Ok, Satu perkara atau fakta hangat mengenai lipas yang perlu anda tahu - Menurut satu kajian, di dalam perut lipas terdapat sejenis cacing halus dan lembut. Cacing ini memang tak dapat anda lihat dengan mata kasar, yelah .. saiz lipas pun besar mana sangat pun, ye tak ... apatah lagi cacing di dalam perutnya.
Tips Serta Petua Untuk Halau Lipas Dalam Rumah
Jika anda memukul atau pijak lipas menggunakan surat khabar ataupun penyapu, kemungkinan besar cacing yang terdapat di dalam perut lipas itu akan terkeluar. Pastinya cacing yang sedang kelemasan ini akan merayap untuk mencari tempat (perumah) yang baru.Ketahuilah bahawa cacing yang sangat halus ini sukar dilihat dan ia punyai keupayaan untuk masuk ke dalam tubuh melalui pori-pori kaki. Lebih merbahaya jika ada luka di kaki yang memudahkan ia untuk masuk ke dalam sistem bendalir badan contohnya pembuluh darah .. huhu.
Jadi, tips paling penting untuk halau lipas dari dalam rumah ialah ... jangan sesekali anda memukul lipas sehingga penyek samada dengan memijaknya, menggukan penyapu mahupun suratkhabar. Khuatir nanti, cacing itu akan masuk ke dalam tubuh badan anda .. uhhh ....
6 Tips Untuk Halau Lipas Dalam Rumah
Cubalah beberapa tips berikut ..- Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
- Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
- Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
- Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
- Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.
- Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.
Info Fakta Mengenai Lipas
Anda perlu tahu, di Malaysia terdapat sehingga 4000 spesies lipas yang punyai ciri-ciri berbeza tetapi tidak ketara. Anda mungkin nampak lipas di dalam rumah itu datangnya dari satu spesies, walhal ia tergolong dari beberapa spesies yang lain. Lazimnya, anda boleh nampak perbezaan ini menerusi belang di tubuhnya, ada kepak atau tidak, badan kasar atau licin, saiz kecil atau besar .. berwarna gelap atau sedikit terang.Sebenarnya lipas mempunyai satu tabiat yang buruk semasa makan. Lipas yang sedang makan akan melakukan ‘regurgitasi’ iaitu memuntahkan balik apa yang dimakan di tempat ia sedang menikmati makanan. Maka, semasa mereka makan, lipas akan meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya berserta dengan najis-najisnya sekali yang dilumuri pelbagai jenis kuman.
Maka penting sekali untuk anda, saya dan kita semua memastikan rumah agar bebas daripada lipas.
Lipas membiak dengan banyak di dalam telurnya antara 6-16 ekor dalam setiap sebiji telur. Apabila matang, telur akan menetas dan mengeluarkan banyak anak-anak lipas. Biasanya, lipas akan menyimpan telurnya dan melekatkannya pada perabot, pakaian, dalam almari dan tempat-tempat yang kurang terusik sehinggalah telur tersebut menetas.
Jadi, selain anda halau lipas-lipas tadi, anda kena pastikan bahawa tak ada telur lipas yang tersembunyi. Kalau tidak nanti, mungkin sia-sia anda amalkan petua tadi, dan lipas terus-terusan merayap dalam senyap di dalam rumah anda.
Terima kasih atas tips dan petua ini ye abg HH...
ReplyDeleteTerima kasih sebb sudi membacanya dari awal sampai habis.
Deletegreat sharing
ReplyDeletenanti nak cuba
Paling mudah guna daun pandan tu je. Tapi satu nasihat saya, jangan stick pada satu petua. Kalau cara A tak jadi... guna cara C.
DeleteBoleh nak cuba cara ni juga. Mana tahu berkesan kan.
ReplyDeleteTip 1 tak menjadi tuan...lipas rumah saya makan sabun mandi tu.Lepas tu lari ke tempat lain pula. Tak mati. Sedap kot sabun tu. Hehe.
ReplyDeleteperkongsian yang best . TQ
ReplyDeleteWah! Ilmu baru.
ReplyDeleteTerbaik tips nie..Sekarang mmg ada masalah lipas kat rumah.. sembur2 pun masih ada..mana die datang tah..huhuhu..
ReplyDeletesanagt berkesan
ReplyDeletehttps://cukaipendapatan.wordpress.com/2017/04/12/tuntutan-balik-rm1-9b-terhadap-30-firma-besar/
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.