Tetiba satu hari, selera nak menjamah makanan pagi di tempat yang nampak eksklusif. Jadi, saya dan isteri pun menuju ke Old Town White Coffee yang dibuka dalam jam 10 pagi. Tak ramai orang, biasalah ... Parit Buntar bukannya bandar besar. Tapi jangan pandang rendah pula ... di Parit Buntar ada empat 7-11 dan dua restoran KFC.

Sejak Old Town White Coffee dah dapat pengesahan pensijilan Halal Jakim, saya dan famili agak kerap juga menikmati hidangan makan pagi di situ, cuma si Along sahaja yang masih lagi tak berapa nak gemar makan dan minum di Old Town White Coffee ni.

Bulu Hidung,Telur Separuh Masak, Nasi Lemak Bungkus

Bulu Hidung,Telur Separuh Masak, Nasi Lemak Bungkus
So, cadangnya nak beromantikalah dengan isteri sebelum cuti belajarnya habis, makan sarapan pagi di tempat yang nampak selesa. Lagipun, Nasi Lemak Old Town White Coffee di Parit Buntar ni memang sedap, walaupun harganya boleh dapat sehingga 3 - 4 bungkus nasi lemak biasa yang dijual di tepi jalan.
[Tonton] Video Bongkar Rahsia Resepi Nasi Lemak Anak Dara Shah Alam yang Viral
Selain Nasi Lemak, kegemaran saya di Old Town White Coffee adalah Mee Karinya. Mee Kari style Chinese memang saya suka .. mungkin sebab dah terbiasa makan waktu saya kerja sebagai pengelap meja makan di warung Abang Hadi di Medan Gopeng satu waktu dulu.

Warung Abang Hadi? Huhu ... warung yang agak famous dulu di Medan Gopeng, jual breakfast western style - roti bakar dengan telur rebus goyang (separuh masak). Warung inilah tempat Wahid Senario bekerja sebelum digantikan oleh saya .. haha.

Mana Cerita Bulu Hidung Ni?

Orait, berbalik pada cerita. Tentu anda tertanya-tanya mengapa saya letak tajuk bulu hidung, telur separuh masak dan nasi lemak bungkus - lepas tu awal bercerita mengenai makan pagi di Old Town White Coffee ni? Aha ... sebab kali ini, saya agak terkejut tentang dua perkara yang telah berlaku. Masa saya dan isteri bersarapan di situ, saya pun pesanlah menu Nasi Lemak Bungkus, dan juga telur separuh masak. Wife saya pula pesan menu lain ... errr tak ingat pulak apa yang dipesannya.

Jadi, bila cukup tempoh .. maka sampailah makanan yang telah dipesan. Agak pantas juga sebab tak ramai customer ... Mula sekali saya terkejut sebab Nasi Lemak Bungkus yang diletakkan di depan saya .. tidak seperti apa yang saya gambarkan. Dan memang lainlah seperti apa yang tertera dalam buku menu.
Nasi Lemak Bungkus Old Town White Coffee
Uhh mana bungkusnya? Letak dalam pinggan sahaja? Saya tidaklah cerewet bebenor pasal makanan ni, tetapi ... saya pesan Nasi Lemak Bungkus sebab dia tulis bungkus - saya mahu bau keenakkan dan aroma daun pisang .. tetapi .. hmmm ... tak kisahlah sangat, sebab masih boleh makan.

Ok .. kemudian .. saya pesan telur separuh masak. Telur Omega 3 ooo .... bila sampai ke meja saya, ketuk-ketuk .. perghhh memang pekat kuning telurnya. Letak sedikit ciliapi potong dan letak kicap. Slurrppppp .. sedappppppp.... Tetiba bila dah habis satu mangkuk, saya tunjuk kat isteri. "Bang .. ni bulu apa ni?" tanya isteri.

"Hah? bulu?" terkejut saya. Perghhh .. hambik kau .. terperasan ada sehelai bulu sepanjang 1 centimeter dalam mangkuk telur separuh masak. Mungkin bulu hidung ... erkkk .. sebab panjangnya memang iras untuk deskripsi sehelai bulu hidung. Ranbut? hmm takkan pendek sangat ..
Bulu Hidung Dalam Mangkuk Telur Separuh Masak Old Town White Coffee
Adakah bulu yang ada dalam mangkuk tersebut adalah kepunyaan saya? Bagaimana saya nak pastikan bahawa ia datang dari pekerja Old Town White Coffee? Jadi, saya tak jadi nak komplen dan beritahu pada staff Old Town White Coffee. Tiada bukti nak main tuduh-tuduh.

Kisah Ini Akan Buat Saya Lebih Alert ...

Selesai makan, saya dan isteri pun balik ... dan kisah bulu hidung, telur separuh masak dan nasi lemak bungkus saya biarkan beberapa waktu sebelum ambil keputusan untuk kongsi di blog ini.

Mengapa saya kongsi? Supaya jadi pengajaran akan datang untuk tengok apa yang ada dalam makanan sebelum dan selepas makan. Dan kalau pesan telur separuh masak, lihat dalam mangkuk dan telur tersebut kalau ada bendasing mencurigakan. Kalau tak .. maka kes di atas tak akan bawa kekeliruan.

Saya bernasib baik kerana sel-sel otak masih nak berfikir rasional. Ada orang, suka nampak satu kesalahan itu berpunca dari orang lain. Seperti kata isteri saya, kalau orang lain .. mungkin dah mengamok-ngamok sebab ada bulu dalam mangkuk telur separuh masak... haha.. tapi alhamdulillah, saya bukan jenis manusia seperti itu. Semoga anda semua terhibur dan dapat sesuatu dari kisah saya ini.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement