Selamat Hari Merdeka ke 59 buat semua rakan-rakan pembaca, rakan-rakan blogger ... dan semua rakyat Malaysia. Terima kasih kerana anda kekalkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka. Walaupun ada banyak perbezaan pendapat dalam banyak perkara, namun kita masih ada rasa bangga untuk mengakui bahawa kita anak Malaysia.

Sejarah kemerdekaan Malaysia agak panjang. Banyak cerita suka duka dari sebuah wilayah menjadi negara, menjadi empayar ... dan kemudian dijajah beratus tahun lamanya, dan kemudian kita bersatu di bawah satu nama, kemudian dijajah kembali, kemudian bebas .. kemudian .. kemudian ... akhirnya Malaysia terbentuk, dan kita sudah merasa kemerdekaan sejak tahun 1957.

Selamat Hari Merdeka 59

Selamat Hari KeMerdekaan Malauysia ke 59
Saya bukan pakar sejarah nak detailkan bagaimana Malaysia mendapat kemerdekaannya. Kalau dirujuk dalam buku teks pun, saya pasti ia tidak selengkap mana. Masih banyak tertinggal dan lompong walaupun ada yang mengkaji berpuluh tahun lamanya.

Namun, semua setuju bahawa nikmat Merdeka 59 tahun bukanlah satu nikmat yang mudah dicapai. Banyak kisah suka duka, sedih gembira, berlinangan air mata .... gelak tawa, kecewa, marah dan sebagainya wujud. Masing-masing yang hidup di zaman sebelum Merdeka ada rentetan hidupnya sendiri.

Saya Hanya Lelaki Lahir Selepas Merdeka. Apa Saya Tahu Mengenai Merdeka?

Saya seorang lelaki house husband yang lahir di zaman selepas kemerdekaan tahun 1957. Pun begitu, saya bangga sebab ibu saya melahirkan saya di dalam bulan kemerdekaan. Ada aura-aura dan semangat jiwa merdeka ketika ibu mengandungkan saya... huhuhu..

Ayah saya seorang pejuang dalam menentang komunis. Ayah saya pernah koma kerana mahu Malaysia bebas daripada mereka yang mahu menjajah Malaysia. Sifat patriotik dalam diri ayah saya .. sedikit sebanyak ada di dalam diri saya walaupun saya tidak pernah berdepan dengan musuh negara.

Arwah ayah saya sering bercerita kesusahan semasa negara tanah tumpah darahku ini dalam penjajahan. Ibu saya juga begitu .. arwah Opah juga pun begitu. Mereka ceritakan tentang ketakutan di zaman darurat. Mereka ceritakan bagaimana mereka terpaksa berdepan dengan komunis. Mereka cerita tentang kehidupan serba kemiskinan. Semua susah tatkala itu.

Itu cerita yang diceritakan kepada saya tentang apa yang berlaku sebelum Malaysia merdeka 59 tahun dahulu. Cerita mereka tidak pernah saya lupa, walaupun ada butiran yang sudah tidak lagi diingati.

Saya hargai nilai kemerdekaan ini, kerana ibu ayah saya .. opah saya dah ceritakan mengenai kisah mereka sewaktu waktu dahulu ... kehidupan zaman kanak-kanak ibu, ayah, opah ... tidak se best zaman anak-anak sekarang, zaman kanak-kanak saya pun tak terbanding dengan zaman mereka.

Adakah anak-anak sekarang akan hargai nilai dan erti kemerdekaan yang mereka kecapi sekarang?

Sampai mana jiwa Merdeka sebenar akan terus berada di dalam masyarakat Malaysia .... ?

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement