Sebagai seorang House Husband dan blogger, kalau kurang tidur ... memang akan berikan kesan yang tidak bagus pada aktiviti seharian. Nak lagi sebab saya ada masalah dengan Diabetes, maka ia akan berikan efek tambahan pada kesihatan secara total. Pun begitu, seperti awal saya sebutkan tadi, ia bergantung dengan tahap metabolisma. Saya nak berikan contoh seorang yang istimewa yang hanya perlukan tidur 3 jam je sehari... dan kemudian anda boleh ketahui 10 efek buruk kurang tidur yang akan saya senaraikan.
10 Efek Buruk Kurang Tidur Untuk Seorang Manusia Normal
Paul Erdos, antara manusia yang diiktiraf sebagai manusia paling bijak dan prolifik hanya tidur sekitar 3 jam sehari. Beliau walaupun dalam kurang tidur, telah menghasilkan lebih dari 1,500 kertas kerja dan bekerjasama dengan lebih 500 pakar matematik. Dia meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 1996, dan mengamalkan diet kopi keras dan amphetamins untuk terus berjaga menghasilkan karya.Berhati-Hati Dengan 10 Kesan Buruk Kurang Tidur
Itu antara contoh bahawa waktu jam tidur itu adalah berbeza mengikut keperluan individu, namun kajian juga mendapati kekurangan tidur boleh memberikan kesan yang buruk, berikut adalah 10 efek buruk akibat kurang tidur.- Strok Dan Serangan Jantung
- Kurang tidur dari 7 jam sehari boleh meningkatkan risiko serangan jantung sehingga 33 peratus mengikut penyelidik dari Jepun. Dada akan terasa sakit apabila waktu malam, antara tanda ia mengalami masalah jantung.
- Penyakit Kardiovaskular
- Hormon yang sepatutnya keluar ketika waktu tidur terganggu, mengakibatkan beberapa kemampuan badan tidak berfungsi dengan baik.
- Depresi Dan Bunuh Diri
- Cepat marah, gelisah dan kelihatan sedih antara gejala yang diakibatkan kurang tidur lima jam sehari. Gejalan ini boleh nampak dalam masa seminggu tersebut. Kajian ini dijalankan oleh pensyarah di Universiti Pennsylavania.
- Kesihatan Kulit Terganggu
- Mata bengkak dan terdapat lingkaran hitam bawah mata. Pada masa sama, kulit akan jadi kusam, pucat dan garis halus akan mudah muncul pada wajah.
- Kemalangan
- Mengikut kajian oleh Lembaga Keselamatan Lalu Lintas Jalan Raya Nasional Amerika Syarikat, faktor mengantuk dan keletihan menyumbang faktor utama akibat kemalangan.
- Kurang Daya Tumpuan
- Mental akan terganggu. Hilang tumpuan kerana badan letih dan tak cukup rehat.
- Mudah Gemuk
- Nafsu makan akan lebih banyak kerana badan telah tersilap mengatur perjalanan tubuh kerana keliru dengan keadaan badan yang bukan dalam keadaan rehat.Boleh baca sini - Kurang Tidur Buatkan Anda Mudah Gemuk
- Meningkatkan Risiko Kanser
- Terdapat kajian terhadap olahraga yang mendapati mereka kurang tidur telah menyebabkan mereka terdedah kepada risiko kanser di sebalik rutin mereka dalam bersukan.
- Padamkan Keinginan Seksual
- Kajian mendapati mereka yang mengalami atau menderita sleep apnea memiliki tahap testeron yang rendah.
- Sakit Badan Dan Lemah Imuniti
- Akan berasa sakit2 otot selain mudah sakit dan migrain.
Semoga perkongsian ini dimanfaatkan sebaiknya, dan dijadikan panduan untuk semua. Sila kongsikan pada kenalan anda yang mungkin sangat sukar untuk tidur.... huhu.
salam...
ReplyDeletesaya pun kdg2 hadapi masalah kurang tido ni. kalo tak kurang, akan lewat tido. biasanya berlaku sbb saya suka minum madu tak kene masa tak kira siang atau mlm. jadi masalah sleeping disorder pulak..
tq sebab nasihat
ReplyDeletekalau kurang tidur mmg macam2 efek kat diri nanti... btw, tq untuk info ni BK..
ReplyDeleteTidor mesti cukup...banyak kesan kalau kurang tidor..itu perkara yang sangat penting dalam hidup kita
ReplyDeletekena tidur skrg. nanti terkena 10 kesan ni kan bahaya!
ReplyDeleteStart sleep early from now!
ReplyDeletememang bahaya
ReplyDeletethanks for info
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.