Tips mudah sebelum beli kereta terpakai tanpa perlu pengetahuan teknikal. Bercadang nak beli kereta terpakai? Sebelum anda beli, cuba lihat peralatan dan aksesori dalam kereta itu dahulu. Ini adalah antara langkah-langkah yang perlu anda buat sebelum anda ambil keputusan untuk beli kereta terpakai atau second-hand car. Yelah, bukan semua orang mampu beli kereta baru, walaupun hakikatnya tak jauh beza pun antara kereta baru dengan kereta terpakai.

Kenapa saya cakap tak jauh beza? Yelah, anda harus sedar ... orang yang jual kereta mereka kepada syarikat menjual kereta terpakai ada banyak sebab. Antara sebabnya ialah .... nak beli kereta lebih besar, mahu kereta yang lebih baik, kereta sudah uzur, kereta pernah terlibat kemalangan, kereta ada masalah, tak mampu nak bayar, nak dapatkan tunai dan macam-macam lagi.

Tips Mudah Sebelum Membeli Kereta Terpakai (Second-Hand Car)

Tips Mudah Sebelum Beli Kereta Terpakai
Ada banyak sebab, dan ada di antara sebab-sebab tersebut ... ia tidak menjadikan kereta itu tidak bagus, malah ada kereta terpakai yang dijual 99% hampir seperti kereta baru.

Contohnya macam saya ... saya jual kereta lama saya disebabkan mahu beli kereta dengan gear automatik untuk memudahkan isteri saya berkenderaan di Kuala Lumpur. Kalau gunakan kereta lama yang menggunakan gear automatik, tentu ia sedikit sebanyak menyukarkan isteri saya. Walhal, kereta lama masih lagi tip-top sebab diselenggara secara berkala.
[Baca] Harga Kereta Baru Sebelum dan Sesudah GST
Jadi, jangan pandang kereta terpakai tidak bagus ye...huhu.

12 Bahagian Perlu Diperiksa Sebelum Beli Kereta Terpakai

Tips Beli Kereta Terpakai Tanpa Tahu Teknikal
Ok. Sebagai panduan dan tips untuk mereka yang mahu membeli kereta terpakai, saya nak kongsikan sedikit pengetahuan tentang langkah-langkah perlu diamati sebelum beli kereta terpakai, terutama sekali pada peralatan dan aksesori yang ada pada kereta tersebut.

Sebelum beli, sila periksa 10 perkara berikut. Ini perkara asas sebab anda hanya perlu lihat pada peralatan dan aksesori kereta, Saya percaya seorang wanita atau graduan lepasan IPT pun boleh gunakan tips mudah ini.
  1. Sila periksa lampu tinggi dan rendah, kesemua lampu brek, lampu signal, lampu kabus, lampu kabin (di siling) dan juga lampu amaran (hazard light). Anda boleh terus periksa bila masuk ke dalam kabin kereta, anda tidak perlu pun nyalakan enjin kereta, hanya buka suis ON dan lihat perkara-perkara ini. Lakukan ia dalam dua keadaan, ketika suis dibuka dan ketika enjin dihidupkan. Kalau boleh, anda pandu uji kereta tersebut dan buat ujian ke atas nyalaan lampu-lampu berkenaan.
  2. Tuil atau penetap cermin sisi. Cermin sisi adalah ciri keselamatan untuk sesebuah kereta. Anda kena periksa samada ia boleh dilaras atau tidak. Dan cermin tersebut mesti membolehkan anda untuk melihat ... dan bukan kabur-kabur ..
  3. Pembuka pintu kereta dan glove-box (laci dashboard). Buka tutup bahagian tersebut beberapa kali. Untuk pintu kereta, cuba dengar bunyi hentaman/tutup .... jika tak sama keempat-empat pintu .. tentu ada masalah dari segi tuil, skru penyambung, pemasangan pintu. 
  4. Pembuka bonet dan minyak. Anda juga perlu periksa pintu bonet depan belakang, juga penutup isi minyak. Pastikan anda boleh buka - samada dengan kunci, ataupun menggunakan tuil di bahagian tempat duduk pemandu. Uji beberapa kali.
  5. Penyaman udara amat penting bagi kenderaan di Malaysia. Cuaca panas di luar memang terik. Jadi, anda kena periksa samada penyaman udara berfungsi dengan baik. Sila gunakan pelaras paling rendah untuk suhu agar anda dapat rasa udara sejuk yang keluar. Elakkan buka sehingga aras paling tinggi sebab ia sebenarnya tidak cekap tenaga, dan boleh akibatkan bateri kereta cepat haus.
  6. Hon mesti berfungsi dengan baik. Ia mesti boleh didengar dari dalam kabin. Dan pastikan bunyi hon adalah bunyi standard. Kalau ia berbunyi lain daripada sepatutnya, bermakna ada pengubahsuaian telah dilakukan pada kereta.
  7. Soket 2.4V/palam pencucuh rokok. Walaupun ia tidak penting untuk kegunaan harian di dalam kereta, tetapi seandainya ia bermasalah, ia menunjukkan ada masalah pada pendawaian dan penyaluran arus elektrik.
  8. Radio dan pemain cakera padat (CD). Pasanglah ia selama beberapa minit .. bukan setakat On dan Off sahaja. Ada radio dan CD yang berfungsi dengan baik - 5 minit terawal sebelum ia jadi senyap terutama jika anda membuka penghawa dingin dan kereta sedang bergerak. Jika radio dan CD tidak berfungsi dengan baik, ia menunjukkan bahawa kereta tersebut ada masalah pada pendawaian, dan kemungkinan juga pemain radio dan CD sudah rosak. Pastikan juga kotak suara (speaker) dalam keadaan baik - uji dengan tingkatkan volume suara.
  9. Suis tingkap kuasa (jika ada). Cuba uji suis tingkap ketika membuka suis ON, dan juga ketika enjin dihidupkan. Uji semua tingkap.
  10. Periksa samada pelaras kerusi dan tali pinggang keledar berfungsi dengan baik. Dan lihat samada tali pinggang di tempat duduk belakang turut disediakan.
  11. Periksa samada pengelap cermin berfungsi dengan baik. Tiada tersekat-sekat .. dan kalau boleh .. cuba curahkan sedikit air (bukan air milo atau teh ais) dan hidupkan pengelap, termasuk pengelap bahagian cermin belakang.
  12. Ramai yang tidak melihat bahagian tayar simpanan dan kotak alatan (tools box). Dua peralatan ini sangat penting tatkala kecemasan. Jadi, sebelum membeli kereta terpakai .. anda mesti lihat samada tayar simpanan masih elok dan ada kotak alatan seperti pembuka tayar dan sebagainya. Kalau tidak, anda mungkin kena keluarkan kos berasingan kelak.
Saya harap sedikit perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Seperti saya katakan di awal tadi, tiada celanya beli kereta terpakai ... apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang. Kereta terpakai jika anda bijak memilih, tak jauh beza dengan kereta baru.
[Baca] Tips Beli Kereta Baru Dengan Diskaun 50%
Anda kena bijak mencari sahaja. In Sha Allah, nanti saya akan kongsikan bagaimana nak pilih kereta terpakai ... pastikan anda langgan blog ini ye ... :)


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tip2 yang sepatutnya di ambil kira..terima kasih

    ReplyDelete
  2. Lagi satu, jika boleh ajak seorang 'pomen' kereta yang anda kenali untuk periksa bahagian engin. Ini adalah kerana kereta nampak cantik dari luar, tetapi enginnya bermasalah. Selepas 2-3 bulan pakai, baru tahu rupanya kereta yang dibeli ada masalah engin.
    Sekadar mengingati sesama kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, saya akan tulis bab untuk lebih teknikal ni dalam blog post yang lain. :)

      Delete
  3. Haa..ni pomen sendiri yg nk bgtau sesuatu..kalau beli kete second..salah satu cara nk tau enjin masih ok atau tak, dgn cara buka penutup radiator (pastikan masa enjin sejuk, jgn buka semasa enjin panas yer)..pastu start kete..dlm masa yg sama lihat radiator..kalau masa cranking, radiator tak jadi apa-apa, enjin masih ok..tp kalau masa cranking, nampak air memancut keluar, haa itu tandanya enjin tersebut ada bermasalah..sekadar perkongsian.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement