Baru-baru ini, saya berkesempatan mendengar soal-jawab mengenai Qurban ini. Tapi, saya tak dapat nak dengar habis, sebab ketika itu saya sedang menunggu menu makan malam yang dipesan di Restoran Dayang, yang terkenal dengan Mee Udang yang sedap di Parit Buntar.
Hukum Berikan Bahagian Qurban Sebagai Upah Sembelihan/Melapah
Dalam banyak-banyak soalan dan jawapan yang saya dengar ialah permasalahan mengenai pemberian daging Qurban sebagai upah kepada tukang sembelih, tukang lapah dan orang ramai yang tolong dalam proses Qurban.[Baca] Ketahui Teknik Melapah Daging Qurban Yang BetulBukan setakat daging, adalah juga diharamkan jual beli bulu, lemak, bahagian-bahagian badan, kepalanya, kulit, rambut, dan susu binatang Qurban yang diperah selepas disembelih Qurban.
Nabi S.A.W pernah memerintahkan supaya kulit binatang Qurban dibahagikan dan melarang jual beli padanya, sabda Nabi S.A.W bermaksud:Katakan contoh - satu kawasan itu, hanya ada seorang orang miskin yang layak terima daging Qurban. Maka, banyaklah masjid dan orang Islam yang buat penyembelihan Qurban, maka berbekas-bekaslah dapat daging Qurban. Maka, adalah harus bagi orang miskin tersebut menjual daging Qurban yang telah diterimanya kepada orang kaya, sehingga tinggal bahagian yang cukup untuk dirinya.
"sesiapa yang menjual kulit binatang-binatang korbannya, maka tiada korban baginya". (H.R Hakim dan Baihaqi).
"Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang meminta dan yang tidak meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur" - (al-Hajj ayat 36).
Hukum Qurban Wajib/Nazar
Mazhab Syafi’e berpandangan bahawa Qurban wajib atau nazar atau yang telah dinyatakan tujuannya dengan lafaz seperti 'ini adalah sembelihan Qurban' atau 'aku menjadikannya sebagai sembelihan Qurban, maka tidak harus dimakan dagingnya oleh orang yang berkorban dan tanggungannya (ahli keluarganya). Bahkan adalah wajib untuk disedekahkan kesemuanya.Hukum Qurban Sunat
Adapun Qurban sunat di sisi Mazhab Syafi’e adalah harus bahkan digalakkan kepada orang yang berkorban untuk memakan daging qurbannya. Diriwayatkan dari Baihaqi: "Bahawa Rasulullah SAW makan daripada hati sembelihan korbannya".Jika anda mushkil dan nak faham lebih mengenai persoalan mengenai Qurban, boleh tonton video kuliah di bawah.
Video Berkaitan Haram Haiwan Sembelihan Dijadikan Upah
Video Lengkap Mengenai Ibadah Qurban
Saya juga sedia nak highlight sedikit, ibadah Qurban semasa Hari Raya Haji adalah ibadah sunat, dan bukannya wajib. Namun, mengetahui mengenai ilmu berkaitan sembelihan Qurban adalah perkara wajib supaya tidak tersalah dari segi syariat.
Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan semua.
Anda juga boleh rujuk di sini - Hukum Ambil Upah Melaksana Qurban
Asalam..teman blog selamat hari raya ya...maafkan jika pernah menyakiti hati..
ReplyDeleteSemoga dgn artikel ni kita jelas...haram mengambil bahagian daging korban sebagai upah melepah.
ReplyDeleteHaram tetap haram
setuju. di kampung saya dah agak lama tukang sembelih/lapah diberikan upah RM. tapi di masjid dan surau di KL masih ada buat camni.
ReplyDeleteSetuju tu... dah begitu yang dijelaskan oleh ulama' maka kita perlu akur dan patuh. Lagipun pembahagiannya sudah jelas...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.