Ketahui Faktor Penentu Lelaki Sudah Sedia Berkahwin. Masih memilih siapa pilihan di hati? Aha .. ada yang dah bertunang? Ada yang dah punyai pilihan sendiri? Hmm baguslah kalau dah ada yang steady, leh la jenguk2 pilihan di hati, di waktu masih lagi belum sah miliknya nanti, anda berhak untuk menolak ...erkk bukan maksud saya untuk anda menimbangkan bagi memutuskan satu ikatan, cuma mungkin anda boleh lakukan sesuatu bagi menilai pasangan anda tersebut.

Cuba lihat faktor-faktor yang saya bakal berikan ini. Ia mungkin boleh dijadikan satu panduan buat anda melihat adakah pasangan anda tersebut dah sedia untuk mendirikan rumahtangga dengan anda.

Ketahui 7 Faktor Penentu Lelaki Sudah Sedia Berkahwin

Faktor Penentu Lelaki Sudah Sedia Berkahwin
Oh ya .. lupa lak nak kabo ... panduan ini adalah untuk kaum hawa, anak2 gadis ... :) bagi lelaki, hmm kena tahulah di mana kendiri anda, fikir-fikirkan ehhh sebab bukan mudah nak kawin ngan anak gadis dewasa ini. 
  1. Karier dan materialnya sudah agak mantap sehingga dia memiliki rasa kepercayaan diri yang tinggi untuk bernikah. 
  2. Dia tidak mengelak apabila diajak untuk menemui orang tua anda, juga tidak berasa segan untuk memperkenalkan anda kepada orang tuanya. 
  3. Dari diskusi yang sering anda lakukan berdua, masalah perkahwinan merupakan topik yang paling disukainya. 
  4. Suka melakukan perkerjaan sebagai mana layaknya seorang suami, seperti menghantar dan menunggu anda sewaktu anda berbelanja. 
  5. Tidak pernah berusaha mengajak anda untuk melakukan hubungan yang lebih intim yakni mengadakan hubungan seksual sebelum waktu. 
  6. Suka bergaul dengan anak-anak kecil dan suka berkata bahawa dia ingin mempunyai seorang anak seperti anak yang dikaguminya. 
  7. Lelaki itu bersifat romantik, dan tidak lokek dengan duit. 
Amacam? Agak-agak boleh pakai tak tips yang diberikan di atas? Adkah 7 faktor tersebut menjadikan lelaki itu ... seorang lelaki yang sudah sedia berkomitmen dan bertanggungjawab?

Anda yang mencari boleh fikir-fikirkan sendiri. Yang dah ada calon juga kena fikirkan-fikirkan .. jangan dah berada dalam fasa terlalu lama bercinta .. sehingga tak jadi apa-apa .. don't waste your time .. huhu

Tak ada calon? Nak cari calon? Cuba baca tips ini - Tips dan Cara Untuk Memikat Lelaki Idaman

Dan kata seorang sahabat saya, lelaki yang memang dah lama sedia untuk berkahwin, perutnya nampak senang hati dan bahagia .. haha.

    9 Comments

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    1. owh..takde lelaki lagi yang berdekatan sy mcm nie..hahaha..si dia msih stdy.

      ReplyDelete
    2. harap2 dpt jumpa lelaki mcm tu..:)amin..

      ReplyDelete
    3. @SiBudakKurus Kalau study .. hmm kena kasik dia study memoleh deh .. :)

      ReplyDelete
    4. lagi satu bole add tak?

      sgt romantik...tau nk layan wanita..
      dan tak pernah lokek dgn duit...

      ReplyDelete
    5. Fakta:
      1. Aku belum kerja, 0
      2. Tak segan mungkin aku jenis optimistic, 1
      3. He3, selalu pasal bukan perkahwinan, 0
      4. He3. leceh juga biasa kalau dia heavy shopping mesti dia minta kawan dengan GF dia aku suka stay di arcade atau FastFood, 0
      5. Ha3, kalau yang date dengan aku skang ni mmg tak pernah lagi yerfikir buat benda tu coz parent kami now each other so susah skit, 0
      6. Yup, I like kids, 1

      Well what do you know score aku = 2/6 mmg aku belum sedia nak kahwin

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Previous Post Next Post

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement