Tetiba lapar di tengah malam. Nasib baiklah ada restoran Nasi Kandar Ali yang beroperasi dari jam 6 petang sampai tengah malam. Nasi Kandar Ali ni memang terkenal di tempat saya, iaitu Parit Buntar. Malah, ia turut diberikan jolokan Nasi Kandar Beratur Ali oleh penduduk setempat.
Nasi Kandar RM9.70 Sebungkus
Jika anda asal dari Parit Buntar, pasti dah tahu sejarah yang cukup panjang untuk Nasi Kandar Ali ini yang dah lama wujud. Menu dan masakan dia memang marvelous la. Paling heaven ialah Ayam Madu dan Ikan Keli Madu ... jilat pinggan weihh .. haha.Lapar punya pasal, dan sebab dah lama tak jamu selera menu Ayam Madu restoran Nasi Kandar Ali, jadi saya pun tapau la sebungkus. Saya keluar pergi makan jam 11:30 malam .. isteri dan anak-anak semua dah tidur .. hoho .. kalau tak derang pun akan tapau sama tu... huhu.
Apa Lauk?
Ambil lauk - Ayam Madu + Kari Sotong (1 ekor) + Kobis ... dan kuah campur 4 jenis kot .. huhu ... walla ... bungkus-bungkus ... nah kau ... RM9.70. Harga tak termasuk dua bungkus Nescafe Ais. Murah ke mahal?Bagi saya, dalam hati ... memang mahal. Tapi, bila fikir .. pengiraan berikut mungkin terpakai:
- Nasi - RM1.50
- Ayam Madu - RM3.50
- Kari Sotong - RM2.50
- Kobis - RM2.20
Jadi logiklah kena bayar RM9.70 untuk Nasi Kandar bungkus... haha .. padanlah dengan lauk .. ye tak? Alhamdulillah, kenyang dan puas hati. Nasib baiklah tak dikira 4 jenis kuah yang saya ambil untuk siram nasi bungkus saya .. lau tak mau lebih RM10 sebungkus nih .. hehe.
Inilah realiti harga makanan yang perlu dibayar, sebungkus Nasi Kandar di sebuah restoran nasi kandar yang terletak di pekan kecil Parit Buntar di waktu tengah malam .... huhu di akhir bulan November 2016.
Tempat anda, agak-agak kalau lauk macam saya ni .. berapa RM ye?
biasa la.. sotong memang mahal.. :-d
BalasPadamOk dah harga tu...standard kot..huhu. Kat Kemaman ni memang harga makanannya agak mahal la.Hehe.
BalasPadamSaya sekeluarga dah lama tidak masuk kedai mamak. Ragu tahap kebersihannya Baik yang nampak atau sebaliknya.
BalasPadamsiot betul, lapar gua dibuatnya
BalasPadamrasa harga cam tu ok dah kot.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.