Untuk itu, saya sukalah nak kongsi satu petua lama. Petua lama yang sangat baik untuk wanita menjaga segala aset yang ada, agar kekal ummph, sentiasa 'sedap' untuk si suami tercinta. Biar suami melekat pada anda walaupun usia anda sudah meningkat. Nak kekalkan suami tercinta, mestilah menjaga kesegaran, kebersihan dan kesihatan dalaman dan luaran.
Petua Lama Untuk Jaga Aset Wanita Kembali Ummph
Petua ini digelar orang sebagai Air Asam Kunyit. Bahan-bahannya mudah, dan syor saya kalau nak cari boleh cari di Pasaraya Mydin bahagian rempah ratus.
Bahan-Bahan
- Kunyit hidup (bukan serbuk)
- Asam jawa
- Buah Manjakani
- Gula perang atau madu atau boleh juga digunakan gula batu (untuk pemanis)
Cara Penyediaan
- Tumbuk kunyit hidup sehingga separuh lumat (seeloknya anda pakailah lesung batu).
- Selepas itu, rebuslah atau renehkan kunyit hidup bersama dengan buah Manjakani.
- Rebus sehingga air rebusan jadi separuh. Contoh, jika anda masukkan 4 gelas air, air rebusan perlu sampai jadi hanya 2 gelas. Satu tips mudah - gunakan sudu dan tandakan takat air.
- Kemudian, anda letakkan asam jawa (bukan air) secukup rasa dan juga gula perang.
Sejukkan. Minumlah pagi, petang dan malam. Boleh disimpan dalam peti sejuk, dan kemudian suamkan air tersebut sebelum diminum.
Ok, setiap bahan yang digunakan dalam Air Asam Kunyit ini ada khasiatnya untuk kesihatan dan kesegaran bahagian dalaman seorang wanita.
Khasiat Tradisional Bahan-Bahan
Kunyit Hidup
Asam Jawa
Manjakani
Selain itu, orang lama juga berkata bahawa Manjakani mampu untuk tegangkan balik segala aset-aset lain seorang wanita. Ia juga dikatakan bagus untuk awet muda serta kurangkan masalah keputihan, dan cepatkan penyembuhan luka jahitan.
[Baca]Gula Batu Campur Nanas Untuk Redakan Masalah Batuk
Pantang Larang
Pun begitu, petua lama untuk jaga aset ini ada pantang larangnya. Dinasihatkan agar jangan minum Air Asam Kunyit ketika waktu haid atau datang bulan (period). Wanita hamil adalah dilarang sama sekali untuk amalkan petua ini kerana ia boleh memudaratkan bayi dalam kandungan.Mahu yang lebih mudah, anda boleh baca post berikut - Produk Terbaik Penjagaan Alat Sulit Wanita - 14 Sebab Produk Ini Jadi Viral di FB
Semoga dengan perkongsian ini dapat hangatkan lagi perhubungan dan rumahtangan pasangan suami isteri. Biar hidup kekal suami isteri hingga ke akhirnya. Jika suami mahu si isteri kekal hebat untuk anda, pastikan anda kongsikan petua ini atau belikan produk-produk yang ada di pasaran. Isteri anda sihat, cergas, kekal menawan dan ummph .. anda juga yang akan terus sayang, suka, gembira dan sedappp .. huhuhu...
Sekarng ni boleh beli je en hh. Tp nak jimat buat sendiri. Yy serbuk dah siap paket ada dekat mydin...sy pernah terjumpa ni...mmg srdap sgt airnya..x kelat
ReplyDeleteTengok asam jawa tu pun dah kecor air liur... Belum buat lagi jamu tu.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.