Memang syok bila isteri kembali memasak. Dah lama tak rasa masakan dari air tangan isteri. Setiap kali isteri saya ada kesempatan untuk memasak ... memang terbaiklah. Anak-anak saya terus lupa betapa sedapnya masakan abah mereka bila isteri saya hidangkan lauk-pauk.
Memasak - Housewife VS Househusband
Isteri saya memasak untuk sedap. Saya lak memasak untuk isi perut. Lain tu .... Bila isteri memasak, ada rencah kasih sayang yang menjadi perasa ajaib kepada setiap masakan ..Saya? Masak ... asal boleh .. dahhhhh .. asal kenyang .. blurrr alhamdulillah. Haha.
Jadi, bila isteri saya masak, selalunya akan penuh meja dengan anak-anak. Jarang anak-anak menolak ajakan Mama mereka bila tahu bahawa Mama mereka yang masak. Beza jauh apabila keadaan di mana saya yang menyediakan hidangan. Siap kena komen lagi .. haha.
Alhamdulillah. Saya ada isteri yang boleh dan pandai memasak. Saya sebut pandai, sebab .... isteri saya boleh ikut resepi orang lain dan buat sendiri ... dah tu guna peralatan-peralatan yang canggih lak tu.
Rasa ... feel isteri memasak dengan si suami memasak .. memang lain. Tak caya? Cubalah sekali sekala si suami memasak untuk isteri ... huhu .. dan sesekali pula isteri bercuti memasak di rumah .. minima 3 bulan .. haha.. ada brani?
mantap mas bro artikelnya
ReplyDeleteterimakasih gan tentang infonya dan semoga bermanfaat
ReplyDeletemakasih bos infonya dan salam sukses
ReplyDeletemakasih gan buat infonya dan semoga bermanfaat
ReplyDeleteWah ini sih info yang mantapp !!
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.