Terapi Ion Elektrik. Anda dah pernah mencuba tak perawatan alternatif ni? Saya baru je berkesempatan mencuba terapi ni di Bukit Merak Laketown Waterpark. Bayaran yang dikenakan untuk rawatan ini adalah ... err dalam RM10 untuk dua puluh minit kalau tak silap. Maaf saya lupa bab bayaran ni ... tapi tak mahal, macam buat urut tapak kaki refleksologi ... huhu.

Saya buat perawatan terapi ion elektrik ini tanpa sikap prejudis. Saya nak rasa bagaimana proses terapi ini dijalankan, selain nak melihat kesan rawatan terapi ini ke atas diri saya. Jujur saya cakap .. masa mencuba kaedah ini, saya zero pengetahuan mengenainya. Dan saya tak pernah tahu pun wujud rawatan terapi ini ... huhu. Pelik? Jangan pelik ... sebab saya pun bukan tahu semua perkara yang dah jadi viral sana sini ... :P

Terapi Ion Elektrik - Benarkah Ia Beri Kesan Positif Untuk Kesihatan?

Terapi Ion Elektrik - Benarkah Ia Beri Kesan Positif Untuk Kesihatan?
Buat mereka yang tidak tahu, saya adalah pengidap Diabetes dan juga ada masalah kolesterol sejak setahun yang lalu. Saya kini dah mula ambil ubat di hospital, dan amalkan beberapa petua kesihatan berkaitan dengan penyakit Diabetes atau kencing manis.

Dari pamplet yang saya baca, terapi ion elektrik ini kononnya boleh mengeluarkan bahan toksik daripada badan, lebih kurang macam foot-patch yang kini banyak dijual di pasar malam dengan harga RM10 satu paket (10 pelekat).

Dulu, saya selalu gunakan foot-patch .. malah saya menjualnya secara online dan juga kepada sanak-sedara. Fuh ... memang laku keras masa tu .. yelah, nampak magik depan mata .. benda putih terus jadi hitam legam, dikatakan disebabkan oleh sisa toksik yang keluar ikut tapak kaki.
[Baca] 10 Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan
Jadi, saya fikir konsep sama terpakai pada terapi ion elektrik ini.

Masa mencuba terapi ... saya duduk relax-relax je. Tak rasa apa-apa pun pada kaki saya, kecuali rasa sejuk air yang digunakan.

Kata pengusaha, kalau nak kesan terbaik, elok gunakan air suling untuk rawatan terapi ion elektrik ini. Sebabnya dalam air biasa, ada bahan-bahan lain yang memungkinkan tindak-balas dan menyebabkan kesan sebenar rawatan tak berapa nampak. Bila ada bahan lain, air boleh menjadi kekuningan atau kehitaman disebabkan tidak-balas tersebut. Tindak balas ini dinamakan elektrolisis.

Saya tanyalah ...

"Bang ... bagaimana nak tahu kesan terapi ni ye?"
"Ada rasa sengal-sengal tak kat kaki ..?" kata dia.
"Tak ada rasa apa-apapun..." jawab saya.
"Kalau ada sakit apa-apa, toksin banyak .. mungkin rasa" kata dia lagi.

Saya cuma angguk sahaja. Rileks sambil baca pamplet yang diberikan kepada saya. Banyak penerangan dalam pamplet tersebut, siap ada bukti bergambar dari pelbagai jenis kaki .. huhu... memang nampak agak meyakinkan.

Warna Air, Keladak Berubah Kesan Daripada Toksin Badan

Menurut apa yang ditulis, warna air akan bertukar ke warna-warna tertentu mengikut jenis toksin yang dikeluarkan dari badan menerusi pori-pori tapak kaki, dan tindak-balas ion negatif yang masuk ke dalam badan.
  • Kuning kehitaman: Toksin dari saluran buah pinggang
  • Kuning kemerahan: Merawat dan mencegah Penyakit Gout
  • Kuning berminyak: Kolestrol
  • Coklat : Masaalah Hempedu
  • Hijau tua: Merawat Masaalah Batu Karang(Pundi hempedu)
  • Buih putih: Kelenjar limpa
  • Buih gelembung: Merawat Penyakit Gastrik
  • Zarah putih keju: Ortoprosit tulang
  • Hitam: Logam berat
  • Merah: Zarah darah merah

Garam Bukit

Ohh lupa nak bagitahu, untuk kesan lebih baik, elok diletakkan Garam Bukit ke dalam campuran air tersebut untuk berikan kesan terapi maksima. Hmmm ..... Lepas abis sahaja rawatan, beginilah rupanya ...
Kesan Rawatan Terapi Ion Elektrik
Ada keladak yang berlendir. Masa saya basuh kaki, bahan ini senang je hilang, dan tiada kesan warna seperti kuning, perang atau sebagainya melekat pada tapak kaki saya, malah nampak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Apa Kesan Atas Diri Saya?

Selepas 20 minit rawatan ini, saya tak rasa apa-apa perubahan ketara pada diri saya. Mungkin sebab saya baru sekali melakukan terapi ion elektrik ini. Dan menurut apa yang dikatakan penguasaha, saya perlu lakukan paling tidak lima kali rawatan terapi ini untuk nampak kesan sebenar. Warna air dalam besen rawatan terapi ion elektrik saya tidaklah nampak keruh sangat. Walaupun ada keladak terhasil, ia tak macam dalam gambar yang ada ditunjukkan kepada saya .. huhu .. kiranya dalam badan saya tak banyak toksin kot.

Mungkin. Sebab selama ini saya sering melakukan rawatan bekam di Parit Buntar... huhu. Apabila saya pulang ke rumah, saya pun upload gambar di atas di laman sosial, dan ramai yang memberikan respon kepada gambar di atas, agak mengejutkan saya sebenarnya ..

Rawatan Terapi Ion Elektrik Adalah Satu Penipuan?

Kebanyakkan mengatakan bahawa terapi ion elektrik adalah rawatan scam yang dah wujud sejak tahun 2012 lagi...huhu ... nyata saya memang naif ... tak tahu lansung bahawa terapi ion elektrik ini telah lama diperkatakan orang.

Hoho .. benarkah terapi ion elektrik ini satu scam? satu penipuan? Ia sebenarnya tiada kesan pun atas tahap kesihatan seseorang?

Agak awal saya nak buat kesimpulan, walaupun dah ada banyak video yang paparkan mengenai terapi ion elektrik ini - baik yang megiyakannya, mahupun yang menidakkan kesan positif terapi ini.

Nantilah saya cuba lagi ... sambil rileks ... sambil kaki direndam dengan anod dan katod .. sambil mata tengok awek baru balik mandi waterpark (kena tutup dah sbb retrovirus)... sambil tengok ikan Kelisa Emas yang dok berenang ... huhu....

 Isteri saya kata ... "Bukan boleh percaya sangat .. macam foot detox .. " hoho. :)


16 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum

    penah dgr jgk bekenaan rawatan terapi ion ni satu penipuan..tp xpasti sejauh mana kebenaranya...klu ia baik untuk kesihatan kita maknanya elok la tu kan..

    apa2 pun bila nak buat something nak2 bekenaan kesihatan dr sendri perlulah diteliti dulu bimbang membahayakan dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang saya tahu, ia tak mudarat dari segi kesihatan pun. Cuma ... anda berkemungkinan lakukan sesuatu yang tidak beri apa2 manfaat pun.

      Delete
  2. saya pernah mintak orang yang mengusahakan terapi ion ni ON mesin tanpa saya rendam kaki. Hasilnya tetap ade jugak keladak-keladak tu muncul..

    Saya percaya keladak-keladak tu hanyalah dari proses pengoksidaan besi yang digunakan untuk anod dan katod..

    Tapi tu pendapatn saya la..

    Orang lain mungkin ade pengalaman dan pendapat yang berbeza :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dari segi sains dan logik ... apa yang saudara katakan itu adalah benar.

      Delete
  3. wow! macam best je. 1st time dengar ni

    ReplyDelete
  4. dulu pernah gak kecoh pasal mende ni yg katakan scam. tapi taklah... nak percaya atau tidak tu xtau la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm memang dah lama jadi perbualan dan pendebatan. Saya je yang ketinggalan keretapi ETS .. haha

      Delete
  5. Bukan boleh percaya sangat.. macam foot detox.. hahaha.. ini paling win !

    ReplyDelete
  6. takleh percaya sangat kaedah ni. pada saya biar ada klinical test lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah paling baik. Sebab dah banyak sangat benda yang dianggap sebagai PENYELESAI masalah, tetapi hakikatnya tiada bukti kukuh pun.

      Delete
  7. saya pernah jumpa garam bukit, tapi tak beli pulak masa tu...

    ReplyDelete
  8. Pernah baca juga sebelum ini, yang rawatan terapi ni cuma untuk seronok-seronok bagi duit kat orang yang jalankan rawatan tu bolehlah.

    Tindak balas kimia tetap akan berlaku walaupun tanpa kita rendamkan kaki. Itulah yang saya baca.

    Masing-masing ada hujahnya tersendiri. Kena bukak buku sains untuk tahu kebenarannya hihi

    ReplyDelete
  9. rasanya dah lama jugak cara rawatan memang mula keluar dia viral sekarang dah senyap sikit. cuba lah apa sahaja rawatan kerana Allah maha penyembuh kita cuma berusaha. jangan lupa follow blog saya ya. tkasih

    ReplyDelete
  10. Blh kena electrik shock ke? Ada kebahayaan utk nyawa atau x?

    ReplyDelete
  11. Semoga kesihatan bertambah baik hendaknya. Nak komen tentang rawatan ion takda knowledge sangat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement