Awas. Pesakit Kencing Manis kena bijak kasut. Salah satu bahaya yang ditakuti oleh seorang pesakit kencing manis adalah kecederaan pada kaki. Jika kaki terdapat luka, besar kemungkinan ia akan lambat sembuh dan boleh bawa mudarat yang lebih besar. Maka, sangat penting seorang pesakit Diabetes tahu dan bijak memilih kasut, terutama dari segi saiz yang sesuai.

Bahaya Salah Pilih Saiz Kasut Kepada Pesakit Diabetes

Bahaya Salah Pilih Saiz Kasut Diabetes
Kalau ikut mudah, eloklah seorang pesakit Kencing Manis hanya memakai kasut sandal santai sahaja. Ini adalah kerana kasut jenis ini lebih fleksibel. Tak perlu sebab nak bergaya, pakai kasut yang boleh mendatangkan mudarat. Tapi, jika perlu juga memakai kasut, sila ikuti panduan ringkas yang dikongsikan ini.

Saya salah seorang daripada ramai rakyat Malaysia yang terkena penyakit Kencing Manis atau Diabetes. Dan saya memang ada banyak kasut di rumah. Sering sekali bertukar ganti. Apabila kasut saya terasa ketat, nak tak nak .. saya terpaksa cari kasut yang baru.

Risiko Pesakit Diabetis Pakai Kasut Ketat

Seorang pesakit Kencing Manis akan merisikokan diri mereka dengan bahaya pemakaian kasut yang ketat. Tidak perlu terkena besi atau paku karat yang boleh mencederakan kaki. Kaki yang tercedera, serta tidak mendapat rawatan akan menyebabkan kaki seorang pesakit Kencing Manis atau Diabetes dipotong.
Bahaya Salah Pilih Saiz Kasut Kepada Pesakit Diabetes
Memakai kasut ketat juga boleh menyebabkan perkara yang sama. Apabila ruang bahagian dalam kasut terlalu ketat, ia boleh menyebabkan kaki lebam dan melecet. Melecet membawa kepada luka... dan seterusnya. Ia juga boleh menjadi punca kepada masalah ulser kaki. Pun begitu, tidak boleh juga kasut terlalu longgar. Bendasing mudah termasuk di celahan kasut, dan memberikan kecederaan pada kaki. Maka, kena pilih kasut yang sesuai dengan saiz kaki.
[Baca] Peria Katak Bagus Untuk Pesakit Kencing Manis
Pesakit kencing manis seeloknya memakai kasut yang tidak meruncing di depan, dan mempunyai pengudaraan yang baik. Tapak dalaman mestilah lembut, dan tapak luar perlu tebal atau berstruktur kuat.
Cara Pilih Kasut Pesakit Kencing Manis
Ramai pesakit Kencing Manis atau Diabetes tidak ambil kisah mengenai pemakaian saiz kasut yang betul.

Kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Dundee, Scotland ke atas 100 pesakit kencing manis antara 24-89 tahun mendapati; 63 peratus pesakit diabetes mengenakan kasut yang salah saiz.
"Well-fitting doesn't just mean you wear a certain size, but that your shoes are not too loose or too tight anywhere on your foot. That helps prevent you from forming blisters and calluses, and protects you from trauma outside of the shoe," kata Joy Pape, R.N., CDE, WOCN, CFCN, pengasas EnJOY Life! Health Consulting.
Jadi, sebagai ingatan, andai anda mahupun ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit ini, pastikan mereka memakai kasut yang sesuai dan tidak ketat. Untuk memastikan saiz kasut itu betul, perlu dicuba mengenakan kasut tersebut tatkala duduk dan juga berdiri. Ini adalah kerana, sewaktu berdiri tapak kaki akan menjadi lebih rata dan kaki lebih panjang dan lebar.
[Baca] Vivix Shaklee Untuk Rawatan Pesakit Diabetes
Semoga perkongsian ringkas ini ada sedikit manfaatnya. In Sha Allah.

Sumber: Majalah Harmoni
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement