Popo Fish Muruku adalah produk snek yang memang lejen. Sejak dari saya kecil lagi produk muruku ikan Popo sudah ada di pasaran, dan kalau ikutkan dari apa yang dinyatakan pada bungkusan Fish Muruku Popo, ia telah ada di pasaran sejak dari 1975. Perghhh memang lama.
Popo Fish Muruku Offer RM50,000 Untuk Maklumat Produk Palsu
Kagum saya dengan produk seperti Popo Fish Muruku ini boleh bertahan selama ini. Nyata ia telah menjadi sebahagian daripada kehidupan sesetengah orang. Saya percaya, ramai yang dah berumur 40-50 tahun lebih ada nostalgia tersendiri dengan muruku ikan yang kekal tetap dengan pembungkus putih ini.Ramuan Asli Muruku Ikan Popo
Ramuan dalam Popo Fish Muruku ini simple je, kandungan utamanya terdiri dari tepung kacang dhal, ikan bilis, garam dan gula. Sedap memang sedap, malah boleh jadi asyik memakannya .. kalau dah start makan, sedar-sedar dah berbungkus-bungkus .. huhu.Kekal dengan logo dan trademark gambar seorang bayi meniarap, muruku ini masih sama rasa dan masih popular sehingga sekarang.
Mungkin kerana populariti Popo Fish Muruku, menyebabkan ada pihak cuba nak tiru produk ini dan ambil kesempatan untuk kaut keuntungan mudah. Yelah, tak perlu lagi promosi, tak perlu pengiklanan .. produk Popo Fish Muruku memang dah tersedia dikenali ramai.
Dek kerana itulah, pihak Popo Fish Muruku mahu anda melaporkan kepada mereka sebarang maklumat dan informasi mengenai produk dan barangan tiruan yang menyerupai muruku keluaran mereka. Hadiah ganjaran wang tunai sehingga RM50,000 akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya memberikan info sehingga tertangkapnya individu atau syarikat yang melakukannya.
Snek Buatan Malaysia Yang Dijual di Amazon
Produk buatan Malaysia ini memang dah terkenal lama, dan telah tembusi beberapa pasaran luar negara seperti Indonesia. Jadi, tidak hairan akan wujud produk yang seakan-akan sama. Dan kalau anda nak tahu, produk Popo Fish Muruku ini juga dijual secara online di Amazon.com!Nak dapatkan RM50,000 yang ditawarkan oleh Popo Fish Muruku? Cari je produk tiruan sepertinya dan laporkan menerusi nombor telefon yang ada pada pembungkus original muruku ikan kegemaran ramai ini.
Bagaimana nak tahu mana original mana satu yang palsu? Uhh .. tengok pada paparan-paparan gambar pembungkus yang telah saya sediakan di atas tu .. boleh buat perbandingan nanti. Antara ciri utama produk original ialah...
- Tanda logo halal dengan nombor siri diberikan
- Customer hotline
- Ada tarikh luput
- Cap syarikat pada bahagian atas dan bawah bahagian pembuka bungkusan
memang feveret sampai ke anak2 dah sekarang ni.
ReplyDeleteRezeki terpijak tu.... yang benornya banyak betull
jenuh laa nak mencari. tapi mmg sedap pun ni makan time bosan
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.