Char Kue Teow Along. Lama saya dan anak-anak tak makan di sini. Hari tu saya ada cerita tentang tempat makan yang memang popular di Parit Buntar ni, saja meluahkan rasa sebab banyak sangat nyamuk ketika makan di situ. Kemudian, selepas berbulan-bulan, anak saya yang nombor dua, si Angah tetiba teringin nak makan Char Kue Teow Along. Jadi, saya ok je .. lagipun nak tengok juga perubahan pada tempat makan Char Kue Teow Along ni.

Fuh... tempat makan best di Parit Buntar ni dah semakin meriah dengan beberapa gerai lain. Jika sebelum ini hanya ada Char Kue Teow dengan Otak-Otak .. kali ini sudah ada Sate dan juga Yong Tau Fu. Hmm memang lama benar saya dan anak-anak tak pergi makan di sini.

Kedai Char Kue Teow Along Kekal Best, Dah Kurang Nyamuk

Char Kue Teow Best Parit Buntar
Char Kue Teow Along antara yang terkenal di Parit Buntar, satu lagi ialah Char Kue Teow Omaq. Kelainan pada Char Kue Teow Omaq, ada tambahan kerang dalam masakan Char Kue Teow. Pun begitu, dari segi portion, saya fikir Char Kue Teow Along lebih banyak kot.... hehe .. kena order dan makan sebelah-sebelah baru tahu perbezaan sebenar.

Lama Bertahan Walau Lokasi Banyak Berubah

Saya lebih dahulu kenal Char Kue Teow Along, sejak saya bujang lagi. Dan sudah lebih 12 tahun kot gerai Along ni kekal menjadi antara tempat makan paling best untuk Char Kue Teow.
[Baca] Ikan Bakar Sedap di Muara Sungai Duyung
Dah tak ada nyamuk. Kalau ada pun tak macam sebelum ini. Saya pun lihat kawasan sekitar gerai atau restoran Along ni pun dah tak macam dulu.
Kedai Makan Along Char Kue Teow Parit Buntar
Jika hari tu, saya nampak ramai orang bertepuk tampar sambil makan Char Kue Teow .... alhamdulillah, kali ini tidak lagi. Semua orang makan dengan selesa, dan tidak lagi bersila atas kerusi sebab nak elakkan nyamuk dari menggigit kaki.

Anak-anak saya pun perasan hal ni.

"Abah .. dah tak ada nyamuk la kat sini ... mungkin sebab asap tu kot .. " kata Maira, anak bongsu saya.

Sambil makan Kue Teow, saya sempat order Sate. Fuh .. memang sedaplah Sate yang dijual di situ, harganya RM0.60 secucuk... sesuai dengan saiznya yang agak besar.

Udang Besar-Besar Weihh ...

Heh.. anak-anak saya, dua-dua tak makan Udang .. jadi memang sayalah kena belasah semua udang-udang yang ada. Puas makan udang ..  kalau ada anak saya yang sulong, si Amri ... mungkin dia boleh tolong abiskan udang-udang yang ada.
Along Char Kue Teow Parit Buntar
Along Char Kue Teow Parit Buntar

Udang agak keras sikit kali ini, almaklumlah ia dimasak dengan api besar .. kadang kalau nasib tak baik, dapat udang sedikit hangus, dan rasa Kue Teow pun ada rasa hangit-hangit sikit. Tapi, masih lagi boleh dimakan dengan berselera... haha.... letak cili api jeruk skit .. perghhhh ... leleh air liur hanya bercerita!
[Baca] Along Char Kue Teow Kena Cari Lokasi Lain
Kalau anda ke Parit Buntar, boleh cuba singgah di kedai atau restoran Char Kue Teow Along ni .. lokasinya agak kedalam sedikit. Ala .. kalau tak tahu .. leh tanya orang Parit Buntar, in Sha Allah .. mereka akan tunjukkan jalan. Lokasi amnya ialah di sebelah Petronas Kg Kedah, Jalan besar Taiping-Butterworth.

Siang tutup. Malam je buka.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bestnyaaaa. .. Udang banyaaak . Dah lama tak makan Char Koteow. Kalau dekat kedah famous dengan iman koteow.

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok char keuw teow tu..bagusla dah takde nyamuk..makan pun tenang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-mana tempat yang ada udang ni .. kalau tak lalat, nyamuk .. memang musuh utama pengunjung yang nak makan dengan selesa.

      Delete
  3. Lepas baca post ni, rasa lapar pula =)

    ReplyDelete
  4. meleleh air liur baca ini. Dekat rumah mentua saya, taman meru 1A ,jelapang , Ipoh Perak ada mee udang dan ketam. Udang dan ketam dia memenuhi pinggan sebab besar sangat. Harga berpatutan. bolehla singgah sesiapa yang lalu di kawasan tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement