Saya nak kongsikan sedikit tips, khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi yang baru sahaja bergraduasi, dan mahu selesaikan hutang daripada pinjaman PTPTN (jika ada). Tips yang akan saya kongsikan ini akan membolehkan seorang lepasan IPT selesaikan hutang pinjaman PTPTN dalam masa 5 tahun sahaja selepas tamat belajar. Nak tahu? Baca blog post saya ini sehingga habis ye ..

Sebenarnya ada banyak cara terbaik untuk selesaikan hutang pinjaman PTPTN ini. Ada cara yang kasar, ada cara jangkamasa pendek, ada cara jangkamasa panjang. Ada juga teknik terpantas iaitu hanya ambil masa setahun sahaja nak selesaikan hutang pinjaman PTPTN ini, tetapi itulah .. bukan semua cara dan kaedah ini sesuai untuk semua orang.

Tips, Panduan dan Cara Selesaikan Hutang Pinjaman PTPTN Dalam Tempoh 5 Tahun

Tips, Panduan dan Cara Selesaikan Hutang Pinjaman PTPTN Dalam Tempoh 5 Tahun
Jika anda seorang mahasiswa atau lepasan IPT yang baru sahaja mendapat kerja ... maka tips di bawah ini mungkin boleh membantu untuk lunaskan hutang pinjaman PTPTN dengan cara yang lebih tenang, lebih teratur dan tidak perlu ikat perut. Anda hanya perlukan masa atau tempoh 5 tahun sahaja untuk selesaikan pinjaman PTPTN ini.

Bagaimana Nak Langsai Hutang PTPTN Dalam 5 Tahun?

Ok. Jom baca cara selesaikan pinjaman PTPTN dalam tempoh 5 tahun selepas graduate ini. Baca dengan teliti, dan gunakan akal untuk berfikir dengan logik yang ada ...

Katakan kita berhutang dengan PTPTN sebanyak RM 23,000. Kita tetapkan matlamat hendak selesaikan hutang ini dalam masa 5 tahun. Oleh itu kita cuma perlu bayar RM 50 sebulan supaya PTPTN tahu kita boleh dan sedang cuba untuk selesaikan hutang kita, ini akan mengekalkan rekod hutang yang bersih sekaligus mengelakkan masalah seperti disenarai-hitamkan untuk travel dan sebagainya. Oleh itu, baki pinjaman, RM50 x 60 (bulan) = 3,000. Jadi, kita perlu kumpul RM 20,000 dalam masa 5 tahun.
Cara Selesaikan Hutang Pinjaman PTPTN Dalam Tempoh 5 Tahun
Ada 3 cara yang boleh dilakukan. Cara yang akan saya kongsikan ini memerlukan anda untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera, yang secara puratanya memberikan pulangan dividen sebanyak 7% setiap tahun.

Cara 1 - Pohon Pinjaman ASB Sebanyak RM 50,000

Dengan pinjaman ini, anda perlu bayar ansuran bulanan RM 275. Selepas 5 tahun:
  • Dividen = 20,950
  • Surrender value = 3,958
  • Jumlah = 24,908
  • Jumlah kos = RM 16,500 
  • Peratus ROI = 50.9%

Cara 2 - Pohon Pinjaman ASB Sebanyak RM 100,000

Dengan pinjaman ini, anda perlu bayar ansuran bulanan sebanya RM 550. Selepas 5 tahun:
  • Dividen = 41,901
  • Surrender value = 7,914
  • Jumlah = 49,815
  • Jumlah kos = RM 33,000
  • Peratus ROI = 50.9%

Cara 3 - Pohon Pinjaman ASB Sebanyak RM 100,000 Berganda

Anda perlu bayar ansuran bulanan sebanyak RM 550.
  • Katakan kadar dividen 7.25%, maka dividen selepas setahun (12 bulan) = RM 7,250
  • Pohon pinjaman kedua sebanyak RM 100,000 sekali lagi dan gunakan dividen sijil pertama untuk selesaikan bayaran bulanan selama setahun = RM 6,600. Ada baki RM 650 (RM 7,250 - RM 6,600)
  • Ulang sehingga sijil pertama berumur 6 tahun dan tamatkan kedua-dua pinjaman.

Hasilnya ...

Sijil ASB 1:
  • Dividen = 9,850
  • Surrender value = 7,914
  • Jumlah = RM 17,764
Sijil ASB 2:
  • Dividen = 32,308
  • Surrender value = 6,163
  • Jumlah = RM 38,471
Jumlah keseluruhan = RM 56,235
  • Jumlah kos = RM 33,000
  • Peratus ROI = 70.4%
Peratus ROI (Return of Investment) boleh digunakan sebagai petunjuk betapa efisennya sesuatu pelaburan itu. Modal rendah, untung tinggi. Lagi tinggi ROI, maka adalah lagi bagus.

Lihat kembali pengiraan di atas, kalau anda perasan, modal untuk cara ke 2 dan ke 3 adalah sama iaitu sebanyak RM 33,000 tetapi cara ketiga dapat lagi banyak pulangan. Maka, jadilah pelabur yang bijak dalam memilih mana pelaburan yang paling genius.

Dari tips dan cara di atas, dalam masa 5 tahun, anda sudah boleh selesaikan hutang PTPTN dengan hanya membuat pinjaman untuk pelaburan ASB. Anda tidak terbeban, malah ada duit lebihan untuk digunakan bagi tujuan lain.

Lebihan Pelaburan Setelah Langsai Hutang PTPTN

Dalam masa 5 tahun, pinjaman PTPTN langsai, dan anda sudah boleh gunakan wang dividen pelaburan ASB untuk berkahwin, bercuti, beli rumah atau mungkin membuat pelaburan lain yang lebih menguntungkan.

Where do you see yourself in 5 years?

Bebas hutang? Mempunyai rumah pertama? Berkereta dan bergaji besar? Pilihan ditangan anda.
Untuk lebih banyak tips bagi kebebasan kewangan, saya syorkan anda untuk mendapatkan pakej kombo ASB Genius yang telah disediakan oleh mereka yang pakar dalam pelaburan ini, Malah, anda akan juga diberikan tips serta panduan untuk jana pendapatan lebih baik menerusi pelaburan hartanah di Malaysia.
ASB Genius

Penulis ASB Genius ialah Khairul Ezuwan. Beliau adalah speaker untuk lebih 60 Siri 'Seminar Potensi ASB & Hartanah' dan Seminar ASB Genius yang telah dihadiri oleh lebih 3,000 orang peserta dari seluruh Malaysia dan telah mengendalikan lebih 100 sessi Personal Coaching bersama pelbagai latar belakang peserta.
Berminat? Boleh tempah secara online di sini - Kombo ASB GENIUS dan Pelaburan Hartanah

Nota kaki: Kiraan dibuat dengan andaian kadar dividen - 7.25% dan faedah bank - 5.2%

6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Good sharing... Ptptn kita pun x habis lagi.....Huhu

    ReplyDelete
  2. Nasib baik tak hutang PTPTN. Memang merungut nak bayar hutang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jika tak ambil ptptn masa belajar. Nak bayar bunga tu yang berapa tahan.

      Delete
  3. panduan yang bagus. Boleh guna cara ni juga untuk selesaikan hutang lain-lain.

    ReplyDelete
  4. eloklah ada hutang bayar cepat-cepat boleh bagi adik2 kita belajar pula :D

    ReplyDelete
  5. Bagus juga menteri sendiri dah bagi jaminan ... tidak akan menyusahkan peminjam ptptn

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement