Cara Nak Halau Lalat dan Kutu - Syuhh syuhhh ... andai gitu mudah tentu senang kerja kita. Tapi tak semudah yang disangkakan. Bukan senang nak halau lalat yang berterbangan dan lalat yang 'menginap' di atas kepala kita. Tapi saya ada petua yang nak saya kongsikan kepada anda.

Masalah lalat ni ... uhh kalau tiba musim dia tu .. nak makan kuih pun tak senang .. apa lagi nak makan nasi. Lagi2 kalau tempat kita berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, kandang lembu, reban ayam itik, mahupun berdekatan dengan pasar basah. Uhh mengaum lalat2 ni bermaharajalela ....

Petua Cara Halau Lalat dan Kutu

Petua Cara Halau Lalat dan Kutu
Itu lalat ... kutu pun satu hal .... penghisap dara tegar ni memang susah nak hilangkan dari kepala. Kalau dah terkena .. aduhhh ... buat kita jadi merenyam. Kalau anda ada anak perempuan ... jaga2 lah .. mungkin anak anda ada kutu di kepala ... lagi2 kalau disekolah tu ada pembawa .. hehehe .... so selalu2 lah peksa kepala dan rambut anak-anak anda .... silap2 .. anda pun ada!

Jadi bagaimana yer? Saya berikan petua ini buat anda, terpulanglah nak amalkan atau tidak.
Cara Halau Lalat dan Kutu

Halau Lalat Dengan Daun Kari

Cuba letakkan setangkai daun kari di tempat punyai lalat. Heh .. nak lagi best ... tanam daun kari dalam pasu bunga kecil dan letakkan di tempat yang suka lalat datang, macam di dapur dan ruang makan. Selain menghijaukan persekitaran ... ia juga memberikan haruman segar kepada anda - tetapi tidak kepada lalat!

Minyak Kelapa Buat Kutu Lari

Nampak macam susah je nak hilangkan kutu. Cuba amalkan pengambilan minyak kelapa (tak kiralah kelapa dara ke ... kelapa tak dara!), lumurkan tiga sudu teh minyak kelapa atau minyak masak ini sebelum mandi. Gosok di atas kepala dan tutup selama 10 minit. Kemudian basuh. Hmmm .... dikatakan boleh hilangkan kutu selepas 2 kali mencuba.

Gitulah adanya petua orang lama .. cubalah kalau nak. Saya hampir tersasul tadi antara kepala dan kelapa ... erkk ...

Lalat dan Kutu dalam Dunia Blog Malaysia

Oh ya, dalam dunia blog Malaysia pun ada gak lalat dan kutu ni, samada sedar dengan tidak je. Lalat ni selalu singgah dan kemudian tinggalkan komen yang kurang baik, banyak buat cela dalam kotak komen, dan selalu terbang bila kehadiran diketahui.

Sama juga dengan kutu dalam dunia blog Malaysia, ambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Ramai ooo yang macam tu, biasanya kutu-kutu sekejap je ... bila dah dapat apa yang mereka inginkan, mereka ni akan hilang.

Moga entri ini dapatlah sebanyak sedikit ilmu yang patut.


18 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. lalat dan kutu memang banyak dalam dunia blog ni, kita jer nak kena pandai menilai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tu la pasal, mungkin lepas ni saya akan buat entri bagaimana nak halau benda2 tu .... supaya tak jangkit dan buat onar pada blog.

      Delete
  2. awak punye navbar ni mengganggu penglihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba versi mobile. Versi mobile ... hanya tambah ?m=1 di hujung

      Delete
    2. Boleh tahu guna perkakasan apa bila layari blog ini?

      Delete
  3. Daun kari? Nak try ni. Terima kasih uncle Hasrul hikhik :D

    ReplyDelete
  4. Oh macam tu cara nak halau lalat ... daun kari, boleh cuba try test ni... minyak masak sapu kat kepala nak halau kutu? hmmm ... nanti kutu tu jatuh masa mandi ke macamana ker? anak saya yang sekolah rendah tu memang tak habis-habis kena kutu berjangkit dengan kawan-kawan kat sekolah... selalu bubuh ubat kutu yg beli kat farmasi tu... seminggu pakai... dia tak bertelur dah... tapi ibu tu kena sikat selalu lah... hahahaha.... kutu dan lalat blog? first time denagr ni... hahahaahhaa... harap-harap tak lah blog saya menarik minat kutu dan lalat blog... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana? Ada hasil positif tak?

      Saya bab kutu kena gak buat cara manual, buang guna sikat kutu tu

      Delete
  5. lalat dan kutu dalam dunia blog? huhu

    ReplyDelete
  6. kalau kat blog kak fauziah ni dia ajar guna limau dan cengkih

    http://www.dapurkakjee.com/2013/08/petua-halau-nyamuk-dan-lalat.html

    keberkesanan tu tak tahu la sbb belum cuba. yg sy biasa buat guna kertas bergam tu jer..

    ReplyDelete
  7. kalau nak halau pijat macamana pulak...ini pijat betul yang hisap darah tu bukan pijat dalam blog ye, bila dah kena gigit nanti boleh berkudis? Kena buang tilam, bantal, tikar dan selimut semua ker?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tu tak tau la plak, memang selalu buang je dah ... tapi cuba dulu jemur.

      Delete
  8. Ada juga lalat dan kutu dalam dunia blog yer, tq HH share petua nie :)

    ReplyDelete
  9. Singgah sini duk cari punca banyak lalat.. tak tau la ni musim ke ape... kat rumah banyak lalat... kedai runcit... restoran tertutup macam mcd pun ada lalat... memang rase agak luar biasa... tu yang tertanya2 kenapa skrang musim banyak lalat?

    formulasihatcantik.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Terimakasih info lengkap , saya puntertarik..

    ReplyDelete
  11. ok..apa petua untuk lalat dan kutu dalam dunia blog tu pulak..hehehe..

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  12. Kejut je...ingat kutu apa td. Daun kari x pernah cuba..next keep tr6 la mcm ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement