Awal bermula untuk bisnes kek ni memanglah agak mencabar. Paling penting untuk berjaya di dalam bisnes ini adalah untuk mencari resepi kek, kuih dan roti (bakeri) yang mempunyai keunikan dan rasa yang boleh menambat selera. Namun begitu, ramai usahawanita di Malaysia bermula dengan resepi-resepi kek dan roti yang mudah sebelum ia berjaya dipasarkan ke merata tempat.
Panduan Belajar Kek Untuk Surirumah Berbisnes
Disebabkan potensi yang ada dalam bisnes kek dan bakeri ini, ramai surirumah yang sebelum ini tidak tahu membuat kek dan bakeri telah ambil inisiatif untuk belajar. Ada yang ambil kursus di bawah program-program usahawan tertentu, ada pula yang belajar daripada kawan-kawan, malah ada yang belajar menerusi buku resepi.Surirumah yang pergi kursus buat kek dan bakeri ini selalunya akan diajar bab-bab asas untuk penyediaan serta resepi-resepi mudah. Kos untuk pergi ke kursus pula bergantung dengan lokasi atau tempat. Kadang kursus ini ambil masa sehingga 1-2 hari untuk dihabiskan. Jadi, ada surirumah yang tak dapat habiskan kursus kerana terikat dengan urusan rumahtangga... nak-nak lagi jika ada anak-anak yang masih bersekolah.
Ada pula surirumah yang belajar dari kawan-kawan. Hmm bila belajar dari kawan-kawan ni biasalah ... kita uli begini, dia suruh begitu .. kita dok rasa ok, dia pula dok rasa tawar. Banyak kerenahnya. Kadang tu resepi diberikan tak lengkap sebab nak jaga rahsia resepi .. huhuhu.. yelah, karang dok lawan tauke pulak. Niat nak bisnes dengan jual kek dan bakeri hasil tunjuk ajar kawan ... mungkin bukan satu yang bagus.
Jadi, ada suriruamh yang ambil jalan mudah dengan belajar buat kek dan bakeri menerusi buku-buku resepi.
Hmm .. ikut pengalaman isteri sayalah, kalau dia dok baca buku resepi dan ikut arahan yang ada untuk buat kek ... hasil akhir yang akan diperoleh ... huhu .. indah khabar dari rupa ... rupa cantik molek je dalam majalah tu, tapi uhh .... siyes, tak seperti yang disangka. Lepas tu taubat tak berapa nak ikut dah. Kalau nak ikut dan berpandukan resepi kek dan bakeri dari majalah, kena cari dua tiga sumber dan bandingkan.
CD Panduan Belajar Kek dan Bakeri Untuk Surirumah Berbisnes
Alhamdulillah, sekarang sudah ada CD yang memberikan panduan belajar cara buat kek, kuih dan bakeri. Panduan ini disediakan oleh seseorang yang memang ada pengalaman dalam bisnes kek, kuih dan bakeri ni. Malah, ia telah menjadi antara rujukan ramai surirumah untuk jana pendapatan tambahan dengan berbisnes jual kek, kuih, dan produk bakeri.
Nama beliau yang telah susah payah sediakan CD panduan ini ialah Puan Shida.
Ia dijamin sedap dan mudah untuk anda pelajari - tanpa perlu keluar untuk pergi ke lokasi kursus buat kek, tak perlu nak cari bahan rujukan dalam majalah untuk resepi-resepi berbeza, dan anda boleh belajar ketika anda ada masa lapang dan terluang.
[+] Beli CD Panduan Lengkap Buat Kek - Cupcake, Kek Coklat, Kek Kukus, Kek CheeseDan untuk masa terhad, anda boleh dapatkan satu CD bonus samada CD Muffin atau CD Tart (pilih salah satu) (Sehingga November 2016 atau selagi stok masih ada)
Nak cari income sampingan dengan buat kek? Segera tempah CD panduan tersebut sebelum stok terhad yang ada habis. Ramai surirumah yang dah dapatkan CD dan mula berbisnes. Anda? Oh ya, jika nak lebih lagi ... boleh beli pakej CD di bawah ini .. macam-macam ada...
[+] Beli CD Panduan Lengkap Kek dan BakeriOh ya, satu lagi nak beritahu ... anda tidak perlukan basic buat kek untuk belajar segala apa yang terkandung di dalam CD ini, kerana ianya lengkap ... dan video yang ada tunjukkan kepada anda dengan terperinci apa yang perlu dilakukan. Ikut sahaja. In Sha Allah .. anda pasti boleh.
Wah!!! ada cd pula. Bagus juga neh, senang nak buat kek, tak perlu printscreen lagi... hehehe
ReplyDeleteeh.. eh.. banyak ke resepinya?
ReplyDeletejom jenguk sini ya.. hehe
panduan menarik hh.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.