Saya antara pengguna Streamyx TM yang telah gunapakai khidmat semakan bil, pembayaran bil dan juga membuat aduan secara online di portal tersebut.
[TERKINI] Semak Bil Internet TM - Streamyx, Unifi Secara Online
Update: Laman web MyTM tidak lagi boleh menguruskan soal bil TM, bil Streamyx anda. Ia kini menggunakan laman web baharu, Unifi. Untuk info lanjut, cara nak guna .. boleh refer pada pautan di atas.
Secara amnya, saya agak berpuas hati dengan servis online yang disediakan di portal tersebut. Semakan bil-bil terdahulu dapat dilakukan dengan mudah, selain terus membuat pembayaran bil terkini TM yang ada dipaparkan di bahagian 'Bill' dan 'Payment'.
Pembayaran boleh dilakukan secara FPX menerusi beberapa bank seperti RHB, CIMB Clicks dan juga Maybank2u. Malah, anda diberikan pilihan untuk membayar menggunakan kad kredit.
Cara Semak dan Bayar Bil TM Streamyx dan Unifi Terkini Secara Online
Untuk membuat semakan bil TM - Streamyx - Unifi- Login ke MyTM dengan memasukkan 'user name' dan 'password'. Jika anda tidak ingat kata laluan atau password, sila klik bahagian 'forgot password'.
- Setelah anda login, klik bahagian 'Bills'.
- Ia akan paparkan senarai bil yang ada, termasuk bil sebelum ini. Anda boleh muat turun bil tersebut dengan klik pada pautan tertulis 'PDF Bill'
Untuk membuat pembayaran bil TM - Streamyx - Unifi secara online ...
- Login ke MyTM.
- Klik bahagian 'Payment'.
- Ia akan paparkan bil terbaru untuk anda bayar, selain bil-bil terdahulu.
- Klik 'Pay Now' dan ia akan bawa ke bahagian pembayaran secara online.
- Pilih salah satu saluran pembayaran.
- Bayar mengikut jumlah dan setelah pembayaran dilakukan ia akan kembali ke MyTM.
Jika anda belum daftar dengan servis MyTM ini, boleh lakukannya di sini - Daftar MyTM
[Baca] Nak langgan Unifi di tempat anda? Baca ini dahulu - Semak Coverage Unifi di Tempat Anda Secara OnlineAnda hanya perlu memasukkan nama anda, email dan password. Kemudian, anda akan diminta untuk sahkan pendaftaran anda menerusi email yang akan dihantar kepada anda.
Perkhidmatan online oleh MyTM ini memang baik. Ia menjimatkan masa, selain mengurangkan kos tidak langsung antaranya penggunaan kertas, kos hantar bil, kos pengangkutan dan sebagainya.
Gunakan MyTM Untuk Buat Aduan Secara LIVE
Saya juga pernah gunakan MyTM untuk membuat aduan berkaitan kelajuan Streamyx saya yang mengecewakan, dan alhamdulillah .. ia telah berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang 3 hari. Anda boleh baca pengalaman saya tersebut di sini - Speed Streamyx Mengecewakan Walau Bayar RM150 SebulanDaripada pengalaman saya tersebut, saya juga telah tulis dan berkongsi tips tentang bagaimana nak membuat aduan mengenai masalah yang berkaitan dengan kelajuan Streamyx .. anda boleh baca di sini - 2 Perkara Perlu Diperhatikan Sebelum Buat Aduan TM Streamyx 100
Jika anda berminat nak tahu lebih banyak kisah pengalaman saya dalam banyak perkara, termasuklah tips-tips berkaitan cara jana income secara online, tips percutian, tips beli belah online .. bolehlah langgan blog ini dengan memasukkan email anda di ruangan yang disediakan.
In Sha Allah ... anda akan dapat sesuatu yang bermanfaat untuk kesejahteraan hidup anda .. hehehe.
p.s: Sebagai house husband .. servis online sebegini memang sangat saya suka.
mnarik..
BalasPadamnak daftar tapi xpaham yg id tu bro hh..
id tu kita letak sendiri nanti.
Padamboleh try ni.....
BalasPadamTak yah nak beratur mana-mana dah. Lagipun, boleh claim GST .. hahaha
Padamsaya basa report kelajuan streamyx kat akaun twitter @tmconnect. laju je diorg reply tweet.
BalasPadamBoleh buat rujukan nanti.
BalasPadamok
PadamTerima kasih tip ini bro HH.
BalasPadamsenang lah lepas ni...
BalasPadamsunscreen
Macam mne nak check sama ada nama kita blacklist tak dgn tm?
BalasPadamKena semak dgn pihak TM puan ... saya tak dapat nak beri maklumat tuu
Padamdah cuba takboleh login emm
BalasPadamAwal perenggan tu saya ada UPDATE TERKINI. Klik yang tu.
PadamMcm mn nak dapatkan pyata tahunan utk kperluan lhdn ya?
BalasPadamMaaf nk Tanya mcm mn nk dptkn pyata byrn tahunan utk kperluan LHDN ya?
BalasPadamGuna portal baharu ... ada listing bil dalam tu. Jadi, setiap bulan boleh download. Kalau tahunan .. saya tak berapa pasti
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.