Nak tahu rahsia dan petua kecantikan seorang pramugari tak? Mungkin pendedahan di dalam blog post ini akan membolehkan anda ikuti dan praktik agar sentiasa nampak cantik, dan in Sha Allah .. kekal menawan sepanjang hari.

Tak siapa boleh sangkal bahawa seorang pramugari sentiasa nampak cantik, anggun dan mempesona. Sesiapa sahaja, tak kira lelaki mahupun perempuan, tua atau muda .. pasti akan teruja bila disapa dan disambut penuh senyum mesra seorang pramugari. Pramugari memang dilatih sedemikian rupa agar sentiasa nampak cantik dan menawan. Apa petua dan rahsia pramugari untuk kekal cantik ehh?

5 Rahsia dan Petua Kecantikan Seorang Pramugari Boleh Dipraktik Setiap Hari

Rahsia Petua Cantik Seorang Pramugari
Tentu ramai nak tahu apakah rahsia pramugari-pramugari ini yang sentiasa nampak cantik walaupun berada di dalam penerbangan berjam-jam lamanya. Berikut adalah rahsia dan petua kecantikan pramugari yang dipraktik setiap hari, setiap kali mereka akan bertugas di awan biru. Anda juga boleh ikut dan praktik untuk kekal cantik seperti mereka... chaiyookkk.

Minum Banyak Air 

Keadaan dalam pesawat adalah kering. Ini adalah kerana ruang kabin mempunyai oksigen yang terhad, pada masa yang sama, banyak pengeluaran karbon dioksida yang terhasil daripada penumpang-penumpang dan kru di dalam kabin. Secara amnya, oksigen perlu dipam masuk ke ruangan kabin pesawat.

Disebabkan ini, pramugari-pramugari akan sentiasa minum air untuk memastikan bahawa kulit mereka tidak kering. Jika anda perasan, dan kalau anda jenguk-jenguk kawasan pramugari dan pramugara sedang berada di dalam pesawat, anda akan nampak mereka setiap beberapa minit akan minum air kosong dalam botol kecil.

Semburan Wajah

Untuk kekal menawan, dan wajah cantik nampak cergas .. pramugari selalunya akan bawa semburan wajah. Semburan ini selalunya adalah produk yang mengandungi bahan seperti kolagen, dan vitamin E. Satu lagi petua pramugari sentiasa kekal cantik ialah dengan gunakan semburan wajah air mawar yang sangat baik untuk kelembapan pada wajah... huhuhu .. kan ke dalam kabin tu udaranya kering....

Anda boleh tiru dan praktik petua ini untuk wajah sentiasa nampak segar, anggun dan menawan .. terutama di dalam persekitaran kerja yang kering - seperti bekerja di dalam tempat yang berhawa dingin.

Produk Kecantikan

Pramugari yang terbang ke sana ke mari, mereka juga bawa produk kecantikan yang mereka gunakan. Tetapi, mereka bawa dalam kuantiti yang kecil, sesuai dengan kerjaya mereka sebagai pramugari. Selalunya pramugari akan bawa peralatan atau produk kecantikan asas sahaja, contohnya gincu, bedak, pemerah pipi.

Mereka akan pastikan bahawa wajah mereka sentiasa nampak menawan dan cergas.
Rahsia Petua Cantik Seorang Pramugari

Selalu Gunakan Pelembap

Arwah opah pernah cerita pada saya .... "kahwinlah dengan pramugari ... tangan mereka lembut ...". Itu adalah pengalaman arwah Opah semasa tunaikan haji menaiki pesawat. Inilah kelebihan para pramugari .. mereka ada kulit yang lembut dan 'sedap' disentuh.
[Baca] Kursus Untuk Jadi Kabin Krew, Tampil Diri Dengan Imej Mempesona
Rahsianya ialah mereka sering menggunakan pelembap seperti losen dan krim. Bukan hanya semburan ke wajah, tetapi juga untuk lembabkan tangan, bibir .... tangan ... dan lain-lain. Maka, anda juga boleh ikuti petua ini .. pastikan anda ada bawa pelembap ke mana-mana.
5 Rahsia dan Petua Kecantikan Seorang Pramugari Boleh Dipraktik Setiap Hari

Produk Ada SPF

Bila naik pesawat, pastinya pesawat akan terbang tinggi. Dan pada satu-satu ketika ... kepanasan dan panahan cahaya matahari akan jenguk masuk ke ruang kabin. Kena ingat ehhh ... kadar UV tak sama dah sebab dah jauh naik ke awan biru. Maka, seorang pramugari memerlukan produk kecantikan yang ada SPF bagi melindungi kulit.
[Baca] Foto dan Biodata Blogger Pramugari Radiah Sarip Yang Viral
Lagipun, seorang pramugari akan travel merata tempat .. ada tempat sejuk, dan ada tempat panas. Jadi produk-produk kecantikan yang ada kesan lembapan, ada perlindungan UV dan ada SPF memang produk wajib bawa namun dalam kuantiti kecil.

Rahsia dan petua cantik seorang pramugari yang dikongsikan ini mudah, dan boleh dipraktik oleh mana-mana wanita yang bekerjaya. Wanita bila tampil cantik dan menawan, mereka akan ada daya keyakinan yang tinggi. Orang yang berurusan dengan wanita yang menjaga kecantikan juga amat rasa senang, lalu in Sha Allah akan memudahkan kerja.

Kredit Foto: #AirAsia

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement