Tapi .. tak syok juga kalau buka tin terus terjunkan sardin tu dalam kuali, ye tak? Apakata ikut cara saya, cara House Husband masak ikan sardin dalam tin...huhu..
Kadangkala, rasa ikan sardin dalam tin tidak kena dengan anak tekak. Ada yang hanyir, ada yang ketulannya keras, ada pula yang hancur ... dari segi tu je .. dah buatkan sesetengah orang rasa malas nak makan sardin dalam tin, walhal ia antara resepi dan menu paling mudah nak dibuat.
Resepi Masak Sardin Tin Untuk Orang Bujang ala House Husband
Ok. Saya nak kongsikan sedikit cebisan kreatif untuk memasak ikan sardin dalam tin. Harap adalah yang sudi nak cuba nanti .... khususnya anak-anak dara yang baca blog saya ni .. hehehe (ada ke?).
Bahan-Bahan
- Ikan Sardin Tin, cukup beli yang kecil.
- Saya lebih suka beli sardin tin yang tulis 'mackerel'. Ia lebih sedap. Jenama pula, saya suka pilih Ayam Brand, Rex dan King Cup. Tapi tengok juga tin macamana, kalau yang besar ... saya suka beli Ayam Brand dengan King Cup. Saya suka beli Rex sebab kilang dia dekat sini-sini je .. huhu.. so harganya agak murah berbanding lain.
- 3-4 biji Cabai Masak
- Dua biji Bawang Besar
- Setengah inci Halia
- Sebiji tomato
- 2-3 ulas Bawang Putih
- 2 sudu sos tomato
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu cili giling/cili boh
- 1 sudu kecil minyak masak
- 1 sudu kecil air Asam Jawa
Cara Masak
- Hiris halua Bawang Besar, Bawang Putih dan juga Halia. Kalau saya, lebih banyakkan Bawang Besar.
- Masukkan minyak masak dalam kuali, dan panaskan.
- Tumis bawang dan halia. Masukkan juga potongan tomato.
- Bila dah naik bau wangi, masukkan sardin beserta sosnya sekali.
- Masukkan pula sos cili, sos tomato, dan cili giling.
- Masukkan sedikit air asam jawa.
- Kacau dan tunggu sehingga mengelegak.
- Cuba rasa ... kalau perlu, tambah sedikit garam.
- Akhir sekali, masukkan cabai masak yang dah dihiris kasar.
- Siap.
Rasa? Kalau korang ikut cara saya masak ni ... ikan sardin dalam tin korang akan ada rasa pedas-pedas dan masam manis (manis dari sos tomato).
Dan sebagai satu tips tambahan ... jangan kacau terlalu kasar .. kacau masakan dengan ayu, dengan api yang sederhana.
Nak lagi best ... anda boleh goreng ikan sardin dalam tin tu dengan minyak yang banyak ... huhu .... ini cara arwah Abah saya ajar .... sedap juga buat cara ni. :)
Orait. Semoga berjaya.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.