Orang berjaya terus berjaya. Pelik? Tak pelik ... ada sebab kenapa orang yang berjaya terus berjaya. Nak tahu kenapa orang berjaya itu berjaya? In Sha Allah, dalam blog post kali ini saya nak kongsikan mengenai 10 sebab kenapa orang berjaya terus berjaya.

Anda dah biasa dengar banyak kisah kejayaan orang lain kan? Saya pun dah banyak baca dan dengar kisah kejayaan-kejayaan mereka ini. Di balik kisah ini, ada banyak persamaan yang sebenarnya boleh dijadikan panduan dan tips untuk orang lain berjaya. Jom sama-sama lihat ... dan cuba lakukan sesuatu selepas membaca apa yang dikongsikan ini ye.

10 Sebab Kenapa Orang Berjaya Itu Berjaya

Tips Untuk Mencapai Kejayaan

Berikut adalah 10 sebab kenapa orang berjaya itu berjaya, dan mereka terus-terusan menerima kejayaan satu demi satu.

1. Sikap Dia Berbeza

Orang berjaya dia tak suka komplen. Tak macam orang gagal. Semua nak komplen.
"Apa la tak ada parking",
"Apa la tak ada makan?"
"Apa la pen kertas pun tak bagi" dan banyak lagi.

Orang gagal sibuk kira benda yang tak jadi. Mentaliti dia berbeza. Sikap dia berbeza. Kesabaran dia berbeza. Dia tak suka duduk saja. Walaupun dia tak ada kerja, dia akan cari kerja. Sikap orang berjaya yang kekal berjaya memang berbeza dengan kita.

2. Mereka Pantas

Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan. Apabila dia nak, dia nak. Tak pikir pun macamana hasilnya nanti. Yang penting dia perlu buat dan lakukan, tak nak bertangguh kerana bertangguh itu amalan seorang pemalas dan sangat disukai syaitan. Ada orang fikir langit dan bumi, tapi orang berjaya buat je dulu selepas dah dapat segala ilmu dan input, dia tau Allah akan uruskan seterusnya.

3. Mereka Sanggup Buat Pelaburan Untuk Kejayaan

Orang yang berjaya berani untuk membuat pelaburan. Mereka invest wang, tenaga dan masa. Mereka tahu kejayaan itu bukan datang dengan mudah.

[Baca] Bagaimana Nak Jadi Seorang Pemilik Produk Jenama Sendiri yang Berjaya!

4. Mereka Bina Networking Yang Bagus

Maksud networking: Anda adalah siapa kawan anda. Siapa nak hidup mereka berubah? Upgrade kawan-kawan anda. Cari kawan-kawan yang boleh berikan impak positif dan memotivasikan anda untuk berjaya; bukan kaki kondem yang sering persoalkan apa yang anda mahu dan akan lakukan.

5. Mereka Buat Keputusan Untuk Berjaya Dari Awal

Orang berjaya itu berjaya kerana mereka sudah membuat keputusan dari awal untuk menjadi seorang yang menempa kejayaan. Mereka fokus untuk capai kejayaan tersebut. Mereka buat 1,2, dan 3 di atas. Mereka buat keputusan dan usaha sampai jadi. Mereka takkan berhenti selagi apa yang mereka mahukan belum dicapai. Biar banyak pelaburan ... asalkan cara dan jalan mereka

Tak percaya? Pegi tanya mereka yang berjaya. Bila mereka buat keputusan untuk menjadi orang berjaya? Berapa pelaburan mereka, apa yang mereka telah buat, networking mereka macam mana ....

6. Berkawan Dengan Orang Yang Betul

Kenapa Orang Berjaya Itu Berjaya

Anda tidak dapat menjadi orang yang bersih jika tinggal bersama orang yang pengotor. Anda sukar menjadi orang yang amanah, andai berada di dalam kelompok orang yang korupsi. Anda sukar nak capai kejayaan, jika kawan-kawan anda orang yang tidak mahu anda berjaya serta sering kondem apa yang yang ingin anda lakukan.

7. Tidak Bertangguh

Ramai orang yang berjaya tidak suka bertangguh. Fast action fast result. Kepantasan pemilik bisnes mempengaruhi keputusan bisnes dia. Dalam membuat bisnes, ia berkenaan kepantasan. Mesti pantas bertindak, mesti pantas buat keputusan, mesti pantas daripada orang lain.

Bayangkan kalau ada bisnes, dan suka bertangguh - Andai sikap owner bisnes ni lembap, agak-agak barang yang telah ditempah tu akan diterima pelanggan tepat pada masanya tak? Bertangguh ... bila nak siap?

8. Tidak Hiraukan Kutukan

Ada setengah orang berniaga, bisnes bagus. Tapi sibuk melayan apa orang cakap. Tak ada ilmu, tapi sibuk melayan kutukan orang. Dah sibuk dengan benda ni, benda lain yang wajib dibuat tak dibuat. Cara nak atasi kutukan-kutukan ini ialah dengan cari ilmu ... dengan adanya ilmu, in Sha Allah .. orang tak berani nak kutuk.


9. Fokus

Fokus 1 produk pada 1 masa. Itu pun dah boleh jadikan anda seorang jutawan. Tidak perlu tamak untuk menjadi juara dalam segala bidang. Fokus 1 masalah pada 1 masa. Di mana ada masalah, di situ ada peluang. Di mana ada peluang, di situ ada wang. Di mana ada wang, di situ ada kekayaan.

Wang mungkin bukan segalanya untuk sebuah kejayaan. Namun, orang lain sering melihat bahawa kekayaan itu satu ciri orang yang berjaya.

10. Mereka Konsisten & Persisten

Persisten, tak mudah putus asa. Orang berjaya akan terus konsisten dengan tindakan dan keputusan mereka. Mereka buat, mereka doa, mereka serahkan pada Tuhan supaya memakbulkan doa kejayaan mereka. Mereka tahu .. semua rezeki datang dari Tuhan. Maka, mereka dengar cakap Tuhan. Tuhan kata berusaha .. maka mereka akan berusaha.

Dalam menjadi orang berjaya, kena sentiasa ingat pada Tuhan. Sebabnya ... Tuhan dah berikan segala tips dan panduan untuk menjadi orang yang berjaya dan terus berjaya. Indahkan hati dengan sentiasa beristighfar, berselawat, tunjukkan rasa bersyukur dan sentiasa melakukan sedekah.

Semoga perkongsian ini, saya dan anda boleh jadikan panduan, dan cuba untuk bermuhasabah. Jom lakukan check-list diri... lihat samada ada 10 ciri orang berjaya dalam diri kita.



3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Perkongsian yg amat berguna. Terima kasih. Saya share supaya yg juga dapat menfaat. Salam kejayaan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas kunjungan dan meninggalkan komen di blog hasrulhassan.com

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement