Uhh lama juga saya tak kongsikan resepi menu sedap sempoi punya dari dapur seorang house husband... haha. Kali ini saya teringin nak kongsi satu resepi simple iaitu resepi Masak Lemak Kobis dengan Bilis. Resepi yang mudah, dan boleh dipelbagaikan dengan pelbagai rencah.

Ok. Nak masak lemak yang sedap, benda paling utama ialah santan. Santan yang digunakan perlulah santan segar dan bukan santan kotak. Ia adalah untuk memastikan masak lemak kekal lama dan tidak mudah basi selain daripada meletakkan rasa santan itu dalam masakan.

Resepi Masak Lemak Kobis Dengan Bilis

Resepi Masak Lemak Kobis Dengan Bilis
Mari lihat bahan-bahan untuk memasak menu simple daripada saya ni.

Bahan-Bahan Resepi

  1. Kobis, separuh sudah cukup
  2. Santan segar dalam RM2.
  3. Setengah gengam Ikan Bilis .. kalau nak sedap, guna ikan bilis yang dah dikopek.
  4. 2 Biji Bawang Besar.
  5. Dua inci Halia.
  6. 3 ulas bawang putih.
  7. 5-6 Cabai Masak.
  8. Garam.
  9. Air.

Cara Menyediakan Resepi

  1. Panaskan air suku periuk. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan Bawang Besar yang dihiris nipis, Bawang Putih yang dirincik, dan Halia yang dihiris halus. Anda juga boleh kisar ketiga-tiga bahan ini. Tapi kalau ikut cara saya, potong-potong je dan 'campak' dalam air mendidih tu.
  3. Masukkan ikan bilis yang telah dibersihkan.
  4. Bila nampak bahan-bahan agak layu, masukkan santan. Kecilkan api dan kacau sehingga santan itu menggelegak.
  5. Masukkan kobis yang telah dihiris kasar-kasar. 
  6. Masukkan pula cabai masak yang telah juga dihiris kasar.
  7. Kacau sehingga sebati, dan kobis dah nampak layu sedikit.
  8. Masukkan garam. Kacau berlahan-lahan untuk elakkan santan nampak berketul.
  9. Rasa jika perlu. Letakkan gula jika ada rasa masin berlebihan. Boleh tambah tomato kalau nak rasa sedikit masam. Nak sedikit pedas, tambah lagi hirisan Cabai Masak, letak satu dua Cili Api juga boleh.
  10. Siap setelah bahan-bahan sebati dan menggelegak.

Menu atau resepi ni sedap kalau dimakan bersama ikan masin masak bercili, atau cicah dengan sambal belacan. Lauknya boleh sahaja lauk ikan goreng .. macam ikan Pelata, ikan Sardin atau Ikan Cencaru Bersambal (Belah Belakang).
Resepi Masak Lemak Kobis Dengan Bilis
Jika anda nak rasa lagi best, boleh gantikan Ikan Bilis dengan Udang. Dan anda boleh campurkan sayur Kobis dengan sayur kacang .... dan boleh ganti Kobis dengan sayur lain yang sesuai... contohnya Pucuk Paku atau Pucuk Labu... nyummm nyummm.

Mudahkan? Boleh cuba di masa lapang. Untuk para isteri, cuba-cubalah mohon si suami untuk masakkan menu ni .. bila lagi nak rasa air tangan suami kan? Nak suami sweet tak? huhuhu....

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Owwwh... Sedap sekali itu Lemak Kobis, Ngiler liatnya saya ini Mind, Istri nanti tak suruh masak seperti itu rasanya pas dengan cuaca bulan ini, dingin-dingin lauknya Lemak Kobis, Mantaaab....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement