Untuk info, saya bukanlah blogger yang kerap ke event yang disertai ramai blogger lain. Selalunya, event yang saya pergi lebih kepada one-man-show, dan saya sendiri hadir tanpa undangan khusus. Event yang selalu saya pergi, kebanyakkannya tak ramai blogger lain yang hadir terutama sekali blogger baru .... jadi isu-isu berbangkit tak berapa banyak. Dan banyak event atau acara yang ada blogger pun, kebanyakkannya adalah acara yang berkonsep majlis ilmu.
Teguran Terbuka Saya Kepada Blogger Event Dapat Perhatian
Ini Bukan Status Nak Kecam Blogger Lain
Saya bukan nak kecam mana-mana golongan blogger Malaysia terutama yang pergi ke event ni .. cuma saya nak tegur soal adab sopan dan kelakuan. Walaupun korang blogger yang dah akrab bertahun lama, tidak semestinya ia boleh dijadikan lesen untuk tidak menghormati rakan blogger lain terutama sekali yang sudah beranak pinak .. hoho.Berikut adalah teguran terbuka yang telah saya post di laman FB saya .. dan ia mendapat perhatian ramai rakan blogger lain. Macam-macam komen dan pendapat dikongsikan, alhamdulillah terima kasih atas input yang diberikan. Nak tengok komen-komen rakan blogger dalam FB mengenai status tersebut, boleh klik di bawah ni.
Berikut adalah apa yang telah saya tulis pada 3 Ogos 2016 berkenaan teguran tersebut:
Saya nak tegur rakan blogger yang datang event eh...
Tentang kelakuan dan adab terhadap blogger lain, terutama adab kepada blogger yang hadir dengan famili, ada isteri, ada suami, ada anak-anak.
Firstly ... jangan gedik2 sangat dgn blogger yang anda jumpa, kena ingat .. disampingnya ada isteri/suami ... kalau boleh beri salam, perkenalkan diri dengan sopan ... agak tidak manis bila nampak blogger ni, terus diajak selfie dan segala macam bagai walhal isteri blogger .. anak2 dia ada di situ dok perhati. Minta izin dulu.
Secondly ... sila tegur dengan cara bersopan. Jika beragama Islam, berikan salam. Jika bukan beragama Islam, say hello dan tanya khabar. Jangan terus angkat tangan ..."Woiii .. woiii .. " walaupun korang memang baik dan pernah tidur sebantal. Kena ingat, ada orang lain yang melihat.
Thirdly .. jangan judge blogger yang bawa anak isteri .. ada blogger yang dok sebut ... "Uhh bawak anak isteri nak makan free ke?" ... "Ehh .... boleh bawa budak ke datang event ni?" ... "Ehh tak tahu pun blogger boleh bawa sekali anak-anak .. "
.. Saya pantang kalau dengar .... sbb anak dan isteri inilah yang bagi support yang blogger lain tak mengerti. Dan korang tak tahu apa deal antara blogger tersebut dgn penganjur event ... so jangan pandai2 je nak sebut sesuka hati.
Tu sebb saya lihat ramai blogger yang dah ada keluarga macam susah susah nak pergi event, sbb nak elak mulut2 busuk ni ... daripada jadi bahan fitnah, mereka rela dok di rumah sahaja. Mereka bukan sombong .. tapi bersebab.
Kadang sesama blogger yang single mingle pun ada isu pasal cara tegur, cara jawab sapaan ... huha huha kita sebagai blogger ... akrab mana sekalipun, biar beradab dan biar nampak profesional.
Ni saya cakap kalau dalam event ye .. kalau kat rumah korang, kat kedai mamak .. lantaklah walaupun sebenarnya kena ambik kira gak .. huhu
Jika rasa nak share, share je ... sama-sama mengingatkan. :) terima kasih.
p.s: ini juga satu ingatan untuk diri saya .. sebagai blogger #househusband, ada isteri dan ada anak, hati mereka perlu dijaga. Saya tau .. saya kacak .. ekekekee
==
Orait. Saya anggap ramai blogger sebagai rakan saya, dan tidak kurang juga sebagai adik, kakak dan abang saya. Mana yang lebih tua tu ... memang saya respek la walaupun kadangkala pendapat mereka agak kontra dengan apa yang saya fikirkan, begitu juga dengan blogger yang muda belia. Blogger muda walaupun baru tapi idea, semangat, usaha, teknik .. serta ilmu dalam dunia blog amat mengagumkan.
Anggap teguran terbuka saya di FB tu sebagai nasihat untuk semua blogger termasuk diri saya sendiri agar sentiasa disegani, dihormati dan dipandang tinggi bukan sahaja sesama blogger tetapi orang luar yang memang memerhati. In Sha Allah.
p.s: Ada individu yang bukan blogger juga menyuarakan ketidak-selesaan kelakukan blogger-blogger terhadap blogger yang ada suami, isteri, anak bini ni ... jadi hati-hatilah dengan gerak laku kita ye .. terutama majlis yang besar-besar.
dkt mana2 pun adab tu perlu jaga terutama sekali mulut... nasihat yg bagus HH.. :)
ReplyDeleteapa2 jela.. Kalau aku pergi event jumpa kau pun rasa nak tarik muka nak selfie . kalau kacak tak pela juga
ReplyDeleteHahaha... tu sbb tak banyak gambar selfie
Deletenak g event jgk cmne?hihi
ReplyDeleteCuba aktif dalam group blogger. Nanti akan ada blogger yang jemput.
Deletegroup blogger kat fb ke tuan hasrul? ada link tak..hihi maaf brtanya
DeleteBagus teguran macam ni. Kena jaga batas-batas juga.
ReplyDeletemalu jugak ni kalau orang yang tak biasa dengan komuniti blogger tengok. mesti pandang serong kat blogger
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.