Sebelum anda mengisi borang permohonan bantuan JKM ini, harus juga anda faham mengenai prinsip pemberian bantuan JKM ini.
Borang Permohonan Bantuan Kewangan JKM (Borang JKM18 dan JKM20)
Prinsip pemberian bantuan JKM adalah berdasarkan kepada kelayakan dan bukan merupakan hak tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan jantina. Pemberian bantuan yang bersesuaian adalah tertakluk kepada siasatan dan pertimbangan jabatan serta keputusan adalah muktamad.
Bantuan yang diberikan hanya untuk tempoh sementara dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa sekiranya terdapat perubahan status sosio ekonomi atau apa-apa jua sebab yang menyebabkan tuan/puan tidak layak lagi menerima bantuan.
Jadi, anda perlu seharusnya faham .. ada kemungkinan mereka yang sebelum ini berada di dalam e-Kasih pada tahun 2020, mungkin tidak lagi pada tahun 2021 dan berikutnya. Untuk semakan daftar dalam e-Kasih, boleh merujuk ke laman berikut - https://ekasih.icu.gov.my/
Sah Untuk Setahun Sahaja
Setiap bantuan kewangan oleh JKM adalah untuk tempoh setahun sahaja. Anda perlu kemukakan borang baru atau borang kajian semula (borang JKM20) untuk bantuan kewangan JKM ini sebelum tempoh tamat. Sekiranya anda berdaftar dengan JKM mahupun dengan e-Kasih, adalah sangat baik anda mengemaskini maklumat dan data yang baru dalam tempoh 3 bulan sebelum tempoh tamat bantuan. Kegagalan anda mengembalikan borang kajian semula akan menyebabkan bantuan kewangan kepada anda tidak dapat diteruskan.Cara Memohon Bantuan Kewangan JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.Untuk memudahkan anda untuk mendaftar dan mendapatkan bantuan kewangan JKM buat yang layak, saya sertakan kedua-dua borang yang dimaksudkan, iaitu borang JKM18 dan borang JKM20.
Muat Turun Borang JKM18 dan Borang JKM20
Anda boleh muat turun dan cetak borang tersebut, isi dan hantar ke mana-mana pejabat JKM yang berhampiran - borang disediakan di bawah.Untuk memudahkan urusan pentadbiran, anda diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Borang Permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM18)
Borang Kemaskini Permohonan Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM20)
Senarai Semak Dokumen Penting yang Diperlukan
Berikut adalah dokumen-dokumen penting untuk pendaftaran dan memohon bantuan kewangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM):- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/slip pendaftaran sementara OKU; (Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan atau surat akuan pendapatan; (jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/terlantar/kronik/alat tiruan)
Jika anda salah seorang daripada mereka yang ketahui ada keluarga atau individu di tempat anda yang memerlukan bantuan kewangan daripada JKM, anda juga boleh muat turun dan cetak borang di atas untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Anda boleh menjadi sebagai 'PERUJUK' seperti dinyatakan dalam borang JKM18.
Sila baca dengan teliti setiap keterangan di dalam borang, dan pastikan anda membuat semakan pada bahagian Senarai Semak Dokumen Sokongan bagi membolehkan permohonan untuk bantuan kewangan ini diluluskan dengan segera tanpa sebarang masalah.
Permohonan bantuan kewangan JKM juga boleh dilakukan secara online menerusi pautan di bawah ini:
Semoga berjaya. Kongsikan kepada mereka yang perlu, terutama ketua kawasan kejiranan anda.
Semoga dengan adanya bantuan dari JKM ini akan dapat membantu golongan yang memerlukan. Sebab kita dah ada zakat, tetapi masih ramai lagi golongan miskin tegar di Malaysia,khususnya dari kalangan orang Islam.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.