Kemaskini OS komputer dengan Windows 10 Anniversary Update adalah satu kesilapan besar! Itulah yang telah berlaku kepada saya pada bulan September 2016. Akibat daripada update atau kemaskini sistem pengoperasian komputer desktop saya menerusi Windows 10 Anniversary Update, saya terpaksa buat partition baru semata untuk membolehkan komputer saya dibuka seperti biasa.

Nak kata menyesal pun tak boleh dah, benda dah berlaku. Hampir dua malam juga saya terpaksa berdepan dan selesaikan masalah ini. Itu sebab kenapa di bulan September, blog saya agak 'menyepi'. Nasib baik ada laptop milik isteri saya yang boleh saya 'pinjam' untuk tulis dan terbitkan beberapa post, terutama post advertorial.

Update Windows 10 Anniversary Satu Kesilapan Besar?

Update Windows 10 Anniversary Satu Kesilapan Besar?
Pada bulan Ogos, pihak Microsoft ada menghantar satu email untuk memberitahu bahawa OS Windows 10 ada update terbaru besar-besaran. Menerusi email tersebut, mereka mahukan saya upgrade Windows 10 yang ada di komputer desktop saya kepada Windows 10 Anniversary Update package yang terbaru.

Dan nak dijadikan cerita pula, tetiba selang beberapa hari selepas itu .. komputer saya jadi bermasalah apabila secara tiba-tiba terpadam dan reboot. Saya tak tekan apa-apa pun .. huhu .. skrin tetiba gelap, kemudian PC saya restart tanpa disuruh. Ia berlaku dan berlarutan selama lebih seminggu.

Akibat sibuk dengan dunia kehidupan sebagai House Husband, saya tak berapa ambil kesah sangat. Tapi, lama-kelamaan ia jadi semakin teruk. Sedap-sedap menulis untuk terbitkan blog post terbaru ... pc reboot tak pasal-pasal .. uh tak ke hangin tu .. abis semua kerja yang tidak disimpan lebur begitu sahaja.

Saya ingatkan masalah pada perkakasan komputer saya. Al maklumlah PC lama.

Tapi, apabila saya cuba mencari penyelesaian kepada masalah PC saya, saya dapati apa yang berlaku bukan berpunca dari kegagalan peralatan atau perkakasan, tetapi sebenarnya adalah akibat force update yang dilakukan oleh sistem Windows 10 yang sedang digunakan di komputer saya.

Cari penyelesaian menerusi forum. Dan akhirnya ada yang menyarakan saya untuk upgrade ke versi Windows 10 Anniversary Update yang didakwa boleh menyelesaikan masalah rebooting PC saya yang sangat annoying... huh.
Update Windows 10 Anniversary Satu Kesilapan Besar?
Saya pun laksanakan upgrading atau updating ke Windows 10 Anniversary. Lama weihh .. dekat lebih 3 jam ... hanya untuk download pakej tersebut - almaklumlah speed internet streamyx tak berapa nak padu.

Lepas dah download, saya pun laksanakan kemaskini .. mak aih .. kena tunggu lagi ... berjam-jam jugalah.

Hampir sehari saya dok tenung PC saya untuk upgrade dan update versi Windows 10 Anniversary ni. Jenuh tapi terpaksa.

Siap.

Tengok-tengok ada beberapa software sebelum ini telah tidak boleh digunakan... arghhhhh .. tension balik. Jadi, saya pun carilah di internet. Download dan pasang.

Masalah baru pula timbul. PC saya ada malware. Lupa nak install antivirus sebelum masukkan software yang dimuat-turun percuma dari internet. Cuba nak hapuskan malware tersebut secara manual .. yang akhirnya memakan diri.
Update Windows 10 Anniversary Satu Kesilapan Besar?
PC saya tak boleh dihidupkan. Windows 10 Anniversary yang sebelum ini menjadi nadi kepada PC saya telah korup, dan saya tak boleh nak masuk atau login ke PC .. arghhhh ... apa perlu saya buat??

Akhirnya saya jumpa penyelesaian.

Saya gunakan fungsi USB Reboot. Dengan menggunakan USB Thumbdrive saya reboot dan install semula Windows 10. Nasib baik saya telah daftar dengan Microsoft, jadi saya tiada masalah dari segi lesen sah untuk gunapakai Windows 10 Pro Edition.

Namun, agak rumit juga nak buat cara ni dan tak berapa sesuai andai anda bukan seorang yang tahu selok-belok mengenai komputer terutama dari segi cara nak boot PC dan pengetahuan mengenai sistem Bios PC.

Alhamdulillah, saya dapat selesaikan masalah ini dalam tempoh 2-3 minggu....huhu.

Dan hari ini, apabila saya baca mengenai Windows 10 Anniversary Update, ramai pakar Tech di luar sana mengatakan adalah menjadi satu kesilapan besar jika update atau upgrade ke pakej ini. Haha.

Boleh baca di sini - http://www.pcmag.com/commentary/348459/the-massive-windows-10-update-failure

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement