20 Petua untuk Pikat Isteri. Perasan tak kadang-kala wife anda moody? Tentu ada sesuatu yang mengusutkan kepalanya. Jadi, sebagai suami, anda perlu bantu isteri anda berada di tahap terbaik. Jadi macam mana nak bantu? Hmm anda ingat kembali saat-saat anda bercinta, atau setidaknya kembali di waktu anda mula berkahwin. Di saat itu, uhhh andalah heronya .. andalah kiri dan kanannya. Jadi lakukan yang sama.

Bukan susah pun untuk anda dan isteri berada dalam keadaan yang indah. Jangan hanya berharap isteri anda saja yang perlu melayan karenah anda. Jangan harap isteri anda saja yang perlu memenuhi tuntutan anda. Mereka juga ada hak. Mereka diciptakan untuk menjadi peneman. Jadi jadi teman terbaik buat mereka.

20 Petua Serta Tips Untuk Memikat Isteri Agar Rumahtangga Kekal Bahagia

20 Petua Untuk Pikat Isteri
Ok, sebagai sedikit panduan, anda boleh ikuti petua dan panduan yang saya kongsikan berikut:
  1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
  2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri.
  5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
  7. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  9. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  10. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  13. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  14. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  15. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  16. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  18. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  19. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Tak susah pun kan. Sebenarnya ada banyak lagi cara dan kaedah bagi kita sebagai suami untuk hargai isteri kita. Pikat mereka balik ..... jadikan minggu-minggu sebagai suami isteri sebagai minggu-minggu yang sentiasa berbunga cinta.

Ada perkara yang kadang nampak mudah tetapi tidak terbuat, al maklum .. faktor usia ... banyak benda sering terlupa dan terabai. Moga perkongsian ini dijadikan peringatan dan pedoman sentiasa untuk semua yang sudah berumahtangga .. termasuklah diri saya sendiri.
 

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement