Walaupun ketua keluarga itu adalah suami atau ayah, ini bukan bermakna ayah itu raja. Merasa diri seperti seorang raja sampai semua tugas hanya dibuat di hujung lidah - yakni hanya reti memberi arahan itu dan ini. Si ayah perlu ubah sikap, perlu lebih proaktif dalam memastikan keluarga pimpinannya menjadi keluarga yang harmoni, beradab dan memenuhi tuntutan agama dan budaya.
5 Tips dan Pedoman Untuk Si Ayah Mendidik Anak-Anak
Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh seorang ayah? Adakah hanya menjadi imam ketika sholat berjamaah? Adakah sebagai seorang penjatuh hukuman ketika anak-anak melakukan kesalahan? Ia lebih dari itu.Di sini saya berikan 5 Tips dan Pedoman Untuk Si Ayah Mendidik Anak-Anak
1. Sentiasa Berkomunikasi
Komunikasi dengan si anak sebenarnya bermula sejak dalam kandungan lagi. Berbicaralah dengan anak anda ketika masih lagi berada di dalam rahim isteri anda. Anda boleh bercerita, boleh membacakan ayat suci Al-Quran, boleh bertanya khabar dan bergurau senda. Tindakan ini didapati boleh mempertajamkan kebolehan anak anda nanti.[Panduan] Nak Anak Pandai Membaca di Awal Usia?Bila dah lahir, dah cukup sifat segala, ajaklah anak anda berbual atau bertutur, mereka pasti akan mendengar walaupun sedikit. Menurut sebuah study dalam Journal of Applied Developmental Psychology, ayah memiliki impak yang lebih besar terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak-anak pada usia 3 tahun dibandingkan yang dilakukan si ibu. Gunakan kata-kata yang bersemangat , walaupun anak anda tidak begitu memahami. Berikan mereka pujian atas pencapaian yang mereka lakukan, walaupun ia sekecil meletakkan barang ke tempatnya.
2. Jangan biarkan anak anda buat perangai (emosi anak meledak)
Menurut Hal Edward Runkel, seorang pakar terapi keluarga dan penulis buku 'Scream Free Parenting', jika anda hanya membiarkan kelakuan emosi anak anda, anda sebenarnya telah mendorong anak berperilaku yang lebih buruk. Sebaliknya, ketika anak anda berteriak atau menangis, tenangkanlah dan berikan perhatian sepenuhnya. Perhatian anda ini tidak akan membuatnya keliru dan anak merasa selamat, mendapat kasih-sayang dan perhatian ayahnya.Jangan pula bila anak anda menangis, anda marah anak anda lagi dan lagi. Mereka menangis dengan sebab, jadi pujuk dan comfortkan anak anda. Dengan ini, mereka tahu mereka ada tempat untuk mengadu dan menumpang kesedihan - selain dari ibu mereka.
3. Cabar Mereka
Mencabar di sini bukan ajar anak anda untuk menjadi seorang agresif tetapi ianya proses untuk anak belajar cara mendapatkan sesuatu dengan sedikit usaha. Anak yang berusia empat tahun mula bersaing dengan orang tua mereka dengan mengajaknya seperti bergurau, berlari, bergelut atau bergumpal di sofa, kerana hal-hal seperti itu disukai anak-anak. Biarkan mereka banyak menang, dan kemudian perlahan-lahan berikan tekanan sehingga mereka harus berusaha lebih keras untuk mendapat kemenangan mereka. "Ini cara bagi anak-anak untuk mengembangkan kekuatan dan membiarkan mereka menguji otot mereka," kata Justin Richardson, MD, yang mengajar psikiatri di Universiti Columbia. Mereka akan lebih yakin pada diri sendiri, dan dapat mengurangkan kelakuan kasar.[Baca] Cabaran Didik Anak PerempuanDalam proses ini, anda boleh cuba incorporate dengan perkara yang mereka minat. Macam anak saya, Zikri, dia sukakan perlawanan Raksasa dengan Ultraman, masukkan elemen ini semasa bergelut, pasti ia akan lebih menyeronokkan dan pada masa yang sama, anda sedang mendidiknya dan mengajarnya untuk berusaha 'menang', selain menguatkan kekuatan otot-ototnya.
4. Ajarkan mereka untuk berfikir dan galakan membuat keputusan sendiri
Ketika anak-anak anda masih kecil, bawa mereka ke kedai peralatan (hardware) umpamanya. Biarkan mereka melihat anda melakukan sesuatu pekerjaann atau menjelajahi kelengkapan peralatan yang ada di rumah contohnya, serta berikan peluang untuk mencuba sesuatu seperti membetulkan lampu yang rosak.Buat anak perempuan, anda bawalah dia ke pasar, mengetahui tentang jenis sayuran, jenis buah-buahan, ikan dan sebagainya. Bila pulang, berikan kesempatan untuk mereka pegang, sentuh dan bermain seketika. Dan selepas itu, minta mereka pilih mana yang mereka sukai, untuk dijadikan makanan. Jika anda ada set permainan masak-memasak ...berikan sedikit buah atau sayuran untuk mereka bermain masak-masak.
5. Ajarkan harapan yang realiti
Anda perlu ajar anak anda untuk mencapai sesuatu. Mengikut apa yang anak anda boleh lakukan, cuba setkan target dan berikan harapan anda kepada mereka. Ceritakan apa yang boleh dicapai jika mendapat kejayaan atau pencapaian tersebut. Contohnya, anda boleh beritahu anak anda, jika belajar dengan baik, dapat nombor satu dalam kelas, boleh dapat hadiah - dan nyatakan harapan anda kenapa mereka perlu mencapainya - supaya nanti mereka boleh pergi ke tempat2 menarik bila dewasa kelak dengan kita.[Baca] Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Part 1
[Baca] Tips Didik Anak Mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W Part 2Mungkin anda tidak inginkan anak yang ajaib, tetapi masyarakat yang kompetitif menunjukkan sebaliknya. Kita mesti menerapkan konsep bahawa apa yang perlu dicapai, dan bagaimana usaha keras diperlukan untuk mencapai impian dan harapan tersebut. Jika kita memberikan harapan yang tidak pasti, ini akan menyebabkan anak-anak mengalami kesulitan dalam fokus, kata Andrew C. Ramsey MD, seorang profesor psikiatri di Universiti Columbia. Pastikan anak anda tahu harapan anda.
Artikel ini telah diolah berdasarkan artikel dalam Majalah Men's Health
Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya.
haa betul tuh!
BalasPadamamalkan ye nanti hehe
good info...
BalasPadamsentiasa nakkan yang terbaik utk anak2 Mas!
Assalamualaikum,
BalasPadamhttp://ceriteduniasaye.blogspot.com/2011/04/kisah-aliyah-asraf-tercetuskah-perang.html
*berkongsi entri, tidak memihak kpd sesiapa, tetapi mungkin boleh dijadikan panduan agaknya..sekadar berkongsi..:))))
yup..boleh dijadikan panduan..
BalasPadamsape xnak anaknya mjadi seseorang yg good dlm apa2 pun..
Tips yang berguna untuk saya. Terima kasih kerana berkongsi.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.