10 Tips Untuk Peluang Mendapatkan Kerja. Kerja oh kerja. Ramai sebenarnya graduan dan lepasan IPT yang gagal mendapat kerja. Tak kiralah apa kelulusan - sijil, diploma, ijazah .. masih ramai siswazah menganggur di negara ini. Ada tu telah berkali-kali hantar resume, tetapi satu pun tak sangkut.

Ada tu pulak, dah dipelawa hadir temuduga tapi gagal diterima. Memang frust. Saya sendiri dah pernah rasai pengalaman kekecewaan sebegini. Tapi, paling tak best bila mencari kerja ialah .. bila hantar resume, tiada satu pun balasan .. uhh penantian satu seksaan oooo ... nak-nak lagi ada suara-suara sumbang yang lagi menambah derita.

10 Tips Untuk Peluang Dapat Kerja

10 Tips Untuk Siswazah dan Graduan Mendapat Peluang Kerja
Ok. Sebagai seorang yang pernah menjadi penemuduga, dan pernah juga mengiklankan kerja kosong kepada orang lain, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk peluang mendapatkan kerja. Tips ini adalah olahan saya dari sumber majalah Cosmopolitan.

Tips yang diberikan memang relevan dengan situasi dan perkembangan terkini majikan mencari calon kerja. Semoga tips yang dikongsikan ini bakal cerahkan peluang anda untuk mendapatkan kerja, terutama sekali peluang mendapatkan kerja baru.

1. Tingkatkan Usaha

Pertama sekali, apabila anda mahu mencari peluang kerja, jangan sesekali anda bersikap putus asa. Kena ingat dengan janji Allah S.W.T, orang yang kuat dan sentiasa berusaha, akhirnya nanti akan diberikan ganjaran. Jadi, kena yakin dengan Allah S.W.T. Nak rasa kecewa, rasalah selama beberapa jam .. tetapi lepas tu .. tingkatkan usaha.

2. Kenali Diri

Setiap orang yang mencari kerja perlu ada satu keunikan atau kelebihan yang boleh menarik perhatian. Gunakan 30 saat tentang kemahiran anda yang paling relevan. Contohnya "Saya Hasrul, pernah melakukan kerja-kerja dengan badan sukarela berkaitan kewangan dan terlibat dengan Projek ..…" Ideanya adalah untuk perkenalkan diri dengan cepat sambil memberitahu jenis kerja yang anda cari atau minat serta sesuai.

3. Kemaskini Profile Online

Cara dapatkan kerja dan tawaran temuduga
Tahukah anda, 75 peratus majikan berkata proses mengambil pekerja baru mereka adalah termasuk menyelidik calon secara online? Jadi awas dengan sebarang gambar atau status yang anda post di media sosial. Saya syorkan anda untuk padam sahaja untuk elak ia bakal dipersoalkan nanti.

Satu tips tambahan, gunakan laman sosial yang lebih bagus untuk profile kerja anda iaitu profil LinkedIn, minta bekas majikan, kenalan serta profesor tempat anda belajar dahulu untuk berikan testimoni, dan sertailah kumpulan industri di laman web tersebut.
[Iklan] Tak Dapat Kerja? Rezeki Sempit? Baca Rahsia Rezeki

4. Jangan Hanya 'Google'

Ramai antara graduan serta pencari kerja lebih suka kerja senang mencari kerja dengan Google. Sebenarnya, selain mencari kerja secara online, anda boleh juga mencari kerja secara offline. Cuba kenalpasti kawan-kawan, atau sedara mara yang mungkin boleh menjadi sumber pencarian kerja anda. Paling penting sekali, adalah mereka yang ada kaitan dengan kerja yang anda cari.

Senaraikan mereka dan masukkan mereka di dalam jaringan (network) di laman sosial. Cuba berhubung dan raih perhatian mereka ini dan kenalan mereka menerusi status yang anda muat-naik. Wujudkan hubungan.

5. Gunakan Ayat Paling Power

Zaman sekarang zaman teknologi, dan sudah banyak perisian canggih yang membantu majikan untuk mencari calon. Jadi anda perlu peka dengan tawaran kerja yang dicari secara online. Jika anda muat-naik data diri ke dalam pengkalan data pencarian kerja secara online, gunakan kata kunci dalam rèsumè, seperti skill teknikal (PowerPoint), soft skill (teamwork), dan ijazah (BA, CPA).

Penggunaan kata kekunci yang betul akan mengoptimumkan peluang untuk majikan mencari anda. Buat beberapa versi rèsumè agar bersesuaian dengan kerjaya atau majikan tertentu. Jangan sesekali anda stick pada satu resume sahaja. Anda perlu tahu, resume untuk cari kerja kerajaan, resume untuk kerja swasta, resume untuk hadir temudua semuanya adalah berbeza. Sentiasalah semak semula setiap versi kerana peluang anda bergantung kepadanya….

6. Jangan Segan Untuk Memohon Kerja

Tips Untuk Peluang Dapat Kerja
Kajian menunjukkan jika seorang wanita menepati 60 peratus daripada ciri yang dicari majikan, dia akan rasa dirinya tak layak. Sebaliknya jika seorang lelaki memenuhi peratus sama, dia akan terus memohon kerja tersebut. Jika anda lihat satu senarai kerja yang menarik perhatian, terus sahaja mohon. Jangan segan untuk memohon kerja tersebut walaupun anda berasakan ada beberapa kekurangan dalam kriteria pemilihan calon.

Anda perlu berani. Pastikan keberanian ini nampak dengan memberikan resume anda yang unik, dan mempunyai kekuatan lebih baik daripada kriteria yang diberikan.

7. Jadikan Setiap E-mel Istimewa

Elakan memulakan ayat permohonan kerja dengan 'Kepada yang berkenaan' pada e-mel atau surat pengenalan. Sebaliknya, kenal pasti nama contact untuk permohonan kerja anda itu. Carilah titik persamaan dengan orang yang bakal menerima e-mel – sama ada anda dirujuk oleh seseorang dalam syarikat atau anda adalah kenalan dengan penerima email tersebut, sebutkannya.

Kemudian ceritakan kisah peribadi tentang pengalaman kerja anda selama ini, aktiviti sukarelawan yang pernah anda sertai, atau minat luar yang menjelaskan kenapa anda paling sesuai untuk jawatan yang ditawarkan.

8. Lakukan Kajian Sebelum Ditemuduga

Bila dipanggil temuduga, senaraikan apa yang anda suka tentang pekerjaan dan syarikat tersebut. Lakukan sedikit homework dan kajian. Selidik tentang syarikat dan trend industri terkini yang berkaitan dengan kerja serta syarikat tersebut.

Anda perlu tunjukkan bahawa anda mahukan kerja yang ditawarkan, dan bukan sekadar hanya hantar permohonan serta resume untuk isi keperluan anda. Sentiasa bersedia dengan soalan dan idea. Cakap dengan perlahan supaya nampak lebih yakin.
[Rujukan] Rahsia Untuk Lulus Temuduga Kerja Gomen Dengan Mudah

9. Apa Yang Boleh Anda Tawarkan

Ramai graduan buat silap dengan hanya perkatakan tentang apa diinginkan, tetapi bukan apa yang boleh ditawarkan. Sepanjang temu duga, fokus pada keperluan organisasi atau syarikat tersebut lebih daripada diri anda.

Apabila anda diminta semasa temuduga untuk bercerita mengenai diri anda, sila fokuskan kepada keupayaan, kebolehan dan kejayaan anda yang ada kaitan dengan permohonan kerja atau misi syarikat terbabit. Contohnya, "Semasa saya bekerja dengan badan NGO ABC, kumpulan saya telah diberikan penajaan RM50,000 dan peranan saya dalam pasukan adalah menulis kertas cadangan projek."

10. Jangan Lupa Untuk Follow Up

Bagaimana nak mendapatkan kerja untuk graduan siswzah
Orang yang benar-benar bersungguh untuk mencari dan mendapatkan kerja pasti akan lakukan follow-up. Saya sendiri memohon kerja dengan syarikat jual minyak pun buat follow up. Anda kena perlihatkan kesungguhan anda ini. Untuk buat follow up berkesan, jangan lupa untuk ambil kad nama setiap orang yang temuduga anda, atau setidak-tidaknya anda tahu siapa yang perlu anda jalinkan hubungan untuk proses follow up.

Selepas temu duga, tulis balik apa yang berlaku. Siapa yang anda jumpa? Apa yang telah dibincangkan? Gunakan nota untuk catatkan semua, kemudian anda hantar e-mel dengan ucapan terima kasih dalam tempoh 24 jam kepada mereka.
[Baca] Tips Serta Cara Untuk Lulus Temuduga Kerja
Ulang semula kenapa anda minat dengan jawatan itu. Bonus jika anda berikan rujukan yang akan menyambung topik perbincangan semasa proses temuduga.

Satu tips yang bakal bantu anda, ialah dengan berikan pautan kepada profile anda di LinkedIn. Di situ, mereka boleh lihat siapa kenalan, termasuklah juga testimoni. Jika Anda tidak mendengar sebarang khabar atau respon daripada mereka (dan biasanya berlaku juga), tunggu seminggu dan e-mel sekali lagi.

Kredit:Cosmopolitan

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu pun saya tidak berapa yakin nak gi temuduga. Alhamdulilah berjaya dpt kerjaya yang boleh la dikatakan berjaya...syukur alhamdullilah
    .


    Kepada anak muda usah putusasa

    ReplyDelete
  2. Dulu pun saya tidak berapa yakin nak gi temuduga. Alhamdulilah berjaya dpt kerjaya yang boleh la dikatakan berjaya...syukur alhamdullilah
    .


    Kepada anak muda usah putusasa

    ReplyDelete
  3. last but not least, penampilan perlu juga yang terbaik dan sesuai dengan bidang kerja yang ditemuduga. To make an impression ... jadi penemuduga ingat kat kita.

    ReplyDelete
  4. tips pasal email tu terbaik, selalu pakai satu template email je haha

    ReplyDelete
  5. Peluang pekerjaan sekarang semakin mencabar, jika tiada kesungguhan mana mungkin dapat menempuhi cabaran dalam pemilihan kerja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement