Saya kagum, begitulah diri saya apabila mendengar cerita seorang kenalan yang baru kenal. Nampaknya dia kenal saya ... dan seluruh ahli keluarga saya (saya, adik dan mak), sedangkan saya tak kenal pun dia, cuma baru hari tu kenal. Erkk bukan bermaksud nak beritahu kami anak beranak famous .. tetapi lain ...

Kehebatan Seorang Posmen - Anda Mungkin Tak Sedar

Lelaki ini boleh ingat 1500 orang, dan kenal dan tahu di mana rumah mereka. Malah, pihak polis pun akan bertanya tentang alaman kepada orang yang sepertinya ini. Hebat ... boleh tahu tu ... ceruk mana sekalipun, mereka boleh tahu. Mereka boleh tahu syarikat apa anda bekerja, boleh tahu bil apa yang sampai di rumah anda, dan erkkk hampir banyak perkaralah yang dia tahu. Dan anda ... tak tahu sebijik harampun pasal dia, kecuali mungkin pekerjaannya dan namanya .. itupun bukan nama sebenar.
Kehebatan Seorang Posmen
Hmm .. dialah seorang kenalan yang digelar posmen. Dia baru je kerja sebagai posmen. Dia perlu mengingati 1500 lebih nama dan alamat dalam kawasan jagaannya. Dan untuk tidak membuat kesilapan, dia perlu kenal siapa empunya nama, agar surat yang diberikan itu diberikan pada orang yang betul. Hebat kan?

Anda Boleh Ingat Seperti Seorang Posmen?

Cuba anda tengok senarai kawan-kawan anda sejak dari sekolah, masuk kolej... pastu bekerja ... ada tak sampai 1500? Ingat nama penuh mereka? Tahu alamat mereka? Tahu tempat kerja mereka?

Posmen, bukan satu kerja mudah. Namun, hakikatnya pekerjaan ini tidak memberikan pendapatan yang tinggi, mereka berkhidmat untuk masyarakat. Mereka ada ingatan yang hebat ... saya tabik kerjaya posmen.
Kehebatan Seorang Posmen

Info Hangat Perlu Anda Tahu ..

Tahukah anda bahawa bukan semua pejabat pos menggunakan mesin pengimbas untuk imbas alamat anda. Tahukah anda bahawa surat-surat penting diuruskan sendiri oleh kakitangan pos, siang dan malam. Dan ketahui, bahawa dahulu pejabat pos besar beroperasi 24 jam sehari! Dan ia menggunakan tenaga kerja manusia bernama posmen!

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Posmen skang main gps dah..hehe..

    BalasPadam
  2. betul tu.. posmen kat tempat sya pun tgk nama je dia dah tahu rumah yg mana.. x perlu tgk address.. semua dah ada dlm kepala dia.. :)

    BalasPadam
  3. seronok dulu-dulu bila terima kad raya yang dihantar oleh posmen. Sekarang kad raya dah tak mandang.

    BalasPadam
  4. salut dgn posmen... mmg hebat ingatan diorg.... semua jalan pun diorang ingat....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement