ASUS ZenFone 3 Max - Satu lagi telefon pintar terbaru dari ASUS yang menarik perhatian saya. ASUS ZenFone 3 Max ada ciri yang unik dan istimewa; yang menjadikan ia sedikit berbeza dan unik dengan mana-mana telefon pintar di pasaran Malaysia. Ciri yang saya maksudkan ini ialah fungi Reserve Charging menggunakan kabel USB On-The-Go (OTG).

Saya telah diberikan kesempatan untuk mencuba peranti telefon pintar terbaru dari ASUS ini. Dari penelitian saya, ciri yang paling kritikal adalah pada keupayaan bateri berkapasiti besar 4100mAh yang terbenam pada ZenFone 3 Max. Ia bukan sahaja membolehkan fungsi Reserve Charging dilakukan tetapi ia mempunyai keupayaan untuk bertahan lama.

ASUS ZenFone 3 Max Dengan Bateri 'Reverse Charging'

ZenFone 3 Max Bateri Reverse Charging
Menerusi bateri berkapasiti 4100mAh, model terbaru dalam siri ASUS ZenFone 3 ini membolehkan bateri bertahan sehingga 30 hari dalam mod sedia, 20 jam waktu menelefon (3G), 20 jam waktu pelayaran dengan Wi-Fi 4G/LTE, 87 jam memainkan muzik serta 15 jam untuk permainan video.

Kelebihan pada bateri membolehkan telefon pintar ASUS ZenFone 3 Max memberikan tempoh penggunaan yang panjang tanpa pengecasan selain keupayaan uniknya untuk beroperasi sebagai power bank menerusi mode Reverse Charging OTG yang saya ceritakan di awal post ini.
ZenFone 3 Max Bateri Reverse Charging
Agak mengagumkan saya ialah bateri yang ada keupayaan sebegini besar boleh dipadatkan dalam telefon ZenFone 3 Max yang mempunyai berat hanya 148 gram dengan tebal lebih kurang 8.5mm. Ini menjadikan ia sebagai telefon pintar antara paling ringan dan kompak.

10 Perkara Menarik Pada ASUS ZenFone 3 Max

ZenFone 3 Max Bateri Reverse Charging
Berikut adalah kesimpulan saya mengenai apa yang menariknya pada telefon pintar ASUS ZenFone 3 Max ini:
  1. Keupayaan untuk menjadi power bank kepada peranti lain menerusi dua mode pengecasan. Anda hanya perlu menggunakan kabel USB OTG yang dibekalkan untuk terus mengecas mana-mana peranti lain.
  2. Kemasan pada bingkai luar yang amat selesa untuk saya sentuh dan pegang. Binaan aloi aluminium terbaru amat cantik pada pandangan mata saya, dengan elemen rekaan yang menyerlahkan keanggunannya.
  3. Sudut melengkung pada bucu rangka telefon ini adalah salah satu tarikan pada saya. ASUS ZenFone 3 Max ada pinggiran lencongan metalik dengan potongan berlian mengelilingi paparan yang memiliki sudut berkontur 2.5D. Feel so elegance ... serius ni.
  4. Ada lima mode untuk kawal selia fungsi bateri pada telefon pintar ini, iaitu mode prestasi, normal, penjimatan tenaga, mode super jimat tenaga selain mode pilihan tetapan sendiri. 
  5. Mempunyai fungsi pengimbas cap jari pada bahagian belakang untuk capaian dan akses cepat (0.3 saat), selain menjadikan ASUS ZenFone 3 Max lebih selamat untuk pemiliknya.
  6. ZenUI 3.0 yang menawarkan antaramuka pengoperasian yang menarik, elegan dan memudahkan pengguna.
  7. Skrin berkeluasan 5.2 inci dengan IPS berdefinasi tinggi untuk paparan yang memuaskan.
  8. PixelMaster untuk gambar yang cantik menerusi kamera depan 5MP dan kamera belakang 13MP. 
  9. Memori - RAM 3 GB (LPDDR3) dengan storan dalaman 32 GB (eMMC) - ada slot untuk penambahan memori sehingga 32 GB MicroSD.
  10. Harga yang ditawarkan pula amat berpatutan untuk ASUS ZenFone 3 Max. Menerusi laman web ASUS serta laman web Lazada, harga untuk telefon pintar terbaru dari keluarga ZenFone 3 ini adalah pada RM799 seunit.
Lihat beberapa gambar ZenFone 3 Max ini sewaktu saya mencubanya sendiri baru-baru ini...

Jadi bagaimana? Agak-agak telefon pintar ASUS ZenFone 3 Max ini menarik perhatian anda tak? Jika anda mahukan sebuah telefon yang boleh menjadi penyelamat keadaan di waktu peranti lain sudah kekeringan kuasa, ZenFone 3 Max ini adalah penyelesaiannya.

Bak kata sayalah .. #ZenFone3MaxMy - Incredible battery come with great responsibility.

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Fuyyoooo.... Terbaiikkk... Macam nak try jugak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dari segi kemasan pada luaran tu .. sedap dipegang. Smooth

      Delete
  2. what? boleh charge phone lain? powernya!!

    ReplyDelete
  3. Memula hari tu berkira-kira nak rembat dah kat Lazada ler mana lagi, tapi tengok video review kat Amanz macam kurengggg jer... pastu baca review HH dah macam suka pulak balik. Hurmmm... habih camno?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Camera dia biasa sahaja. Tak ada kelebihan sangat, namun ia tetap standard Asus

      Delete
  5. Tengah dok survey survey.... bila buat video, nmk gelap ker...? kalau kat depan..huhuh~
    saya nanti dtg sini balik, tgk reply ye~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement