Saya dan isteri rasa syukur dan sangat bertuah mempunyai anak seperti Amri. Masa awal-awal kelahiran, saya tak pasti bagaimanalah rupa perangai dan tingkah-laku si Amri ni. Namun, atas tips dan panduan yang ramai adik-beradik, sanak sedara dan kawan-kawan kongsikan ... kami dapat melihat Amri membesar dan terdidik dengan baik.
Anak Sulong Saya Dah Remaja
Kami berdua bertuah sebab masa awal bayi, Amri dijaga oleh pasangan suami isteri yang hebat, malah mereka ada anak-anak yang baik budi pekerti. Sayang mereka kepada Amri ni sampai dah besar pun masih lagi bertanya khabar ...Awal persekolahan, Amri belajar di Tadika Islam Perak... 3 tahun kot di situ .. kemudian sambung belajar di sekolah yang kawasannya jadi lokasi Pasar Kemboja Parit Buntar. Selama di sekolah rendah tersebut, pencapaian akademiknya sangatlah memuaskan hati, malah menjadi antara pelajar favourite di sekolah.
Kini, zaman sekolah rendah Amri akan berakhir ... usia dah capai 12 tahun pada bulan September, sama tarikh lahir dengan atuknya.
Saya pun dah siapkan kad pengenalan baru Amri bagi menggantikan MyKid. Hmmm ...
[Baca] Ajar Anak 6 Perkara Ini Jika Mahu Mereka Jadi Soleh SolehahDan tadi, saya dan isteri dah tengok keputusan peperiksaan akhir dan juga percubaan Amri di SAPS. Hati kami berbunga-bunga .. dengan harapan tinggi walaupun ada sedikit risau takut-takut apa yang tertunjuk di SAPS tu tidak seelok keputusan sebenar UPSR 2016.
Selamat Hari Lahir Amri .. walaupun bapakmu lambat kongsi kisah ini kepada rakan-rakan sekolah rendah Amri yang sudi baca blog bapakmu ini .. hehehee...
Bukannya abah jeles Amri masuk paper dua kali ye .. huhuhu...
[Baca] Petua Untuk Lulus Cemerlang Dalam UPSRSemoga selepas zaman budak-budak ini dikenang dan mana yang baik dijadikan panduan untuk jadi anak remaja cemerlang. Zaman remaja pasti lebih mencabar ... sama mencabarnya untuk hilangkan jerawat yang sudah mula tumbuh di wajah.
Hai kawan Amri. :P
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.