Isteri saya beli menerusi Facebook, pesan kat orang yang menetap di UK. Bayaran secara ansuran. Memang berbaloi beli periuk ni walaupun kalau ikutkan saya .. harganya mahal .. haha... tapi kata wife saya, kalau beli online boleh dapat murah.
Periuk Ajaib - Masak Guna Air
Saya tak tahu kat mana kedai online Malaysia yang boleh beli periuk ini, kecuali di Amazon. Nama produk ni di Amazon ialah Wonderchef Tandoori Oven kalau tak silap .. macam ditunjukkan di bawah ini (klik imej kalau nak lihat harga di Amazon).Memang best guna periuk ni. Periuk ini boleh menggoreng, panggang, stim, dan masak kek serta biskut dengan cara yang cepat dan in Sha Allah selamat. Dan ia tidak gunakan minyak masak kalau nak menggoreng.
Apa yang diperlukan ialah dapur gas, dan juga air. Letakkan periuk ini di atas dapur gas, pasangkan api sederhana ... pastu letaklah apa nak dimasak di atasnya. Tutup dengan penutup periuk istimewanya tu ....
Video Masak Guna Periuk Ajaib Guna Air
Cuba tengok demo dalam video di bawah ini ..Huhu .. macam-macam boleh masak .. walaupun namanya Gas Oven Tandoor .. ia bukan setakat boleh masak Tandoori sahaja ..
Nah tengok beberapa hasil masakan daripada periuk oven ajaib ni .. huhu ...
Anda boleh cuba cari di Lazada kot-kot jumpa periuk ni, tapi di Amazon memang ada. Boleh tengok di sini - Offer WonderChef Tandoor
semakin canggih barang2 skang ni...
BalasPadamproduk ni dah lama ada, tapi tak sure la samada di Malaysia ada jual. Tapi periuk ni memang best, cuma yang tak best ianya berat ... seramik ni.
Padamassalamualaikum HH...macam menarik jer periuk ni...lebih2 lg x payah nak guna minyak hanya guna air itulah yg buat lg menariknya..:)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.