Ia menjadi topik bualan yang hangat di kalangan netizen, malah ramai yang memuji sikap Siti Hajar yang mahu berniaga sendiri selepas tamat pengajian di Universiti Tun Husseion Onn Malaysia (UTHM). Bukan mudah nak berniaga nasi lemak sebenarnya .. tapi sebab Siti Hajar merupakan graduan yang bijak mengambil peluang, dan mencari ruang, lulusan jurusan Kejuruteraan Elektronik tidak kisah menjual nasi lemak di tepi jalan.
Video Bongkar Rahsia Nasi Lemak Anak Dara
Dan paling menarik ialah Siti Hajar menggunakan teknik pemasaran dengan meletakkan 'jenama' pada nasi lemak yang dijualnya. Nasi Lemak Anak Dara cepat diketahui orang, ia menjadi viral dan perhatian ramai. Nak-nak lagi tukang jual seorang gadis yang cantik dan ada lulusan akademik yang baik.Tapi, nasi lemak .... merata ada orang jual nasi lemak, mengapa Nasi Lemak Anak Dara yang menjadi pilihan? Dek kerana kisah dia disaman kah?
Mengapa Nasi Lemak Anak Dara Boleh Jadi Viral?
Nasi lemak kalau tak sedap, takkan disebut orang. Walaupun saya boleh kata nama Nasi Lemak Anak Dara ada sedikit mengundang, tetapi kalau rasanya tidak sesedap yang dikata orang, tentu sekali dah lama senyap dan tidak diceritakan orang.Video dibawah adalah rakaman daripada Hasbullah Awang Chik yang cuba membongkar kesedapan dan resepi rahsia Nasi Lemak Anak Dara. Jom layan dua video di bawah ini ye ...
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.