Rezeki adalah kurniaan Allah S.W.T. Kita semua terutama umat Islam kena yakin bahawa semua benda samada baik atau buruk itu adalah merupakan satu anugerah, satu nikmat, satu dugaan, dan satu ujian daripada Allah. Ada yang dapat benda baik setiap hari, ada tu pula diuji setiap hari. In Sha Allah, dalam post ini, saya nak kongsikan satu tips, petua dan rahsia paling senang untuk tarik rezeki.

Rahsia untuk tarik rezeki di awal pagi - sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai keajaiban sedekah suboh. Ini adalah salah satu cara untuk memperluaskan dan memudahkan rezeki untuk datang. Kata bidalan lama yang bermaksud ... mahu dapat benda baik, kena buat benda baik. Tak perlu tunggu diminta dan disuruh, lakukan ia dengan seikhlas hati.

Rahsia Tarik Rezeki Awal Pagi - Semua Orang Boleh Buat

Rahsia Tarik Rezeki Awal Pagi
Bagaimana nak tarik rezeki pagi? Caranya mudah ... in Sha Allah, semua orang boleh buat, hatta budak yang baru lahir sekalipun .. hehehe.

Banyakkan senyum..

... Jumpa jiran sebelah berikan senyum, walaupun jiran tak kacak dan tak lawa. Senyum tak ambil kira soal rupa paras, baik yang menerima mahupun yang memberikan senyuman. Jumpa sesiapa di awal pagi, berikan sahaja senyuman anda.

Jalan-jalan nak pegi pasar ...

.. Jumpa pokok di tepi jalan ... berikan senyum
.. Jumpa kucing senyum .. jumpa anjing pun senyum
.. Jumpa kambing senyum yang tersesat pun senyum, walaupun kebanyakkannya kambing akan berikan senyuman terlebih dahulu .. hehe.
.. Jumpa peminta sedekah pun senyum

Jumpa apa-apa, sila senyum ^__________^ hihihi. Tak susahkan nak buat? Senyum ini ada magis sendiri. Allah S.W.T kurniakan senyuman buat semua orang. Agak malanglah tak gunakan kurniaan Allah yang hebat ini.
[Baca] 11 Petua Pintu Rezeki Dibuka
Senyuman memang hebat. Hati duka pun boleh kembali ceria. Rasa tension pun boleh rasa lega. Yang dok hari-hari bermasam-muka pun boleh kembali gembira.
Rahsia Tarik Rezeki Awal Pagi

Rasailah alam sedang berinteraksi dengan senyuman kita. Jangan dibiarkan senyuman anda tersimpan, senyumlah pagi-pagi. Anda beri keceriaan kepada alam, in Sha Allah .. alam akan berikan 'senyuman' kepada kita. Tak sedar, tapi ia berlaku. Kerana apa?

Kerana mereka juga makhluk bernyawa. Alam ini ciptaan Allah S.W.T .. setiap ciptaan ini ada gunanya dan ada kebaikan untuk umat manusia, hatta haiwan berbisa dan ganas sekalipun .... tak percaya? Cuba fikirkan daripada mana datangnya tali pinggang kulit yang sedang anda pakai ... huhu.

Itulah rahsia tarik rezeki 😊 Senyumlah kepada alam, alam akan turut tersenyum kepada kita.

Nak tahu bagaimana atasi masalah kesempitan rezeki masuk dan keluar dengan cepat? Kalau yang belum tahu, saya rasa tak salah  nak kongsikan kepada anda di sini [+] http://bit.do/rezekimurah


5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement