Restoran yang sajikan Nasi Arab ini memang dah lama ada... kurang lebih dalam 2-3 tahun juga (2016). Lokasinya adalah di Taman Pekaka, depan USM Transkerian, atau USM Kampus Kejuruteraan. Kalau tak silap saya, pemilik restoran ini dah berganti.
Layan Nasi Arab Dalam Talam di Restoran Harga Patut
Buat masa ini, saya cuma tahu hanya restoran ini yang wujud berdekatan Parit Buntar yang ada sediakan masakan Arab, seperti Nasi Mandy, Nasi Arab Kabshah dan lain-lain, termasuk Tandoori. Kat tempat lain ada juga, tapi ia lebih kepada cawangan kepada restoran ini, iaitu di Balak Inn, Jalan Sempadan .. berhampiran dengan lokasi Pasar Kemboja.Terbeliak Mata Tengok Nasinyaaaa ... dan Saya Imbau Kenangan Lama
Masa mula-mula kami order dulu ... memang terbeliak gak la mata anak-anak saya ... yelah, nampak nasi setimbun atas talam. Memang mengujakan.Hmm .. bila makan dalam talam ni, saya teringat zaman saya belajar di USM Minden. Masa tu, banyak kali juga dapat merasa makan dalam talam, terutama ketika bulan Ramadhan. Setiap kali bulan Ramadhan je, saya dengan kawan-kawan belajar lain pasti akan sesekali buka puasa di masjid USM. Memang tradisi .. hidangan buka puasa dibuat makan dalam talam .. satu talam .. makan antara 3-4 orang.
Ketika itu, dapatlah kenal ramai orang luar terutama penduduk tempatan yang datang berbuka puasa di masjid. Memang meriah ...
[Baca] D'Paradise Hidang Shell Out Segar Harga BerpatutanSekarang dah susah nak tengok adat makan dalam talam. Pernah sekali .. masa saya hadir ke kenduri kahwin di Sungai Sumun, Hutan Melintang, Perak .. saya dengan keluarga dijamukan dengan makan dalam talam .. memang dah jadi adat kat situ, kenduri yang masak sendiri .. masak gotong royong .. tetamu dihidangkan dengan makan dalam talam ... haha ... jangok2 pergi kenduri, last-last kena bersila makan nasi kenduri atas talam ...huhu.
Jadi, bila layan Nasi Arab kat restoran ni .. sedikit sebanyak saya teringatlah kenangan lama dengan kawan-kawan satu kuliah dulu. Uhhh .. bulan Ramadhan di USM memang best ... bab makan memang jimat banyak .. pastu makan lak sedap-sedap ... kari kambing mesti ada punya ... tak pun kurma kambing.
Kena Makan Bersila
Makan di restoran ni agak best sebab boleh bersila .... walaupun ada ruangan lain kalau nak makan atas meja. Tapi .. kalau dah makan oder set Nasi Arab Dalam Talam .. dah sah-sah nak kena makan bersila ramai-ramai .... lagipun bukan selalu makan nasi dengan anak-anak secara bersila ni ... huhu[Baca] Cari Tempat Makan Burger Bakar dan Nasi Arab Dengan Mudah Dengan Saji.mySet Nasi Arab dalam talam dijamu dengan lauk pauk berlainan .. ayam dan kambing. Pastu ada sayurnya .. dan ada kuahnya. Bila makan ramai-ramai camni .. memang cepat habis.
Cara makan macam ni ... buat sesetengah orang macam tak berapa berbudaya ... tapi bagi kami .. ok je, dapat eratkan perhubungan dengan lebih rapat, dan boleh ajar anak-anak untuk berkongsi dan bertoleransi bila mengadap rezeki.
Belajar Makan Dalam Talam Sewaktu Bersama Jemaah Tabligh
Semasa saya bersama rakan-rakan dalam Karkun, cara makan macamni lah kami amalkan setiap hari .. itu sebab Karkun boleh bersahabat baik, mesra dan buat kerja agama dengan sepakat dan berjemaah... sebab bab makan pun mereka amalkan secara makan berjemaah.[Baca] Resepi Nasi Arab Lengkap dan MudahKalau anda ada kesempatan untuk pergi mana-mana restoran yang ada set makan dalam talam, cubalah pesan ye .. rasai sendiri. Nak buat kat rumah .... pun boleh juga .. tapi agak sukar sikit bila bab nak membasuh sebab kebanyakkan sinki di rumah bersaiz kecik .. nak tak nak .. kena basuh talam dalam bilik air... huhu.
Pernah ada pengalaman makan dalam talam tak? Share la pengalaman ehh .. komen di bawah.
Sedapnya makan nasi dalam talam.
ReplyDeleteMemang teruja bila sampai depan mata nasi arab macam ni. Boleh nak pergi cuba juga.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.