

Update: Ikuti penjelasan dan ulasan diberikan oleh jurutera Perodua ini - Masalah Stereng Lock dan Beg Udara Perodua Axia Terjawab


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bahaya nye...safety first insyaallah xde pe2..

    ReplyDelete
  2. Mohon diberi perhatianlah..kerana ianya bukan sahaja melibatkan keselamatan malah imej Perodua juga bakal tercalar.

    ReplyDelete
  3. Adoi menakutkan juga ni HH, saya memandu AXia setiap hari , semoga ada penambahbaikan hendaknya .

    ReplyDelete
  4. dah tau bahaya..takyah beli..buat apa nak ambik risiko utk diri dan keluarga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement