Baru-baru ini, isteri saya hadiri satu kursus di Sungai Petani, Kedah. Isteri menginap di SP Inn, yang katanya tidak berapa best menginap .. hoho. Katanya menginap di SP Inn tak best sebab sarapan dan makanan yang disediakan oleh pihak SP Inn tidak seperti kebanyakkan hotel lain. Lepas tu, tiada staff SP Inn semasa hidangan sarapan pagi disediakan .. kata orang .. kalau habis makanan tu .. habislah .. memang tak ada nak tambah. Lambat kalu .. silalah berlapar.
Sambal Segera Mok Cun - Sambal Hitam Piau dan Sambal Lado Hijau
Dan nak dijadikan kesah, isteri saya ternampaklah jenama Mok Cun ini yang diletakkan di kaunter SP Inn ni. Seperti orang lain yang tidak sedar wujudnya jenama Mok Cun, pastilah rasa teruja. Maka, tanpa fikir panjang, isteri saya belilah dua sambal segera jenama Mok Cun.Dua Jenis Sambal Segera Jenama Mok Cun
Hmm dua jenis sambal segera yang isteri saya beli ialah Sambal Hitam Piau Mok Cun dan Sambal Lado Hijau Mok Cun. Tak sangka naaa .. dah ada yang guna nama Mok Cun ni sebagai jenama produk.Komen Selepas Merasa?
Saya dah pun rasa sambal segera Mok Cun ni ...Hmm ... rasanya tidak seperti yang saya sangka. Saya ingatkan sambal Mok Cun akan rasa pedas terangkat .. tapi ... tak. Malah, saya tak ada rasa apa-apa pun ... .. haha .. pelik? Atau dengan kata lain, tiada rasa .. pedas pun tidak, manis pun tidak, masin pun tidak. Ia sekadar cili yang tiada rasa.
Tak tahulah samada lidah saya memang tak boleh nak detect rasa sambal segera Mok Cun ni. Dua-dua jenis sambal, iaitu Sambal Lado Hijau dan Sambal Hitam Piau tak berapa nak menyengat.
Mungkin ia digunakan untuk masakan kot.
Takpe, nanti saya nak guna sambal ni untuk masak nasi goreng .. tengok camner lak... huhu.
Buat masa ini, saya tak tahu mana nak dapat produk ini untuk anda sendiri rasa dan cuba, cuma boleh di SP Inn, Sungai Petani seperti mana isteri saya beli.
Cubalah Google ... :)
Setakat ni ... saya cuma jumpa Mak Cun lakonan Erma Fatima sahaja .. huhu ...
Percaya tak kalau SA cakap dah ada jenama baju kurung pahang Mok Cun?
ReplyDeleteamboi mok cun macam2 produk la ni
ReplyDeleteBijak orang yang ambil nama untuk produknya dari sesuatu yang popular. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.