Anak-anak saya terutama sekali Maira adalah yang sangat sukakan Slurpee ... hoho .. termasuk wife saya. Jadi, memang tak lepaskan peluanglah bila kempen ini bermula. Jika dulu, ia hanya diadakan pada tarikh tersebut selama sehari semalam, tapi selepas beberapa maklum balas daripada pelanggan, ia dibuat selama dua hari (11-12 Julai & 7-8 Nov).
Kempen BYOC 7 Eleven Buat Ramai Penggemar Slurpee Kecewa
Apabila kempen ini bermula, benda yang paling tak best ialah mesin Slurpee. Walaupun BYOC dapat sambutan yang hangat dari pelanggan, namun ia banyak memberikan kekecewaan. Ia disebabkan oleh mesin Slurpee yang kerap sangat rosak. Frust ooo bawa tong dram nak isi Slurpee tapi .... penat je dohh.Anda nak tahu, di tempat saya ni .. sekitar Parit Buntar ada lima buah kedai 7-Eleven. Dan sangat jaranglah nak nampak mesin Slurpee tu berfungsi dengan baik. Kalau ada pun, hanya satu perisa sahaja yang berfungsi dengan agak sempurna.
Slurpee Digemari Kerana Adunan Dua Rasa
Jika diingatkan kembali mengapa Slurpee digemari, ini adalah kerana keunikan dua perisa yang dicampur pada ais kepal. Bila dah mesin rosak, dan hanya satu bahagian perisa sahaja berfungsi, maka dah tak berapa bestlah Slurpee ni.[Baca] Kegilaan Rakyat Malaysia Pada Slurpee - Bring You Own Cup (BYOC)Masa kempen baru-baru ni, saya dan anak bawalah bekas sebesar yang boleh dapat dari rumah untuk BYOC. Ingat bolehlah nak dapatkan dua perisa bercampur Slurpee .. namun, uhh hampa dan kecewa anak saya.
Apapun, anak saya tetap gembira sebab berjaya bawa balik satu jug besar Slurpee perisa Berry. Alhamdullillah, walaupun anak saya agak kecewa pada awalnya .. huhu
Ia masalah paling common dalam semua rantaian kedai 7-Eleven ini. Seriously, walaupun ada lima buah kedai 7-Eleven di tempat saya .. sangat jarang mesin Slurpee yang saya nampak beroperasi dengan sempurna - rosak satu bahagian atau kedua-duanya sekali. Kecewa oooo .. ronda-ronda semua kedai, semua rosak ... huhu. Kempen Slurpee BYO Cup Day dah best dah .. tapi tulah ... adeh.
Lihat beberapa komen penggemar Slurpee yang kecewa kerana mesin rosak .. ketika BYOC 2016
Saya ada dapat maklumat, mesin ini memang sering rosak. Dan proses untuk repair pula ambil masa yang agak lama disebabkan syarikat atau vendor yang repair mesin ini cuma ada satu sahaja di Malaysia. Satu cawangan, untuk cover satu Malaysia .. uhhh kesahnya. Saya tak pasti sangat kebenarannya, tapi anda boleh cari sendiri info ini di laman FB 7 Eleven Malaysia.
Itu bukan satu je masalah yang wujud pada kempen 7-Eleven ni. BYOC memang kempen promosi yang paling popular. Namun, ada beberapa kempen lain yang dianjurkan 7-Eleven yang turut ada masalah. Contohnya ialah kempen RM1 untuk produk-produk tertentu. Ada kes, kempen belum mula tapi stok produk tak ada. Marahlah pelanggan yang memang tunggu untuk beli.
Harapan Masa Depan
Harap tak berlaku lagi masalah sama pada masa akan datang. Tak nak dah lihat pengguna terutama penggemar Slurpee papar gambar seperti ini lagi ...Hmm ... dan lagi satu .. buat pelanggan dan peminat Slurpee ... bila dah beli pada tarikh yang saya sebutkan tu, sila puasa makan benda manis selama beberapa bulan ye .. haha. Jangan disalahkan Slurpee andai anda disahkan pengidap Diabetes ... seharusnya anda harus sedar dan lakukan apa yang patut.
Kalau dah beli slurpee...boleh refill balik ke?😕
ReplyDeleteSetakat yang saya tahu .. tak boleh
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.