Ok. Sebelum itu, elok saya beritahu anda bahawa saya bukanlah perekrut pemandu Uber. Saya juga bukan seorang yang telah daftarkan diri sebagai pemandu Uber, ataupun Grabcar. Saya cuma mahu kongsikan pengetahuan dan pengalaman saya mengenai Uber, hasil dari temuramah dan juga rujukan beberapa sumber.
3 Jenis Perkhidmatan Uber Patut Tahu
Sebelum ini, secara berlawak .. saya ada kongsikan video mengenai jenis-jenis pemandu Uber yanh patut anda tahu. Jika belum tonton video tersebut, boleh klik ke pautan berikut - 10 Jenis Pemandu Uber Patut Anda Tahu, anda boleh tonton video tersebut di akhir artikel yang telah saya terbitkan.Dalam blog post ini, saya sukacita nak kongsikan kepada anda mengenai 3 jenis perkhidmatan yang ada di dalam Uber. Secara amnya, orang ramai hanya tahu bahawa Uber adalah sistem atau aplikasi perkongsian kenderaan persendirian. Namun, di dalam Uber ada 3 kategori lain yang berkaitan dengan jenis pemandu, jenis kenderaan dan juga kadar tambang.
Mari kita sama-sama lihat apakah 3 kategori tersebut .... wachaaaa....
UberX
Ia merupakan servis Uber dengan bajet rendah. Dengan kata lain, ia merupakan kategori Uber kos ekonomi. Ia selalunya melibatkan kenderaan Uber dengan kapasiti enjin tidak lebih daripada 2000cc (2.0 liter), kenderaan sedan/hatchback. Kenderaan perlu 4 pintu dengan kesemua bahagian kenderaan berada di dalam keadaan baik. Umur kenderaan pula mesti tidak lebih daripada 10 tahun.UberX terdapat di bandar-bandar berikut di Malaysia:
- Kuala Lumpur
- Johor Bahru
- Penang
- Ipoh
- Kota Kinabalu
- Kuching
Kuala Lumpur |
Johor Bahru
|
Base Fare: RM0.95 | Base Fare: RM1.00 |
Per Minute: RM0.25 | Per Minute: RM0.25 |
Per KM: RM0.60 | Per KM: RM0.50 |
Minimum Fare: RM0.95 | Minimum Fare: RM1.00 |
Cancellation Fee: RM5 | Cancellation Fee: RM5 |
Penang | Ipoh |
Base Fare: RM0.80 | Base Fare: RM1.00 |
Per Minute: RM0.20 | Per Minute: RM0.25 |
Per KM: RM0.55 | Per KM: RM0.50 |
Minimum Fare: RM0.80 | Minimum Fare: RM1.00 |
Cancellation Fee: RM5 | Cancellation Fee: RM5 |
Kota Kinabalu | Kuching |
Base Fare: RM0.95 | Base Fare: RM0.95 |
Per Minute: RM0.25 | Per Minute: RM0.25 |
Per KM: RM0.50 | Per KM: RM0.50 |
Minimum Fare: RM0.95 | Minimum Fare: RM0.95 |
Cancellation Fee: RM5 | Cancellation Fee: RM5 |
UberXL
Kenderaan UberXL lebih besar, namapun XL .. huhu .. ia mesti memenuhi kriteria - lapang, luas dan mudah untuk penumpang. Kenderaan 4 pintu dan mesti dikeluarkan selepas tahun 2007 (tidak lebih 10 tahun usia). Tiada sebarang kecacatan pada kenderaan. Van atau seumpamanya tidak dibenarkan tetapi kenderaan perlu boleh memasukkan minima 6 orang (termasuk pemandu).UberXL hanya terdapat di tiga bandar besar berikut sahaja:
- Kuala Lumpur
- Johor Bahru
- Penang
Kuala Lumpur
|
Johor Bahru
|
Penang
|
Base Fare: RM2,50 | Base Fare: RM2,50 | Base Fare: RM1.00 |
Per Minute: RM2.50 | Per Minute: RM2.50 | Per Minute: RM1.00 |
Per KM: RM0.75 | Per KM: RM0.75 | Per KM: RM0.50 |
Minimum Fare: RM0.40 | Minimum Fare: RM0.40 | Minimum Fare: RM0.25 |
Cancellation Fee: RM5 | Cancellation Fee: RM5 | Cancellation Fee: RM5 |
UberBlack
Asal servis Uber adalah UberBlack. Original kata orang. Premium sebab nak berikan pengalaman serba berbeza untuk penumpang. Kenderaan untuk UberBlack ini mestilah dikeluarkan selepas tahun 2012. Minima kenderaan 2000cc (2.0) dengan kemasan kulit pada bahagian tempat duduk. Tiada kecacatan pada kenderaan dan wajib berada dalam keadaan terbaik. Van dan seumpamanya tidak termasuk dalam UberBlack. Tiada sebarang branding pada kenderaan - tiada logo korporat atau apa-apa ... clean and clear kata orang.UberBlack hanya terdapat di Kuala Lumpur sahaja.
Dan kadar tambang untuk UberBlack adalah seperti berikut:
Base Fare: RM3.00
Per Minute: RM5.00
Per KM: RM1.40
Minimum Fare: RM0.50
Cancellation Fee: RM5
Sekarang anda dah tahu 3 kategori kereta Uber yang saya maksudkan. Jadi, untuk mereka yang mungkin memikirkan untuk sertai Uber, perlu lihat dulu perkara-perkara di atas. Jika fikir agak sukar nak penuhi, boleh cuba untuk menjadi agen rekrut pemandu Uber, dan dapatkan komisen bagi trip yang dilakukan. Nak tahu? Boleh refer pada pautan ini - Rahsia Uber
saya boleh kot..UberX hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.