Anak saya akan hadapi peperiksaan UPSR 2016 pada September. Alhamdulillah, pada percubaan UPSR 2016 peringkat negeri Pulau Pinang, anak sulong saya Hasif Amri telahpun berjaya mendapat keputusan 6A. Dia bersama beberapa rakan lain berjaya mendapat 6A dalam percubaan UPSR sekaligus menjadi harapan kepada sekolah untuk ulangi kecemerlangan pada peperiksaan sebenar.

Dalam hendak menghadapi peperiksaan UPSR, persediaan mental dan fizikal bukan hanya perlu dilakukan oleh anak-anak, tetapi juga oleh ibubapa. Ada ibubapa yang seolah tidak ambil kesah pun mengenai peperiksaan UPSR ... kata mereka ... apalah sangat UPSR ini. UPSR je kot ... huhuhu...

Tips Buat Ibubapa Punyai Anak Hadapi UPSR

Tips Buat Ibubapa Punyai Anak Hadapi UPSR
Tapi, buat anak-anak, inilah permulaan dalam hidup mereka sebagai pelajar untuk hadapi peperiksaan besar di sekolah. Ia adalah titik tolak untuk mereka merasai pengalaman pertama hadapi peperiksaan di peringkat seluruh Malaysia, yang in Sha Allah, akan banyak lagi dihadapi untuk masa depan.

Jadi, apa perlu dilakukan oleh ibu bapa yang anak mereka bakal hadapi peperiksaan UPSR? Hanya perlu serah pada guru sekolah atau guru tuisyen sahajakah? Perlu ke nak ajar? Ajar anak pelajaran matemarik? sains? - Bagaimana ibu bapa yang pendidikan mereka agak kurang atau sekadar sederhana - nak ajar silabbus yang dah jauh berbeza dengan zaman mereka?

6 Tips Untuk Ibubapa

Sedikit tips yang ingin saya kongsikan, moga ia akan dijadikan sebagai rujukan buat semua, terutama ibu bapa yang ada anak bakal hadapi peperiksaan UPSR ini. Tips di bawah dikongsikan oleh rakan blogger +aynora nur

  1. Perbanyakkan masa bersama anak-anak menjelang minggu peperiksaan mereka.
  2. Rajin mengamalkan doa-doa untuk anak-anak mudah menghadapi peperiksaan. Lakukan solat hajat
  3. Jangan panik, sebaliknya tunjukkan yang kita menyokong segala usaha mereka. Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif. Contohnya, "Jangan risau, kamu boleh berjaya..." 
  4. Ambil cuti dan hidangkan makanan kesukaan anak-anak ketika minggu peperiksaan 
  5. Kurangkan aktiviti luar 
  6. Nyatakan ganjaran dengan jelas, namun jangan berikan harapan palsu. Ganjaran biarlah yang munasabah seperti hadiahkan jam tangan baru, pergi melancong dan lain-lain. 

Amalkan Yang Berikut

Buat ibu bapa beragama Islam, boleh gunakan pendekatan kerohanian. Paling penting sekali, anak perlu menjaga sholat lima waktu, dan kalau boleh biarlah sholat berjemaah bersama-sama di awal waktu. Sholat itu berikan ketenangan, dan membolehkan otak berfikir dengan baik.
[Baca] Panduan Serta Petua Didik Anak
Selain itu, untuk tips tambahan buat ibu bapa, boleh lakukan amalan di bawah ini apabila sudah hampir dengan hari peperiksaan UPSR. Setiap hari cubalah untuk ikuti langkah-langkah amalan di bawah ini:
  1. Ambil Wudhuk.
  2. Mengadap kiblat.
  3. Baca Syahadah - 3x
  4. Al- Fatihah - 1x
  5. 3 Qul- 1x
  6. Surah Insyirah - 1x
  7. Selawat Atas Nabi - 10x
  8. Baca Surah Yassin - 1x
  9. Baca Surah Insyirah 100x.
Boleh baca lagi tips lain mengenai peperiksaan UPSR di sini:


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus tips ini. boleh apply dari sekarang. moga anak2 kita semua jadi insan cemerlang dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  2. tip yang bagus... ada anak saudara periksa UPSR tahun ni

    BalasPadam
  3. Wah!, terima kasih tuan untuk tips ini. Boleh simpan dan guna 2 tahun lagi...

    BalasPadam
  4. Semoga anak HH dan rakan2 yang lain beroleh kejayaan cemerlang. Tips ini saya amalkan untuk anak saya, alhamdulillah berjaya dpt straight A & skrg dia di MRSM.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement