4 Perkara Utama Perlu Tahu Mengenai Virus Zika. Virus Zika ini dilaporkan sedang merebak ke serata dunia. Malah, ia kini semakin ditakuti, kerana terdapat beberapa kes melibatkan kematian selepas pesakit disahkan mempunyai virus Zika. Ini adalah kerana tiada vaksin, tiada penawar, tiada ubat khusus untuk pesakit yang terkena jangkitan virus Zika.

Virus Zika sudah meragut banyak nyawa seluruh dunia, dan didapati pembawa virus ini adalah nyamuk Aedes. Dan terdapat laporan mengatakan bahawa virus ini boleh merebak menerusi perhubungan seks. Paling ditakuti ialah virus ini boleh menyebabkan kecacatan pada bayi (microcephaly), seandainya si ibu didapati terkena virus Zika ini. Dengan kata lain, virus Zika boleh merebak dari ibu ke bayi.

4 Perkara Penting Anda Perlu Tahu Mengenai Virus Zika

Berikut adalah info dan fakta penting mengenai virus Zika yang saya peroleh dari laman web WHO:
Zika virus is a mosquito-borne flavivirus that was first identified in Uganda in 1947 in monkeys through a network that monitored yellow fever. It was later identified in humans in 1952 in Uganda and the United Republic of Tanzania. Outbreaks of Zika virus disease have been recorded in Africa, the Americas, Asia and the Pacific. From the 1960s to 1980s, human infections were found across Africa and Asia, typically accompanied by mild illness. The first large outbreak of disease caused by Zika infection was reported from the Island of Yap (Federated States of Micronesia) in 2007. In July 2015 Brazil reported an association between Zika virus infection and Guillain-Barré syndrome. In October 2015 Brazil reported an association between Zika virus infection and microcephaly. 

Ada 4 perkara yang perlu semua orang tahu mengenai virus Zika ini.

1. Gejala Zika

Seseorang yang terkena virus Zika akan mempunyai tanda-tanda seperti:
  1. Mata merah
  2. Demam ringan
  3. Sakit kepala
  4. Ruam pada kulit
  5. Kelesuan
Gejala penyakit ini biasanya mengambil tempoh antara 2-7 hari selepas individu digigit nyamuk Aedes pembawa virus Zika.

2. Apa Perlu Dilakukan Jika Ada Tanda Gejala Zika

Memandangkan virus Zika tidak mempunyai tanda khusus, agak sukar untuk mengetahui seseorang itu terkena jangkitan virus ini. Ia seperti demam biasa. Seandainya tidak dirawat dengan betul, boleh mengakitkan kematian.

Jika ada tanda gejala seperti disebutkan tadi, sila dapatkan rawatan di klinik dan hospital dengan segera, terutamanya demam. Banyakkan minum air masak, dan dapatkan rehat dengan cukup. Pakailah pakaian yang berlengan panjang bagi mengelakkan penyebaran virus Zika. Dengan memakai pakaian yang bertutup, ia akan elakkan diri dari terkena gigitan nyamuk Aedes.

Seandainya gejala makin teruk atau berlaku kompilasi, sila terus dapatkan rawatan susulan... terutama untuk ibu-ibu yang hamil.
Perkara Penting Anda Perlu Tahu Mengenai Virus Zika

3. Cara Hindari Terkena Virus Zika

Pencegahan dari terkena virus Zika adalah sama seperti pencegahan untuk demam denggi. Ini adalah kerana punca penyebaran virus ini adalah menerusi nyamuk Aedes.

Kita semua mesti memastikan persekitaran adalah bersih, bebas daripada punca-punca tempat pembiakan nyamuk Aedes. Gunakan racun serangga atau aerosol membunuh nyamuk serta gunakan kelambu untuk elak diri dari terkena gigitan nyamuk.

Jika anda kaki bercuti atau suka melancong, pilih pakaian yang sesuai dan bawa krim atau sapuan yang boleh elakkan diri dari terkena gigitan nyamuk. Jangan pergi ke tempat yang didapati mempunyai kes demam denggi mahupun virus Zika.

4. Tiada Penawar Khusus atau Vaksin

Virus Zika tiada penawar khusus, dan tiada vaksin. Untuk itu, perkara paling penting untuk elak wabak virus Zika merebak ialah dengan pencegahan. Rawatan yang biasa diberikan untuk pesakit virus Zika adalah rawatan untuk demam dan pemantaun rapi untuk kurangkan kesan gejala virus ini.

Ia boleh berikan kesan yang sangat buruk untuk bayi andai si ibu yang hamil disahkan mengidap atau mempunyai virus Zika.
4 Perkara Penting Perlu Tahu Virus Zika
Saya sebagai bapa memang risau dengan perkara ini, sama seperti saya risau mengenai bahayanya Denggi dan juga Chikungunya. Jika tubuh kurang pertahanan atau antibodi badan untuk lawan demam disebabkan oleh virus-virus bahaya ini, ia boleh mengakibatkan kematian.

Paling risau adalah keselamatan dan kesihatan anak-anak. Anak-anak kadangkala tidak ambil serius .. dan mereka adalah antara yang paling terdedah kepada pelbagai penyakit merbahaya.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement