Kolam Pancing Air Masin, Marina Island, Lumut Perak
Kolam Pancing Marina Island ini merupakan kolam pancing air masin (laut) yang baru sahaja dibuka sekitar April atau Mei 2016. Dengan adanya kolam pancing ini, ia menjadi alternatif terbaik buat mereka yang gagal menaikkan sebarang ikan di laut lepas Rockbund Fishing Chalet.Saya masih lagi belum dapat peluang untuk menduga kepakaran saya memancing ikan di Kolam Pancing Marina Island ini. Dengarnya ikan-ikan seperti Jenahak dan Kerapu bersaiz mega di dalam kolam air masin ini.
Info Mengenai Bayaran Masuk, Waktu Operasi dan Syarat
Untuk info berkaitan bayaran masuk, waktu operasi dan syarat-syarat memancing, anda boleg rujuk pada gambar-gambar yang saya ambil semasa berkesempatan untuk singgah di Kolam Pancing Marina Island ini.Namun secara amnya, bayaran masuk adalah RM100 untuk 3 jam (minima) untuk satu pancing.
Selain kolam memancing yang luas, ada sebuah restoran di bahagian pintu masuk Kolam Pancing Marina Island ini. Saya difahamkan, anda boleh upah mereka untuk masak ikan pancingan anda. Malah, kalau anda gagal mendapat ikan ... anda boleh sahaja menjamu selera ikan bakar di situ.
Jika anda datang dari luar kawasan, anda boleh sahaja menempah bilik hotel berdekatan selain Rockbund Fishing Chalet. Antara hotel yang berdekatan ialah Marina Island Pangkor dan juga Marina Cove Resort. Anda boleh mendapatkan harga terbaik dan termurah menerusi laman web Agoda atau Trivago.
Selamat memacingg ... huhu...
Pernah juga makan di restoran di tepi Marina island ni. Boleh tahan juga masakan dia.
ReplyDeleteok baru tahu rate harga masuk kolam pancing. mahal gak
ReplyDeleteHeh .. ada yang lagi mahal
Deletelokasi bro jenuh cari
ReplyDeleteBetul-betul depan pintu masuk ke Rockbund Fishing Chalet... anda cuma pandang sebelah kiri je, akan nampak kolam ni. Tak ada benda lain dah .. kolam ni je ada kat depan pintu masuk chalet tu
Deletenak tanya.. kat kolam ni ada jual umpan tak?? mcm udang hidup ke?? ada tak??
ReplyDeleteassalamualaikum.. nak bertanya sikit.. kat kolam ni. ada jual umpan hidup atau mati tak.. mcm udang hidup ke.. ada jual tak??
ReplyDeleteMaaf tuan, tak ada dijual .. kena beli di tempat lain. Selalunya saya beli di kedai-kedai pancing yang ada di sekitar Lumut. Memang ada jual umpan hidup.
DeleteTumpang tanya.. Kolam nie masih dibuka sampai ke hari ini ke.. Kt mana kawasan yg boleh saya dapatkan umpan di sekitar manjung
ReplyDeleteOhh masih lagi ada. Sebelum masuk ke Rockbund tu leh nampak kolam tu, ada restoran di situ, selalu ramai orang dan akan nampak kereta bersusun parking.
DeleteUmpan mudah je nak cari kat Manjung tu, ada BANYAKKKK papan tanda yang tulis nak dapatkan umpan. Paling senang pergi je ke Kg Sitiawan
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.