Tahniah jika anak anda terpilih dan dipilih untuk sambung tingkatan satu ke sekolah menengah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesungguhnya TMUA merupakan satu model pembelajaran yang sangat memyeluruh dengan bertujuan melahirkan generasi insan profesional yang mengamalkan ajaran Islam dengan memiliki kemahiran ilmu yang terbaik.

Bukan mudah untuk memohon dan seterusnya terpilih untuk ke sekolah berasrama penuh Ulul Albab (TMUA) KPM. Saya dapati taraf syarat untuk permohonan dan kemasukan ke sekolah TMUA sangat tinggi, dan murid perlu dan mesti lulus beberapa peperiksaan sampingan seperti PSRA untuk mengukuhkan tempat ke sekolah Tahfiz Model Ulul Albab ini.

Bagaimana Sekolah Berasrama Penuh Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) KPM Dilaksanakan? 

Anda mungkin tertanya-tanya kenapa syarat nak mohon dan masuk ke SBP Ulul Albab amat ketat dan memerlukan keputusan peperiksaan yang cemerlang? Mari saya kongsikan bagaimana TMUA ini dilaksanakan untuk berikan gambaran bagaimana anak-anak lepasan UPSR akan belajar di sekolah menengah TMUA.

TMUA adalah gabungan antara Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) dan kokurikulum dengan menggunakan 3 pendekatan seperti dinyatakan di bawah ini.

Pendekatan Quranik

Kaedah bagi membolehkan pelajar hafaz 30 juzuk Al Quran serta memahami isi kandungannya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar dalam tempoh lima (5) tahun persekolahan di sekolah menengah.

Pendekatan Ensiklopedik

Kaedah menyediakan asas kepada pelajar kuasai pelbagai ilmu dan bahasa, berkemahiran tinggi dan mampu bertindak sebagai pakar rujuk kepada rakan sebaya.

Pendekatan Ijtihadik

Satu kaedah untuk menyediakan pelajar yang berupaya memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah dan memaksima keupayaan berfikir aras tinggi (KBAT) secara kreatif dan inovatif. Pelajar diberikan peluang untuk sertai kegiatan kokurikulum yang setara dengan kemampuan sekolah, contohnya seperti berkuda, berenang, memanah, robotik dan avionik.

Objektik TMUA

Objektif TMUA adalah seperti berikut:

  • Pelajar dilahirkan boleh hafaz 30 juzuk Al Quran
  • Profesional yang ada asas keagamaan yang mantap, berlandaskan Al Quran dan Sunnah.
  • Modal insan yang ada ketrampilan, wibawa dan berkepemimpinan.
  • Maksimumkan keupayaan KBAT, kreatif dan inovatif.
  • Boleh menjadi insan yang menjalinkan hubungan dengan Allah, sesama manusia dan dengan alam bersandarkan Al Quran dan Sunnah.

Untuk sekolah menengah rendah (Tingkatan 1-3), sebanyak 14 matapelajaran diajar; manakala untuk menengah atas (Tingkatan 4-5) sebanyak 13 matapelajaran disediakan untuk pelajar-pelajar.

Saya dapati perlaksanaan jadual pembelajaran untuk TMUA sangat terancang dengan disiplin tinggi. Namun, saya sangat teruja dengan apa yang ditawarkan dalam pengajian kemahiran Al Quran yang pastinya tidak terdapat di sekolah menengah biasa.
[Baca] Panduan Am Temuduga TMUA SBP
Untuk lebih jelas mengenai bagaimana Tahfiz Model Ulul Albab ini dilaksanakan, anda boleh baca pekeliling edaran KPM di bawah ini. Ia akan berikan gambaran lebih jelas tentang perlaksanaan dan apa yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar yang telah memohon dan terpilih untuk ke sekolah menengah Ulul Albab (TMUA) SBP.


Nampak tak betapa padatnya program TMUA ini dilaksanakan? Mungkin ada ibu bapa yang rasa ragu-ragu akan kemampuan anak untuk berhadapan dengan corak pembelajaran yang sama sekali jauh dan berbeza di sekolah rendah.

Pun begitu, saya lebih suka untuk berfikir ... apabila kita berusaha untuk sesuatu yang lebih baik di jalan Allah, in Sha Allah .. semuanya akan dipermudahkan.

Andai anak anda terpilih ke sekolah SBP TMUA KPM, saya ucapkan tahniah .. dan berikanlah sokongan kepada anak supaya dapat terus cemerlang kelak dan mencapai hasrat serta objektif TMUA.

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Salam,
    Tuan di mana boleh dapat senarai SMKA yang laksanakan TMUA?
    moe ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SMKA di bawah Model Tahfiz Ulul Albab adalah di bawah pengurusan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Setahu saya, sekolah TMUA diperuntukan hanya 1 untuk di kalangan sekolah agama biasa (sebelumnya) untuk setiap negeri, sbp juga ada peruntukan dalam kategori SBP Integrasi, dan MRSM pun ada juga - tertentu.

      Delete
    2. Untuk makluman, 3 buah sekolah terawal (SMKA Kuala Lumpur, SMKA Kedah dan SMAP Bentong)yang melaksanakan TMUA di bawah KPM pada tahun 2014 telah pun mempunyai murid TMUA keseluruhannya (Tingkatan 1 - 5). Ramai pelajar yang telah menamatkan hafazan 30 juzuk dan akan bergelar hafiz/hafizah.

      Delete
  2. Terima kasih atas maklumat.baru saya nampak jelas sikit. Betul..kalau kita usaha ke jalan Allah..pasti Allah permudahkan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement